Followers

Tuesday, May 29, 2012

Keterujaan Dikongsi.

Assalamualaikum w.b.t

Actually ramai betul yang feedback kat amoi selepas mencuba adha.Alhamdulilah so far banyak yang positive dari negative. biasalah kulit muka kita tak semua sama kan? berbeza.beza.dan kesan pon sudah pasti berbeza-beza juga.

So amoi nak buat satu entry share dgn korang kesan yang amoi rasa dari sehari ke sehari.
maybe effect itu korang rasa mcm was-was ke actually ia normal.tp kalau ia getting worse better stop la kan.

Mula-mula dulu amoi pakai sabun & serum Adha sahaja.untuk tempoh yang lama juga.then amoi pakai krim siang dan krim malam dari product lain.so far okela tak pernah pulak ia meroyan atau bermasalah.

Dan selepas melihat keberhasilan yang memuaskan hati dan sanubari amoi (sejujurnya) amoi nekad nak try krim siang dan malam dan bertekad meninggalkan semua alat2 makeup dan semua product lain kerana mahu menumpu pada product nie. Advise kakak azira jangan makeup selama sebulan dalam tempoh perawatan.bg muka betul2 berubat & fresh. Dan saya terus ( ohmyyyyyyy macam mana nak pergi kerja dgn muka tak makeup seyesly mak tak sanggup noks)

Tapi demi nak tgk keberhasilannya.iols NEKAD.wah nekad sampai capslock uols :D

Dalam minggu pertama amoi try the Whole Set.Takdela effect apapon.just rasa muka makin gatal-gatal.orang panggil merenyah.hish tgn nie rs nak garok-garok je muka.tp tahan tahan.pastu ada mengelupas halussss je ( di situ buat kesimpulan sendiri,no wonderla kakak tu tak bagi iols mitap2 sebulan sebab nanti muka mengelupas halus pakai mitap sure bertapuk) pastu baru teringat oh deym ! ada makan udang sotong kat Redwalk.baru lepas makan melantak kat situ dgn en apeq! no wonderla gatal kemain!! terus banyak-banyak kan minum air masak.seyes gatal die kemain. TAPI JANGAN GAROK tau! nnt luka.

Then process minggu kedua.mengelupas semakin kurang tup tap naik jerawat kat tempat yang tak pernah-pernah naik.perghhh riso dah hati nie.seketul besor die kuar.siapa tak senang duduk kan.so dah risau da.tapi pikir.oh die nak kuarkan sel mati n kotoran dari dalam.BERTABAH >.<"

TAPI, yang BESTNYE die cepat surut tau! maybe effect serum & krim malam die mmg best. Dan alhamdulilah masuk minggu ketiga jerawat tu semua dah hilang dan tinggal parut slowlyla kan.takkan nak hilang serta merta mmg magic sgtla tu.

dan selepas sebulan pakai.muka rasa makin Tegang/ kulit sekata/ lebam mata still ada mmg DEGIL nak hilang tapi alhamdulilah berkurang.Dan muka lebih fresh even tak pakai compact.dah macam terbiasa pulak.
Blackhead tu still ada.tu PERKARA PALING SUSAH nak hilang.pakaila apapon.dah buang hari2 pon still ada juga >.<"

Jeragat yang ada kat area MOLE nie pon berkurang die dah pudar.arghhhh saya nie manusia biasa juga muka ada jeragat lagi orang yang berkulit putih lebih senang kene jeragat kan? liang roma ada terbuka juga plus blackkhead tu jgn ckpla.kat hidung beso nie mmg banyak ..>.<"

Tapi saya puas hati alhamdulilah syukur dengan product nie banyak sangat perbezaan kulit dulu dan sekarang.:) DAN yang paling buat saya happy sangat2 dan orang2 yang telah mencuba pon memberikan feedback positive pada saya ;') dan mereka juga turut rasa apa yang saya rasa ;')

Alhamdulilah..niat saya just nak share apa product best sy pakai n nak share macam mana yang saya rasa.yang dah merasainya ofcourse sy happy sgt ;')

Tapi ada juga yang salah faham dengan niat saya.neway takpela.bukan senang nak puaskan hati semua orang.kadang orang tak paham niat kita.lagipon tak penting pon nak jaga hati org yang suke judge dan berkata sesuka hati  tanpa tau apa2..KAN?

# kejap saya /amoi adoi.maafla. update lelaju mmg gitu jdnye ..>.<"

Monday, May 28, 2012

Brush Liquid Eyeliner.Which one Better?

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang bertanya mana satu yang paling elok untuk memilih liquid eyeliner? sama ada berusnya lembut atau keras?

Pada pendapat amoi.dua2 sama je tiada beza :)

masa dulu first time amoi nak belajar pakai liquid eyeliner memang kekok.tak pandai kot.confirm bersepai.nanti mengigil menggeletar tgn pastu garis putus kejap bengkang bengkok tak straight.so memang stress disitu.

So masa pusing2 kat uptown.amoi jumpe eyeliner murah je yang brand "uptown" rm7 je kot.okela kan.kalau tk ok takla rasa ralat sesangat.so amoi tgk berus die keras.so apa lagi! amoi pon grabla.sebab mmg niat di hati teringin sangat pakai liquid eyeliner tapi memanjang failed.

bila dha jumpe berus yang ekrasa.laju2 balik rumah dgn rakus nya try.dan hasilnya garisan eyeliner saya tidak lagi bersimpang siur ok.

so bila dah pandai barulah bole pakai yang berus lembut di depan tu.ada orang suke berus lembut ad aorang suke berus keras.

