Followers

Wednesday, November 21, 2012

Officially Married ^_^

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah lamanya kubiarkan blog nie bersawang berhabuk berdebu bacin semua....phewww~Tetiba teringat dan terus laju2 amoi update for short entry. Banyak benda amoi nak share actually insyaAllah bila kesempatan akan amoi share pengalaman amoi menguruskan dari preparation dan sepanjang majlis ye .


Alhamdulilah selesai sudah majlis perkahwinan amoi dan suami ( en apeq ). Alhamdulilah ramaiiiii sangat yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan kami. Doa kalian sangatlahh kami harapkan dan kehadiran kalian sangatlah kami alukan dan hargai ^_^ . Seminggu sebelum Majlis punyelah amoi dah tak lena tido mandi pun tak basah dah makan pun tetap selera je.hiksss~ orang nak kahwin pakai baju cecantik punyelah diet sakan.Tapi amoi dah jumpe lauk masakan nenek memang kelautlah jawabnya agenda diet.semua hancur leburr....kih kih kih... Sebaiklah fitting baju sehari sebelum muat. Kalau tidak mahunye meroyan jap.haha.

 Lupakan pasal baju..hehe, Sedar sedar now dah hampir 2weeks amoi bergelar ister ^_^. Alhamdulilah dengan sekali lafaz sahaja amoi SAH bergelar isteri kepada Mohd Fazriq Bin Salim ( en apeq ) pada jam 4ptg 9 November 2012 di rumah nenek amoi. Dimana disitulah pelbagai memori suka duka dan dibesarkan di rumah nenek :) Dan sekali lagi amoi tambahkan lagi moment rumah itu dengan kenangan paling terindah dalam hidup amoi bersama suami =') .

Masa sebelum suami melafazkan tu amoi kat dalam bilik masih ber Hu Ha dengan kawan2 sanak saudara kat dalam bilik pengantin perempuan.Kemain bergambar sana sini. Pastu terdengar mcm dah "ready" tu..kemain amoi excited duk berdiri tepi pintu. ( masa tu suami kat depan pelamin amoi kene duduk bilik..adat johor begitu .Bila dah sah barulah boleh keluar tunjuk muka..hiks ). Berbalik pada excited nak dengar suami lafaz tu...Jantung nie berdebar sangat serious.agaknya macam tulah semua org rasa bila nak berkahwin kan?Yerla melangkah ke satu alam baru bukanlah satu benda yang mudah.Tanggungjawab yg harus dipikul bukanlah perkara yang main-main. Amoi dapat rasakan debaran suami amoi yang memang masa die otw dari kl pagi jumaat dengan semua family die die dah cakap tangan die mula mengigil...masa tu amoi relax lagi..siap cakap sabar ek insyaAllah takde apa-apa..drive elok2...( Masa majlis khatam alquiran berlangsung disebelah paginya,hati amoi tak keruan bila suami kata die baru nak otw dari kl dengan semua family dan sanak saudara...) bila selesai je majlis khatam suami col dan cakap..die dah lepas tol ayertam dah nak sampai. phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww rasa legaaaa yang tak tau nak gambarkan mcm mana....yela orang kata darah manis kan...macam2 boleh terjadi...so kita doa yang baik baik je.Syukur selamat semua :) 

Dengar sahaja lafaz dari suami " Aku terima nikah Nur Salffa Diyana Bt Jamaludin dengan mas kahwinnya RM___ Tunaiii" PHEWWWWWWWWWWWWWWW YA ALLAH.....rasa macam nak terjelepok sangat amoi...mata meliar mencari kelibat nenek....rupanya nenek dah lari masuk bilik..;'( NENEK adalah orang yang paling sayu dari majlis khatam al-quran lagi..masa Nikah amoi tak rasa sayu sangat sebelum tunjuk muka kat nenek...tapi masa majlis khatam alquran amoi rasa sayu sangat masa amoi membaca ayat-ayat suci alquran...dan orang ramai yg membaca tahlil arwah yasin...tak tau masa tu macam nampak roh arwah tersenyum dari jauh..serious...amoi nampak bayangan tu...makin lama makin jauh...dan jauh...tapi amoi nampak mereka tersenyum kegembiraan untuk amoi...;') "Mama....Ayah...Puterimu dah selamat menjadi isteri orang...."

3hari sebelum majlis.....tiap-tiap malam amoi mimpi arwah mama datang duduk sebelah amoi dan belai rambut amoi...tapi dia tak cakap apa2.bila amoi buka mata die senyummm dan hilang.........3hari berturut2 amoi mimpi yang sama.....Kata nenek arwah mama mendoakan kebahagiaan amoi dan dia gembira tgk anak dia dah berkahwin....nenek sempat cerita sambil masa tu dah teresak-esak...."dulu mama kamu selalu cakap...nanti anak "gie" dah besar gielah orang yang paling "busy" menguruskan majlis dia kan..nak semua serba sempurna dan lawa-lawa..."   Oh..Ya Allah....semoga roh mamaku dan ayahku tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...


Amoi xtahu kenapa masa amoi taip nie air mata dah berjurai jurai....Next time amoi sambung share cerita sepanjang majlis ye.....


