Followers

Friday, July 20, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah masih diberikan nyawa dan hidup untuk berjumpa dgn ramadhan kali ini.Alhamdulilah syukur kehadratmu Ya Allah.

So dikesempatan ini Segala keterlanjuran dalam kata, apa2 yang menyinggung perasaan dan salah faham sepanjang perkenalan bersama rakan2 dan rakan2 dlm FB.Sesungguhnya Yang baik dari Allah yang hina dari Saya.. kadang2 mana tahu ada update or status yang buat orang sekeliling kita terasa kan? bukan mudah untuk jaga hati semua orang.So dikesempatan ramadhan niesaya nak mohon maaf atas segalanya. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan dipermudahkan segalanya.

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita untuk ramdhan kali nie.siapa tahu ramadhan akan datang kite tidak akan bersua lagi?

Malam nie terawih jangan lupa ye kawan2.

Malam nie pon jangan lupa niat sebulan dan niat setiap hari ye itu lebih afdhal ^_^

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Waktu Berniat
 Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan




Salam Ramadhan al-mubarak 1433h dari saya Amoi Heaxa =)

5 comments:

A e e n n Z a i r i f f said...

Selamat berpuasa kak amoi :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

selamat berpuasa amoi cantik ^_^
heee teringin nk berbuka puasa sama2 dgn amoi tau :)

Amoi Heaxa said...

selamat berpuasaaaa aeenn ^_^

iena & ieda : bolehhhhhhhhhhhhhh nanti kite set date ek ek ek :)

fifie said...

selamat berpuasa amoiii. Cantik sangat amoi dekat header tu, cute amatttt >_<

lavenderlover said...

selamat berpuasa & berterawih.. =)