Macam amoi tak kisah mana-mana sebab dua2 ok :)

tapi for beginner amoi suggest apkai berus yang keras ok?Contoh pic berus keras:

Nie contoh Liquid Eyeliner berus Keras.depan die keras so time korang lukis eyeliner tu takla comot-comot dan bersimpang siur kan kan?

Yang ini contoh berus liquid eyeliner yang lembut didepan.die sgt lembut kalau tangan mcm saya jenis tak berapa nak kreatif silalah jangan amik risiko.dari korang makeup 10minit je takut jadi 1jam kang.
heeeeeeee~



product eyeliner yang amoi suggest amoi pakai terbaik :
- Elianto liquid eyeliner ( Berus Depan Keras)
- SilkyGirl Liquid eyeliner ( Berus Depan lembut)
-Uptown punye je.kat internet pon banyak jual.
murah dan boleh dipakai banyak2 kali yang paling penting senang dicuci dgn air.
Alhamdulilah takdlea mendatangkan effect teruk kat kulit kelopak
^_^


Selamat Mencuba

Natural Makeup.( Korean look )

Assalamualaikum w.b.t

Saya suka tgk kulit orang korean.ok fine~ T_T ofcourse la cantik kan?pastu tgk makeup dorang.amazing oke!
takmo cakap banyak.saya nak letak link youtube yang korang boleh buat sebagai reference.

Korean Everyday Makeup

Magic Makeup!AWESOME

Actually banyak kot lagI! tapi dari link nie korang akan jumpe kat tepi tepi sidebar tu banyak giler ok video yang kornag boleh buat sebagai rujukan!

SELAMAT MENONTON~

Takde Motip sgt.

Assalamualaikum w.b.t


Memang entry takde motip sgt nie.heeeeeeeeeee~ saya jarang update kat blog pic syok sendiri.saja letew nak letak juga.


tapi tapi tapi anyway nak promote juga.MAXI DRESS LONGSLEEVE KEMBANG PAYUNG nie from Heaxa Collection.tapi memandangkan ketandusan kain dari pihak supplier.saya terpaksa stop sekejap untuk order ni.sobs sobs sobs. sedey~


“This is your life and its ending one moment at a time.”

Wednesday, May 23, 2012

Rejab

Assalamualaikum.

Sedar-sedar kita dah masuk Rejab kan? pada yang tak ganti posa lagi macammmmmmmmmmmmm amoi.(tutup muka) silalah amik kesempatan bulan rejab nie untuk menggantikan posa anda. dah nak dekat baru terkedek-kedek nak mengganti posa.ya allah >.<

Macam mana dgn rejab korang? semalam kita menyambut 1Rejab1433. Alhamdulilah amoi pasti mesti ramaiiiiiii sgt excited menyambutnya dan berebut-rebut untuk berpuasa bagi menyempurnakan dan menambah bekalan sendiri kan?

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


Jom kita sama-sama menambahkan bekalan kita di bulan ini sebagai persediaan kita nak menyambut ramadhan yang tidak lama lagi bakal menjelma ;')

Sponge

Assalamualaikum

Entry kali ini amoi mahu share dgn uols tentang penggunaan "sponge". Korang mesti familiar kan dgn perkataan sponge kan?

Kalau korang pernah ke "Facial" mesti korang tahu kenapa  dorang pakai sponge untuk membersihkan muka kita kan?kenapa tak pakai tgn je? sebab?

-Membersihkan muka dgn menggunakan tangan tidak bersih secukupnya.
-Segala kotoran Dan Habuk debu yang melekat di permukaan kulit kita semasa kita berada di luar rumah harus dibersihkan dgn sebetulnya supaya ia tak menyumbat masuk ke liang pori muka kita.

Tapi macam mana kita nak tau mana sponge muka dan sponge compact atau loose powder.jangan pulak korang balun je pakai sebarang sponge.oh no no no. elakkan ye.

Jom kite review jenis-jenis sponge.

 Sponge yang bulat seakan bumi ini yang ada lopak2 lubang adalah sponge yang terbaik.kerana tesktur die yang tak terlalu kasar sesuai untuk proses membuang kotoran dimuka kita sewaktu kita mencuci muka.
 Sponge yang berwarna warni memang menarik perhatian sanubari kan? bentuk petak-petak seakan biskut.jenis sponge nie die kerasa mcm batu even masa tgh keras korang lempar kat orang boleh benjol kepala oooo~tapi bila direndam dia akan melembik dan melembut dengan sendirinya.Function dia sama je dgn sponge kat atas tuh.cuma dia ada boleh bertukar ciri keras kepada lembut.hehehe

 Nampak tak contoh 4 Sponge kat atas tu? semua kegunaan yang berlainan.
 Nie pon sponge compact :) bentuk empat segi dan bentuk bolat.

ini normally orang guna sponge untuk foundation :) so jangan pulak nanti tersalah beli buat utk cuci muka.oh rugi disitu ~_~
Nie sponge untuk loose powder yang orang selalu guna untuk last touch up.

