Followers

Wednesday, May 23, 2012

Rejab

Assalamualaikum.

Sedar-sedar kita dah masuk Rejab kan? pada yang tak ganti posa lagi macammmmmmmmmmmmm amoi.(tutup muka) silalah amik kesempatan bulan rejab nie untuk menggantikan posa anda. dah nak dekat baru terkedek-kedek nak mengganti posa.ya allah >.<

Macam mana dgn rejab korang? semalam kita menyambut 1Rejab1433. Alhamdulilah amoi pasti mesti ramaiiiiiii sgt excited menyambutnya dan berebut-rebut untuk berpuasa bagi menyempurnakan dan menambah bekalan sendiri kan?

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


Jom kita sama-sama menambahkan bekalan kita di bulan ini sebagai persediaan kita nak menyambut ramadhan yang tidak lama lagi bakal menjelma ;')

4 comments:

Hidayah Maznan said...

saya sempat berpuasa semalam.kalau boleh nak buat lagi.. marilah kita beramal di bulan rejab :)

aliza zeke said...

kite pun ngah mencuba merajinkan diri ganti pose kak :)

aliza zeke said...
This comment has been removed by the author.
Ain Syafieqa said...

sma2 mmbuat persediaan pd bln rejab ni...rindu nk smbut ramadan. :)