Followers

Friday, September 14, 2012

=)

Assalamualaikum w.b.t


1months to go....... i will be someone's wife.....amoi akan jadi isteri dan bakal jadi ibu jika diberi rezeki oleh Allah s.w.t awal(aminn...doa korang juga diperlukan =') ) amoi kene berubah dari sekarang tak boleh berpewatakan keanakan.cepat melenting.cepat melatah.cepat baran.cepat marah.cepat nanges.cepat gelabah.Apa yang amoi lakukan, apa yang amoi cakap,amoi kene berhati hati.LEBIH BERHATI HATI kerana amoi akan bawa maruah "bakal suami" amoi.... bukan mudah tanggungjawab seorang isteri untuk bawa maruah seorang suami.

Kemana amoi pergi,kemana kaki amoi melangkah keluar sahaja dari rumah.Maruah suami amoi bawa. Amoi harap amoi boleh pegang tanggungjawab ini. Segala perlakuan kata-kata,cara pemakaian,pembawakan diri dah tak boleh macam zaman anak dara. baik di tempat kerja baik berurusan dgn customer baik kemana mana sahaja amoi pergi amoi tak boleh simply lepas pandang.

Banyak benda yang amoi PERLU belajar. Amoi manusia biasa dan amoi tak boleh nak puaskan hati semua orang. Apa yang amoi lakukan tak semua orang suka dan boleh terima. Kadang amoi tutup mulut pun orang akan berkata.amoi tak buat pun orang akan berkata. Apatah lagi kalau kita buat?Tapi itu lumrah kehidupan. rasanya semuaaaaa orang ada rasa sebegitu.Kita bukan NABI,Kita bukan MALAIKAT.Kita hanya manusia yang biasa yang sangat kerdil.Bila flashback balik selama 26tahun pernah hidup nie macam filem yang beratusribu episode..
Kadang amoi sedar amoi mudah terlepas cakap mungkin terlalu jujur? terlalu ikut apa yang terlintas kat kepala dan hati.nak cakap ikut dan je.kadang tak sedar yang kite telah menyakiti hati orang.Kadang terlalu ikutkan perasaan amarah emosi kadang kita tak sedar kata kata kita orang pandang orang baca orang lihat dan orang MENILAI. Manusia suka menilai apa yang dilihat dengan mata kasarnya tanpa tahu apa sebab musabab.amoi xboleh mcm tu dah.tak boleh.amoi dah nak jadi bini orang dah.orang memandang,orang mengata.orang mencari setiap even sekumit zarah kesilapan kita orang boleh manipulate jd sebesarnya.

Segala perlakuan perkataan perbuatan ada sahaja mata-mata yang akan sentiasa memerhati untuk mencari kesilapan.Siapalah kita untuk control semua tu.Amoi cuma harap jika ada buat silap kita saling tegur menegur secara baik kan.Barulah relation tu akan lebih dihargai :) Maybe kita bukan BAIK sangat nak cakap mcm ni kan tapi KITE boleh berubah jadi baik kalau kita mahu.Bila dah nak melangkah ke satu alam baru nie banyak yang difikir kan? Mampu ke jd isteri mithali ,jadi ibu solehah.Insya Allah. Doakan dan Doa kalian amatlah amoi perlukan.Semoga setiap titip doa kebaikan yang korang kirimkan Allah s.w.t memebalas dengan 1000 kebaikan untuk kalian semua.. Maafilah diri yang serba kekurangan dan menegurlah dengan penuh kasih sayang.





p/s : Customer kesayangan amoi semua, sebagai tanda amoi hargai kalian semua amoi jemput kalian semua untuk datang ke majlis amoi ( pihak perempuan ) pada 10.11.12 hari sabtu ye :) yang berada dekat dengan kampung amoi kluang johor tu jemputlah datang ye.yang jauh amoi faham bukan senang kan  nak datang tapi if korang dapat datang itu sangat2 lah amoi hargai.NANTI TUNJUK MUKA KALIAN SEMUA DEPAN AMOI TAU TAU TAU! pastu kite hug hug :) Semoga dengan kehadiran kalian semua akan memberkati majlis sederhana amoi nanti ;) -Ada yang request tak buat kat kl ke? amoi org johor syg-syg semua :) amoi dibesarkan dgn nenek di kampung kluang johor.so majlis amoi disana sahaja :) Majlis pihak lelaki lewat 2bulan selepas majlis amoi.inysa Allah January 2013 itu dibuat di kajang tapi itu bahagian pihak jemputan mereka :) so amoi jemput semua kawan2 customer2 kesayangan semua datang majlis amoi di kluang johor ye yg nak dtg sgt jumpe amoi live n nak tgk amoi pakai bajuu kawennn..wiwitttt~ ^_^

8 comments:

izzati said...

Congratulation sayang :)
Semoga Allah memberkati perkahwinan yana dan bakal suami. Semoga kita semua akan berubah menjadi yang lebih baik. Amin. *Hugs from Sarawak*

Unknown said...

teringin nk jupe amoi yg sgt2 cumil ni..tp nth bile ye..hehe

Anonymous said...

salam..amoi, i minat tgk shawl corak popeye kt u pakai tu.boleh i tahu u beli kt mana?

boni kacak said...

awak jemput saya sekali tak?

me is aku said...

congrats amoi. semoga berkekalan & semoga menjadi isteri solehah.
nak pergi, tp time tu ada kenduri cousin pulak :(

me is aku said...

congrats amoi. semoga berkekalan & semoga menjadi isteri solehah.
nak pergi, tp time tu ada kenduri cousin pulak :(

nhana fnd said...

Assalam amoi..sya copy tau quotes tu..menarik sgt :D

yna said...

alhamdulillah :)

kta nak dtg tgk amoi wenwen dan hug hug juge, hikhik