So nampak kan kat situ jenis-jenis sponge.Start cuci muka korang dengan menggunakan sponge.percayalah kulit korang akan rasa lebih fresh dan lebih bersih.



Sponge yang dah digunakan selama sebulan kalau korang rasa membazir nak beli lain korang rendamla seminggu sekali dgn dettol :) bagi buang kotoran yang melekap kat sponge.lebih elok beli yang baru dan tukar every months oke ^_^

Till Then,

Friday, May 18, 2012

Reality.

Assalamualaikum.



Seni lukisan paling gagal >.<

Thursday, May 17, 2012

Brg Keperluan.

Assalamualaikum w.b.t


Rasanya sangat rajin hari ini saya nak buat entry dan share jom geledah apa ada dalam Beg Make-up Harian yang hari-hari saya usung. Saya pakai barang-barang murah je.


  
O___o *tutup muka*
buruk kan barang-barang saya.tetapi saya sgt-sgt menebalkan muka utk tunjuk kat korang dan share memandangkan ramai yang bertanya apa yang saya bawa utk harian saya dalam handbag.so untuk menjawab persoalannya saya menebalkan diri untuk tunjuk dan share dgn korang walaupun brg sy buruk2 belaka.
Jom kite berkenalan dgn ahli anggota tersebut.

1) beg polcadot pink hitam tu.comel kan ;p  itu namanya poket doremon.nampak je kecik plus ruang ekick tp macam-macam boleh sumbat.ngeh ngeh ngeh.
2)Dalam bekas putih tu ada sabun hijau kan? itu sabun ADHA.amoi potong die jadi  6 bahagian so boleh jimatkan.amoi akan apstikan ia selalu dibawa dalam beg makeup kemana amoi pergi.senang kita nak cuci muka kan.utk solat ke.kalau rasa tak selesa ke.kan mudah.
3)depan bekas sabun yg tutup die panjang gold tu. Itu Liquid Eyeliner dari Elianto.Amoi suka pakai yang itu sebab die sgt-sgt mudah dicuci tak perlu apkai makeup remover dan tak menghitamkan mata.so pakai air pon boleh...Harga die rm29.00( tak silap la.ke rm28 lupa dah...=_=")
4)Depan Elianto Eyeliner tu botol kecik bolat demok pendek tu nama die Tony Tint.tu dah tinggal sisa-sisa memang nak habis dah.lama juga amoi pakai yang kecik tu.walaupun kecik jgn tamak ye sebab die sgt-sgt tahan lama.pakai sikit je dah cukup merah :) Amoi jual TT nie rm10 sahaja tidak termasuk postage 
5)Sebelah Tony tint tu yang bekas empat segi tu.itu bukan eyeshadow tau.itu Powder Eyebrow.amoi pakai ni untuk lukis eyebrow amoi sebab amoi jenis eyebrow yang cair sangat tak berapa nampak.tapi amoi tak suka bila nampak terlalu lukis.so amoi rpefer pakai powder eyebrow sebab ia nampak mre naturals.pakai dgn berus kecik die dah siap ada dalam tu :) itu boleh beli kat SASA rm39.90 ^_^
6)Belakang Eyebrow tu ada bekas tutup oren kan? itu krim siang adha merangkap bedak untuk amoi.nampak tak compact powder kat situ?amoi jarang pakai compact so jarang bawa.amoi selesa pakai krim siang tu sahaj sebab ia merangkap alas bedak plsu sunblock.boleh beli dgn ampoi juga ye :) tp die dijual dgn krim malam mmg dtg berkembar siam.^_^
7) sebelah tu botol kuning tinggi tu (bukan org digi gemok ye) itu Maybeline Mascara.amoi suke sgt maybeline mascara sejak dari dulu.tak mampu nak beli jenama lain mahal sgt.hehehe.sebab amoi bukan jenis suka sgt pakai mascara.kadang0kadnag gedik je baru pakai ^_^ .so bagi amoi Maybelinne nie pon dah cukup bagus ^_^ . boleh beli kat watson/guardian juga ^_^
8)Botol gold tutup hitam tu.maybe nampak buruk kan.no no no jangan pandang apda luaran ye.sebab itu adalah serum vitamin C.Vitamin E plus ada collagen yang baik untuk kulit. Amoi dah tak pakai toner sejak amoi jumpe serum nie.dan sgt-sgt puas hati.lepas cuci muka dan sebelum pakai krim siang pakai serum dulu baru pakai krim siang.- serum nie amoi jual die diimport dari indonesia dan tidka dijual meluas.so nak order pon boleh beli dgn amoi ye. Inbox or email sahaja amoi.

Berminat dgn tony tint ke serum ke krim ke email amoi ke amoiheaxa@gmail.vom.untuk eprtanyaan mana amoi beli mascara/mana amoi beli powder eyebrow and eyeliner.boleh juga bertanya.

Gambar tu amoi pakai serum krim siang eyebrow eyeliner mascara plus tony tint kat bibir dgn letak di pipi sikit sebagai blusher :)

Till then,




Wednesday, May 16, 2012

Yg mana satu?

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang prefer lebih pentingkan kecantikan kulit secara semulajadi ataupon dengan makeup yang tebal?
tak kisah kulit dia color apa pon tapi kalau ia bersih cukup buat mata sedap memandang kan?
dan yang penting bila kulit kita bersih sihat automatic buat keyakinan diri kita up.