Amoi nak wish "terima kasih yang tak terhingga kepada yang wish kat amoi yang tak sempat amoi reply...baik di fb bbm whasapp di inbox email semua...Amoi baca setiap satu message dari kamu semua tapi amoi tak berkesempatan nak reply.yang sempat amoi reply...terima kasih sangat2 pada yg mendoakan yang baik-baik utk amoi..Terima kasih pada yang hadir dari jauh sanggup hadir sampai awal tunggu amoi bersanding lagi.sanggup tgu turn nak bergambar dgn amoi..SERIOUSLYYYYY korang memang besttt dan amoi sayangggg korang sgt2 =')

Jika ada kekurangan disepanjang majlis,amoi dan suami tak terlayan tak terpandang tak tersenyum...maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki..Moga panjang umur kita semua bersua lagi ye?


Doakan kebahagiaan amoi didunia & diakhirat =')









31 comments:

Famiza said...

congratz pretty...wish u alwys hpy muahx

arina said...

tahniah akak... cumilnye akak =)

irmaputri said...

tahniah..semoga berkekalan & bahagia hendaknya

Puan Eka said...

tahniah kak amoi...

sedih eka baca entry kak amoi ni....

tapi gembira jugak bila kak amoi dah selamat kahwin..

eka rasa eka ikuti kak amoi dah setaun lebih kot..dari kak amoi belum buat persiapan kahwin lagi..

hehehehe

tapikan kak amoi,nak kawen bnyk benda kan nak buat..eka sibuk uruskan adik kahwin..sekurang2nya masa eka nanti adalah pengalaman nak urus majlis..

tu pun parents ngan family bantu

Cik Kumbang said...

Congrat kak amoi :)
cantik sgt :)

shuhadah Zainol said...

tahniah amoi !!! kamu cantik sgt..

Zalina Razali said...

Rasa nak menangis pun ada... :'( sedih baca entry kak amoi esp about ur parents.. semoga berbahagia kak. nak sgt jumpa kak amoi.. hopefully boleh jumpa time wedding sebelah ur husband pula. nak card !! hehe.. ok lah.. tata :)

Unknown said...

alhamdulillah...tahniah kak amoi. semoga berkekalan hingga Jannah <3

selipar buruk said...

anne pun menangis baca post amoi ni..anne kenal dgn Fizie..kawan masa matrik dulu..dia pun pernah citer pasal arwah mak n ayah amoi..semoga amoi kuat ya :)

Amalina Ali said...

Tahniah Amoi. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. Amin. :)

Unknown said...

tahniah.... =)

SLM..please support pjaz dlm contest iphone5 gdjet impian, tlg KLIK g+ yer diside bar sblh kanan atau di entri =) TQ ^^

chemie said...

tahniah.....bila nak dapat babynya..?

Rina Ellisa said...

tahniah.. sweeet :)

hazanis said...

tahniah akak cantik. :)

secret of us said...

Tahniah...awak sangat cantikk...^^

'arif said...

Tahniah tahniah! :)

Unknown said...

congrats kak amoi!
kak amoi tulis ni pun, dengan air mata mya dah berjurai. haa dah macam mana. heehe
semoga bahagia selamanya kak.
have a cute little amoi's and apeq's

love
Mya :)

Unknown said...

tahniah kak. sedih baca apa akak tulis :')

boni kacak said...

tahniah awak!!! hehe. saya doakan agar kebahagiaan awak akan berkekalan sampailah ke akhir hayat..amin... :)

niey'scha yumi said...

hi akak cantik ! :) tahniah di atas perkahwinan mu :) wish u happy ever after till jannah :')) n lastly kite doakan akak dapat baby paling comel soleh & solehah soon :'))amin :)

AmirahSM said...

kuatnye awak...arwah mak ayah awak akan gembira lihat anaknya dah berkahwin..sy doakan awak bahagia duni dan akhirat.. =')

Shahada Fauzi said...

tahniah amoi..selamat pengantin baru..semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknye..dan semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa dan jannah..^_^

fifie said...

Alhamdulilah amoi semua berjalan dengan lancar. nanti jangan lupa udpate time to time ye pasal kahwin nak tengok semua nya. Huhu

Unknown said...

ada nmpk gmbr dlm fb k intan..
cantik

Unknown said...

Salam.. tahniah amoi..ya Allah.. sedih nyer baca post amoi yg nih.. terasa jgk aka kesedihan.. xper amoi dh ada suami.. akak doakan moga kamu berdua berkekalan, kekal bahagia hingga syurga.. moga jd isteri yg solehah disamping suami yg soleh.. amin ya Allah.. take care dear.. nnt upload gmbr byk2 yer..

asbesstos said...

Selain intan dan beberapa kawan perempuan yang lain, kuden selalu anggap amoi antara mereka yang kuat & tabah. be strong dan selamat pengantin baru !! hohoho.. semoga kekal ke akhir hayat.. :)

Wan Atikah said...

congrats sis amoi :D
smoga mnjadi isteri yang solehah n dapat baby yang chumel-2.
dan parents sis , mesty bahagia d'sana kerana lihat sis skrang . sya doakan kebahagian sis . ><

Syadalova~ said...

Tahniah amoi..kamo sngt cantik!!!

Syadalova~ said...

Tahniah amoi..kamo sngt cantik!!!

mazliyana yahaya said...

tahniah sis amoi,moga peroleh keberkatan di sisiNYA.(:

lavenderlover said...

tahniah! selamat pengantin baru.. cantik sgt! =)
moga kekal ke syurga! =)