Tak semestinya korang kene pakai product yang mahal untuk dapatkan kulit cantik licin berseri?
tak semestinya kornag kene pergi buat facial every 2weeks semata2 nak dapatkan kulit halus gebu macam siti nurhaliza nora danish.mereka artis. banyak duit dan sememangnya dah naturally cantik kan?

so no no no.Jangan pernah rasa down sgt sebab kamu tak mampu nak beli product mahal-mahal.kamu tak mampu nak pergi spa buat facial.no no no.

Apa kata kita ubah mindset kita.tak perlu benda-benda tu semua.tidaklah kata tak pelru tapi bergantung pada budget masing-masing kan? kalau kemampuan kita takat itu je kita cuba buat sendiri benda tu dirumah ataupun pakai alternatif dgn brg2 murah dan natural ingrediants kan?

Actually yang penting :

1) Korang kene kenal pasti jenis kulit korang macam mana ( BERMINYAK/KERING/TERLALU KERING/BERJERAWAT/JERAGAT/SEKALI SEKALAI JERAWAT MEROYAN)
2) Bila korang dah kenal pasti jenis kulit korang korang tahu mana nak cari product yang terbaik untuk keperluan kulit korang.
3) Bila korang dah jumpa product yang terbaik yang kulit korang perlukan korang teruskan pemakain SECARA TERATUR.jangan sekajp pakai sekejap tak.manalah kulit tak merajok kan?
4) MALAS?LECEH? cer buang perkataan tuh jauh-jauh dari kepala hati minda dan sebagainya.nak CANTIK kenala RAJIN kan? BEAUTY IS PAIN orang kata.haha bukan PAIN yg skait teruk tu.jangan salah paham ye ^_^
5) Lakukan pemakaian MASKER setiap seminggu 1 / 2 Kali.Kulit perlukan dimanjai dan dibelai kan.
6)Lakukan SCRUB setiap 2x Seminggu untuk membuang sel-sel mati kotoran.
7) Jangan Keluar rumah tanpa pemakaian sunblock.cuaca sekarang terik lain macam.so advise jangan keluar dengan confident muka tak tepek apa-apa.bukan suruh makeup tebal-tebal.tp kalau tak makeup pon atleast letak sunblock ok? barulah pigmentation/panau/kulit tak sekata dapat dielakkan.
8) Banyakkan minum air tau! nanti kulit kerinG!!!


Last but not least,

Which one better? pemakaian make up hari-hari ataupon kadang2? kadang kulit kita perlukan rehat dari bahan-bahan kimikal.so jangan manjakan kulit dengan makeup yang tebal ye.ia sgt sgt sgt tak elok untuk kulit.sekali sekala itu bolehla :)
pakai tipis tipis pon sudah memadai :) barulah orang tgk kita pon sejuk je mata memandang :)

Bila kulit bersih kita makeup pon lebih confident bukan hanya dgn makeup sahaja nak tutup segala cela-cela kan? so KENAL PASTI KEPERLUAN KULIT KORANG OK! ^_^

Senja Remaja.

Assalamualaikum,

Sekejap je kita dah masuk bulan 5 kan?
ramai kawan-kawan dan sahabat handai yang bakal menghabiskan "tempoh bujang" dalam tahun ini juga.GEMBIRA dan TUMPANG gembira :) alhamdulilah.ada yang saya tak sempat utk datang memeriahkan majlis.maaf sgt2 dan terima kasih atas jemputan yang diberikan :'D

Insyallah Dalam Tahun ini juga amoi bakal menghabiskan tempoh "SENJA REMAJA".
wah senja ke?haha.
Amoi masih lagi dalam kepeningan dan kekusutan dalam menguruskan macam-macam perkara. tapi jika amoi tanya dan dengar pengalaman yang dah berumahtangga sebelum ini.mmg ini adalah LUMRAH. orang kata kalau dah nak rancang nak akhwin automatic simptom macam ini meresap terus dalam diri.terus jadi semua kurang stabil.baik dari segi emosi mental fizikal.
Doakan semua dipermudahkan dan berjalan seperti yang dirancang ye? ;'D

serious.memang amoi sedang merasakan sekarang.TAPI sangat BEST sebenarnya.yela kita uruskan MAJLIS BESAR untuk diri sendiri.seumur hidup hanya inilah yang akan kita abadikan makanya memanglah kita nak buat yang terbaik bukan?so seyesly perasaan berdebor tu idoklah rasa pon ( sebab org laki yang nak disoal siasat) tapi berdebor dari segi lain pulak.fizikal mental untuk pegang satu tanggungjawab sebagai ISTERI dan IBU kepada zuriat yang bakal ada nanti bukan tanggungjawab yang mudah kan.bukan sgt mudah.:'D

Bila dah umur-umur cenggini barulah rasa pengorbanan Ibu & Ayah kan?hish..memang insaflah.
Tapi itulah dinamakan LUMRAH kehidupan kan?dulu generasi nenek moyang kita terus ibu bapa kita pula dan sekarang terus kita pula dan selepas ini insyallah generasi kita pulak.wah masa itu memang terlalu pantas.sgt pantas.

tahu tahu budak comot ini tgh sibuk uruskan perkahwinanya. urgh~ macam tak percaya.Alhamdulilah akhirnya sampai juga seru dan jodoh yang selama ini diri pon tertanya-tanya gerangan siapalah lelaki yang ditetapkan utk aku melengkapkan tulang rusuk kiri. Alhamdulilah syukur syukur. ;")

Tak sangka tak sampai lagi 5bulan aku bakal jadi isteri orang?whoah.seriously? jangan nak whoah sgt moi =_="

Doakan supaya segalanya berjalan dengan sebaiknya.Doaku supaya dialah pelengkap hidupku hingga akhir hayatku.Doaku semoga dia selalu menjadi imam dalam setiap solatku.Doaku supaya dia sentiasa menjadi bahu utk aku bersandar.Doaku seupaya dialah menjadi telinga ku utk setiap luahan sedih dan gemmbira ku dan doaku utk dia menjadi mataku untuk menegur setiap perbuatanku.Doaku biarlah dia yang terakhir dalam hidupku.amin amin amin.

untuk yang mengenali kami,Doakan kami depermudahkan ye.dan insyaAllah akan kami jemput bila dah ada kad nanti ye :)


#persiapan yang besar -besar hampir siap.tinggal yang kecil-kecil je.Alhamdulilah.ini namanya bukan excited tau.no no no tapi tak suka rushing or last minute#


Dress ala-ala princess ini memang buat mata juling jap.simple tapi cantik!

Feedback

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya saya rasa tak update blog.ketandusan idea dan ketidakcukupan masa membataskan saya berbuat demikian.ceh ayat poyo derrr~

Actually saya nak sediakan satu entry untuk mengumpulkan segala komen feedback selepas memakai serum & product adha. Akan tetapi saya tidak terlalu rajin untuk mengumpul semua source dan mencari balik.>.< maafkan saya.

Tapi...tapi...ALHAMDULILAH syukur syukur apa niat saya untuk berkongsi penjagaan kulit dan apa yg AWESOME saya rasa ke atas kulit saya org lain turut rasa selepas memakai dalam tempoh sebulan.

ada yang menghantar pelbagai komen & feedback di email di inbox di bbm di whasapp..terima kasih tak terhingga kerana korang sudi menceritakan pengalaman2 korang tentang perubahan yg korang rasa ke atas kulit korang. Akan tetapi malangnya saya tidak dapat mengumpulkan semua komen2 tersebut kerana saya dah tak tersempat nak cari di inbox dan email yg bawah-bawah.maaf maaf sgt2.

Insyallah kalau diberi kelapangan masa.saya akan kumpul balik semua komen-komen dan akan buat satu entry ok?dan sebaiknya letak gambar sekali kan.so sgt-sgt minta jasa baik yang beli dgn saya tolong inbox balik saya berserta gambar sebelum dan selepas.mohon ye :) jasa korang sgt2 dihargai.

bukan nak membangga tapi nak share dgn gadis dan wanita diluar sana ttg apa yg AWESOME korang rasa. tak salah bukan kita nak sharing sharing.

tolong yek yek yek yek.



*semalam saya ada shooting for MinazTv utk share tips kecantikan & fashion.Ya Allah rupanya bukan sennag nak buat sesuatu rakaman.tp saya bersyukur dan berterima kasih sgt2 pada pihak Minaz yang memberi peluang dan laluan pada sy untuk orang mengenali saya.bukan mengenali utk popular.tidak saya bukanlah sesiapa.tapi saya nak orang kenal saya dgn apa yang saya cuba untuk share dan business saya dan dgn tips-tips yang kita sama2 boleh share :) nanti dah siap dan dah dipublish saya akan announce.tapi seyes malu muka plus badan nampak 10x ganda didalam rakaman.gile gemok >.<

Tuesday, May 8, 2012

MOTIVATION.

Assalamualaikum w.b.t


"Don't aim for success if you want it; just do what you love and believe in, and it will come naturally."

Tuhan
Mama&Ayah
Nenek&Adik&Family
Tunang ( my future Husband to be)

Restu Allah Dan Mereka semua adalah KEUTAMAAN saya.

Goodnite <3

Surah Yunus : 10:107

Assalamualaikum w.b.t



Cardigan Colourful Custom Made

Assalamualaikum w.b.t




CONTOH CARDIGAN COLOURFUL YG DAH SIAP  JADI BAJU
^____^
nie color Lime Green



Alhamdulilah diizinkan tuhan untuk amoi buat custom made cardigan labuh & sopan utk para muslimah kat luar sana.
mungkin tak secantik nicchi tapi amoi try buat supaya ia bukan saja boleh kite gayakan dgn pelbagai gaya
tetapi ia juga mengikut hukum syarak supaya ia menutup aurat kan.

kalau ada kekurangan amoi mohon maaf ;')


Amoi dah start open order untuk cardigan nie
pre-order custom made.
macam order-order batch sebelum ini
estimate sebulan untuk process beli kain & buat baju.
payment harus dibuat dahulu untuk menggelakkan backout buyer.

untuk sementara ini
sebagai permulaan ada 8 colours yang available untuk ditempah
^_^

sudah sedia untuk merambangkan mata anda?
marilah kita lihat colour-colour yang ada.



LIME GREEN ( with flash)
ini yang sama sebijik macam amoi pakai gambar di atas
^_^

LIME GREEN ( Without Flash)


Purple Manggis ( Without Flash)
cantik sesangat colour nie.

Purple Manggis ( With flash)

Shocking Pink ( Without Flash)

Shocking Pink ( with Flash)

Red Chili ( With Flash)
menawan kalbu ini colour~

Red Chili ( Without Flash)


Orange Sunquick ( With Flash)
( sekarang kan tgh fofular colour-colour summer kan )
memang cntik sekali sekali kita pakai orange buat cardigan then try mix & match

Orange Sunquick ( Without flash)

Bluebell ( With flash)
biru keunguan

Bluebell ( Without flash)


Yellow Mustard ( Without Flash )
semua tahu saya mmg GILER akan KUNING
ehh ye ke.rasanya semua colour terang saya suke
>.<

Yellow Mustard ( With Flash)

Tifanny Green ( Without Flash)
Colour nie mmg terang sgt plus seyes menarik giler!
saya ada pakai together with polcadot dress sleeveless saya open hari tu
^_^
#kalau kamu semua perasanla,tp itu nicchi punye.but colour mmg sama#

Tifanny Green ( With Flash)


semua color~

8colours available!

cantik kan colourful~

kesemuanya ada 8colours~

^__________________^

mana satu pilihan hati?





Cantik kan colour-colour nie
menggeramkan.
nie belum jadi baju lagikan?
dah jadi cardi nanti lagila GERAM
^_^





ok jom details macam mana nak order :


INBOC atau EMAIL amoi ke

amoi akan minta ukuran :
- BAHU
-DADA
-LILITAN LENGAN( berhampiran KETIAK)
-PANJANG BAJU ( ukur dari bahu ke lutut ) special utk size petite.kalau tinggi 160 ke atas tak perlu
^_^


Dan Amoi akan bagi Account Number Dan Juga Link Form untuk Diisi
segala details kamu seperti :

Nama
Address
Hp No
Email
Payment Proof
Details ( ukuran dan color )

oke faham kan?

satu helai baju RM 70

setiap helaian baju akan di cas postage rm7 Untuk Semenanjung / RM10 untuk Sabah Sarawak.

Tiada diskaun even korang beli more than 1 pcs

Akan tetapi amoi try bagi "gift" for those yang beli more than 1pcs.

Insyallah jika dimurahkan rezeki.


so bolehlah mulakan order sekarang.
tarikh tutup pada 20/21st May 2012.


jangan ketinggalan lagi macam mana kamu ketinggalan lycra plain for maxi tu ye
hehe.
Insyallah amoi akan try sedaya upaya untuk dptkan stock kain Lycra J1 dr supplier untuk memenuhi permintaan ramai supaya amoi open balik order
for maxi longsleeve
& sleeveless yang amoi selalu pakai dgn cardigan.

Insyallah~

till then,



counting days

Assalamualaikum w.b.t


left than 6months to go . .


dup dap dup dap


ya allah baru tahu rasanya nak menguruskan sesuatu majlis besar bila semua dipikul atas bahu sendiri.
;')
tapi puas hati bila ia dilakukan sendiri.


permudahkan.tabahkan kekuatan itu.



tak sabar untuk menjadi milik dia dgn sah dan halal.
Dengan Restu Allah.



;')



Saturday, May 5, 2012

Bau Badan

Assalamualaikum w.b.t


Bau badan merupakan salah satu faktor untuk setiap orang rasa tak confident nak berhadapan dgn org ramai?
betul kan?
walaupun kita sendiri berhadapan dgn org yang mengalami masalah bau badan kita pon rasa tak selesa kan?

Bau yang tidak enak yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan  oleh banyak faktor.

Salah satu faktor ialah :

FAKTOR PEMAKANAN

lagi-lagi sekarang macam-macam makanan yang ada kan?
dan tekak & selera kita pula memang pantang tgk makanan yang melazatkan.

tak kisah pon actually.
tapi macam mana kita nak mengatasi?

ada sesetengah orang yang mmg asalnya memang jenis badan berbau.
dan bukan org badan berisi je yang ada bau badan tau orang yang kurus pon ada.
so ia bukan faktor size badan ok.
jangan salah faham disitu.

Tips menghilangkan bau badan

 Ada beberapa cara yang boleh dilakukan :
  • Pilih pakaian korang hati-hati untuk menghilangkan bau badan.
  •  Elakkan pemilihan pakaian yang ketat dan jenis kain yang tak serap peluh.
  •  Pakai pakaian yg longgar dan sebaiknya dari cotton supaya badan kite boleh bernafas juga ^_^
  • Gunakan deodorant dan antiperspirants, ini merupakan tips yang penting untuk mengatasi bau badan.
  • Anti-per spirants mengandung garam aluminium yang dapat mengurangi peluh dengan menutup saluran peluh.
  •  Deodorant  mengandungi antiseptic untuk melawan bakteria, ia juga membantu mengurangi bau tapi tidak mengurangi peluh yg terjadi.




so korang sebagai perempuan.macam-macam kita nie.
Peliharalah kebersihan, mandi dengan teratur merupakan perkara paling penting dalam melawan bau badan.

Elakkan minuman yang panas agar peluh korang tak keluar secara berlebihan, 
minuman yang panas dapat meningkatkan panas badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.
 Jadi kalau korang bimbang bau badan korang sebaiknya biasakan minum air sejuk.

lagi satu Gunakan perfume adalah salah satu cara paling cepat untuk  tips menghilangkan bau badan.
Perfume mungkin tidak dapat mengatasi langsung peluh badan, namun ia dpt membantu ketika bau-bau tersebut berlaku.

tapi itu tak membantu sepenuhnya.maybe sementara kan? nanti lepas beberapa jam sudah gelabah cari perfume pastu malang pulak perfume tertinggal terpaksa singgah shopping complex beli perfum.ekekekke

 Makanya cara menjaga tubuh agar senantiasa segar dan bebas dari aroma tidak sedap adalah: 
Cube untuk mengurangi makanan pedas,bukan tak boleh langsung lagi-lagi tekak yang mmg HANTU PEDAS memang tak sahla kan kalau takde pedas.org kata tak uummmm~tapi cuba kurangkan ^_^ dan kalau boleh jangan terlalu makan makanan yang dimasak dgn banyak rempah rempah >.<

Mandilah 2 kali dalam sehari.INI WAJIB!!! ada ke orang mandi sekali sehari?=_=" maybe ada tapi seyes korang selesa ke dgn bau badan sendiri? kalau yepon malas sgt mandi kambing jadilah (perumpamaan org2 kalau mandi less than 5minutes) kan segar badan bila dah wangi-wangi dah bersih.tak gitu?
Pakailah pakaian yang tidak terlalu ketat agar pengaliran peluh udara mengalir lebih baik.
 Selepas bersenam ke gym ke, biasakan diri untuk mandi. 
 Minumlah air mineral secukupnya 

INI SGT PENTING lagi-lagi kaum wanita ye Cukurlah bulu ketiak secara teratur. tak ke tak senonoh jika di situ terbela macam semak.ayooo~
Untuk mencegah berkembangbiaknya bakteria, gunakan deodorant 12 jam setelah pencukuran, agar kulit tidak mengalami iritasi.
Gunakan deodoran atau anti perspirant setelah mandi pada lipatan-lipatan tubuh yang sering mengeluarkan peluh. saya ada advise gunalah BODY MIST selepas mandi.
biasakan sebab ia akan buat badan lebih segar dan wangiiiiiiiiii yang tahan lama
^_^ .saya suka guna body mist VICTORIA SECRET.mmg paling best.semua bau body mist dia memang menyenangkan rongga hidung.heheh..korang bolehlah mencuba.
dan last for not least Gunakan sabun antiseptik, terutama untuk bahagian-bahagian tubuh tertentu seperti dibawah lengan serta bahagian sulit.terutama kita wanita yang sangat sensitif lagi-lagi sewaktu datang haid.

harap tips-tips nie membantu ^_^
bila badan kita wanggi automatic tahap level confident kita akan up 102% tau!
barulah orang sekeliling kita selesa bila duduk or bercakap dgn kita kan?

see u then.




Friday, May 4, 2012

The Reason Why I Love You

Assalamualaikum w.b.t

The reasons why i love you.
yes, you.
jantung hati ;)



1. You trust me. more than anyone else could trust.

2. You might not be a very romantic person. but you're sweet.
naturally.
and i would love to live with a sweet person for the rest of my life.
being sweet everyday is more than i could ever ask.

3. You talk about your future plan with me. eventhough we didn't
promised anything coz it's Insya-Allah.. we'll work it up.. ;)

4. when i'm being too ego. You know how to deal with it.
sedikit marah actually buat kita sedar,
emosi bukan yang terbaik.

5. You let me know who u really are. the good, the bad.
manusia tak pernah sempurna.
tp saya yakin.. kita boleh saling melengkapi ;)
InsyaAllah

6. when i'm with you.. all i want to do is smile
n look into You.. much deeper.
and i never bored to do that.
eventhough this year will be our 6th anniversary,
You make me feel like it was just yesterday that
You said the first 'i love you'.

7. You're simply one in a million to me.
please.
don't have a doubt because i'm very certain about that, honey :')

Actually
the main reason why i love u.
is because my heart says :
don't let me love another man.
because i give my best to love this person.
please.
Just him.

i love you.
maybe it's not the only thing that matters.
but with loving you, more each and everyday,
i know you've been the only thing that matters.
*sigh*

p/s- sy tahu sy mmg emosi dalam hal2 sebegini ;p


Wednesday, May 2, 2012

INGAT COSMODERM INGAT SUNSREEN FOUNDATION

Assalamualaikum w.b.t


hye korang!
jangan tanya mana amoi menghilang
i am sorryyyyyyyyyyyyyyyyyy~
last entry update is a few weeks ago.
Ya Allah cepat je rasa masa berlalu kan.
too many things to do so rasa mcm sgt2 cepat.
tak sedar rupanya kita dah masuk may 2012.

neway korang mesti masih ingat yang amoi dulu sibuk uarkan dan hebahkan diseluruh pelusuk alam semesta tentang peraduan 
SUNNY SHOPAHOLIC CONTEST COSMODERM
ingat lagi tak?
apa???
tak ingat.
wuwuwuuw.
>.<


tapi disebabkan hari ni amoi baik hati.amoi nak remindkan korang dgn entry yg penah amoi
buat pasal sunscreen foundation cosmoderm nie.

oke apa yang amoi nak remind & rewind korang nie?
ok actually contest tu sudah pon berakhir 
thanks for support semua yang bersungguh-sungguh menjayakan contest itu dengan bermacam dan pelbagai idea.
kamu semua memang tersangat2 creative.
dan pihak cosmoderm pon telah memilih siapakah yang layak menang 
yang tak terpilih janganlah berkecil hati.
actually pihak cosmoderm memang pening & keliru memilih siapakah yg layak
KERANA semuanya meman kreatif dengan idea yang perlbagai.
siap ada buat macam story.
memang sgt menarik!!



TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
yang bestnya dan bertuahnya siapa yang MENANG
adalah hadiah yang cosmoderm bagi memang tersangatlah lumayan ok!
tempat pertama : RM 2000
tempat kedua : RM 1000
tempat ketga : RM 500

bling bling mata hitamku.
korang shopping ingat-ingatlah amoi.
baju rm19.90 pon bole :P
hehehe~
just joke.
korang mmg terbaiklah dan bersungguh-sungguh!
TAHNIAH UOLS!!

oke selesai pasal pengumuman pemenang contest mari kita beralih arah pada berita gembira yang akan saya uar-uarkan bagi korang teruja tahap "zxcvbnm"

PADA PENGGEMAR SUNSCREEN FOUNDATION COSMODERM ADA 2 BERITA BAIK UTK UOLS!!!!!


yang pertama :



PIHAK COSMODERM & GUARDIAN telah sepakat untuk membuat
promotion untuk peminat-peminat COSMODERM SUNSCREEN FOUNDATION
dengan HARGA ASAL ialah RM 29.90 kan kan?
tetapi sekarang hanya boleh didapatkan dengan harga RM 22.48
sgt murah bukan???????????????????????
dah la murah plus mmg tekstur die yang tak terlalu berat dan moist plus soft memang bukan worth it lagi ni.
nie da tahap memang kepuasan hati 121%!!
PROMOTION nie start 2nd MAY 2012 - 6th MAY 2012.
so dah start HARI INI!!!
dan akan berakhir lagi 4 hari lagi!
cepat beli untuk stock masing-masing!!
sampai tahun depan.
pastu senang dan jimat!
memang di mana jua kalian berada boleh tepek if kawan nak pinjam pon dengan baik hati dan berbesar hati
"ko nak pakai banyak-banyak pon takpe"
kannn?

kenapa saya suruh buat stock banyak2?
kerana cuaca sekarang kan sgt-sgt panas kan?
pada mereka yang langsung tiada sebarang protection sunblock!
this is a GOOD SUNBLOCK!
untuk yang selalu bermakeup pon.
boleh buat ini sebagai asas.
sebab tekstur die tersangat ringan.
so once muka korang dah ada protection korang pon dah confident nak kuar tgh-tgh hari panas terik menegak atas kepala tanpa payung.
kawan sebelah pakai payung besar gabak berkongsi payung nak lintas jalan.
korang dgn divanya pakai sunglass besar ala-ala paris hilton dan jalan dgn jayanya dan yakinnya tanpa payung besar?
wahhh~ kelasss ok! memang pasti rakan yang bawa payung besar tu akan tercenggang melihat korang.
korang pon bolehlah angkat sunglass ke atas kepala
dan bercakap dengan gaya ala diva
"JANGAN KELUAR  TANPA COSMODERM SUNSCREEN FOUNDATION SPF35PA+++ "

see?pasti mereka terkedek bertanya dan mana nak cari sunscreen foundation nie
so korang boleh inform
PROMOTION SEKARANG 2nd MAY - 6th MAY DI SEMUA GUARDIAN SAHAJA!!
jangan cari kat farmasi lain.
memang korang punggah sampai ke titisan terakhir pon takkan berjumpa kerana 
HANYA DI GUARDIAN SAHAJA TAHU TAHU!
jom tarik semua gegirls2 PERGI GUARDIAN!!
wiwit~
bergayaaaa dengan yakin melangkah walaupun tengah hari panas mendidih.


berita BAIK yang kedua :


BERITA BAIK YANG KEDUA HANYA UNTUK PENDUDUK DAN RAKYAT JELATA YANG DUDUK DI KAWASAN PUCHONG SAHAJA!
dan jiran sebelah menyebelah macam subang ke,shah alam ke,seri kembangan ke.
pon boleh terjah!
takla jauh mana kan?
kerana PROMOTION INI HANYA DI GUARDIAN IOI MALL PUCHONG
start pada
30th APRIL HINGAA 6th MAY 2012 sahaja.
apa yang menarik?
PEMBELIAN  RM70 dan ke atas akan anda layak mendapat
COSMODRM VITAMIN E CLEANSER + 15% off untuk semua items cosmdoerm!
TERUJA KAN?
                                                                 so jangan tunggu lagi
untuk rakyat jelata dan jiran rakyat jelata sebelah menyebelah
silalah serang & terjah guardian dengan sepantas habis oke@
ingat hanya di IOI MALL GUARDIAN PUCHONG JE PROMOTION INI!


ingat tagline ini ok.
"JANGAN KELUAR  TANPA COSMODERM SUNSCREEN FOUNDATION SPF35PA+++ "

terus ingat cosmoderm trus ingat guardian dan terjah guardian selagi masih ada promotion!
jom laju-laju! ^_^