Followers

Showing posts with label bebel-bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel-bebel. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Tiada caption tetapi ada mesej.

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat dari pagi sampai ke ptg saya berada di ikea membeli perabot dan kelengkapan barang untuk mini kedai nanti.Tiada gambar sepanjang activity dapat dikongsikan kerana terlalu serious dan khusyuk mencari barang.

Sabtu pagi pagi dah keluar breakfast pun mcd drive thru sebab saya tering hash browns mcd sahaja,teringin sampai rasa nak nanges teresak esak kalau tak dapat okay.Ini ada gambar sebab saya menggedik teringat nak capture gambar.




Muka tertekan sebab lapo yang amat.Cakap dengan hasben apa apa kita breakfast dulu sebelum ke shah alam.Sebab suami nak pergi main go cart mesti lama kannnnn...Haha ayat paksaannn.



Hasben tanya nak breakfast apa terus laju laju jawab " kite drive thru mcd plsss " walaupun sebenarnya memboikot tapi kehendak orang mengandug nie hanya orang mengandung je faham tau.Kalau tak dapat tu boleh nangis teresak esak guling guling siap tau.huhu.


Huwaaa die punye kempunan teringin sebenarnya bukan nak burger.Last2 burget tak termakan. Makan hash browns dan minum milo ais dah kenyang. Dapat nie die punya kepuasan usah cakapla kan...huhuhu


Muka terus glowing bercahaya dapat makan ikut kehendak hati.hahahahahha ayat minta tangan je kan :p

Selesai teman hasben men go cart almost lunch hpur juga. Dah alang alang dekat shah alam lama sangat tak jejak kaki ke shah alam, dulu lepas belajar baru hidup berdikari baru nak menapak nielah tempat ku. sobs teringat kenangan suka duka pahit manis sebagai perantau dan baru nak hidup dan mula bekerja.

Terus tekak teringin makan Sup Utara. Ala yang sup die sedap giler plus dengan sambal belacan merah plus sambal kicap die yang mmg power tuh! Rasanya siapa duk shah alam mesti tau! Ala kat Seksyen 18 tu dengan kat Plaza Alam sentral kat bawah sekali.Memang licin dan berpeluh peluh makan tapi memang puas!!Amoi mengandung nie memang kuat makan pedas.Huyaiiii tak pedas tak Umm orang kata.
Tak sempat nak amik gambar sebab kebulur macam dinosour.hahahaha.


Lepas makan hasben i bawa pergi Mid Valley ikut lagi kehendak isteri walaupun dengan jammed sangat macam apa tah. Dari shah alam nak ke Mid valley tu lalu federal Highway makan masa dekat 2jam lebih! isteri dah kekenyangan lena tidur melelapkan mata kat sebelah sian hasbennnn die terkuap kuap ngantuk.

Sampai sampai Mid parking janganla cakap.ramai nya umat manusia. Terus menuju ke tempat yang mahu dituju.
Maternity & Children Expo.
Huwaaa ramainyaaa orang, tgk semua dengan bawa perut dan bawa stroller dan baby oh indahnya tengok.hehehe

Amoi dan hasben kurang kerja duk tengok stroller stroller orang haha . Dah macam pertandingan stroller sapa paling cantik dan mahal je.hahahaha

Tiada gambar sebab tgh sesak sesak memang tak berani nak keluarkan hp mahupun wallet.Semua hasben pegang.Hasben jenis low profile dan tak suka amik gambar plak tuh.sobs sobs sobs.

Amoi jadi rambang mata tengok baju tak sangatlah.Sebab belum tahu jantina kan.So amoi tengok barang keperluan yang penting macam stroller car seat baby,dan breast pump. Nampak memang menarik tp bila dah ramai ramai macam tu memang tak selesa untuk membeli. Last last tak beli apa. Masa nak keluar dari Expo nampak Dynaz ala yg retis tu ! Cantiknya die tingginya die putihnya die.Nak amik gambar tapi sesak sangat sebab macam ada  pertandingan ibu dan anak.Catwalk catwalk atas stage. COMEL SANGAT!

Terus ajak hasben keluar sebab dah mula pening ramai sangat orang.

Terus menuju ke destinasi ibu dan ayah pula. hahahah kemain ayah n ibu nak shopping. Ibu nak shopping seluar maternity, boringlah cakap dengan hasben asyik kene pakai maxi je.huhuhu seluar banyak semua dah oversized.sobs.


Apa yang menarik perhatian sekali adalah DAISO!!!! yeayy rasanya semua tahu kan kan.Amoi & hasben suka masuk tempat cemtu tapi yang selalu tewas teruk adalah amoi.sobs sobs.
Amoi pasti tewas beli benda yang akdang takde function dan takde sebab pun tapi masa kat sana comel giler rasa macam nak amik semua. Nie pun dah banyak kene tapis. Memanglah murah rm5 setiap item tapi kalau dah amik tak menyedor diri. Tau tau dah cecah rm100++ nangesss.

Lepas siap shopping dan shopping yeay dapat seluar maternity murah je tau dekat Jaya Jusco dalam Mid.Dahla murah ada sale okaylah kain dia. Amoi xbeli jeans sebab jeans semua tinggal xxl je size.huwaaa.
So amik yang jenis pants biasa je.

Keluar dari Mid valley jam 10.15pm.Amik kauuuuu dari pagi sampai ke malam.Seharian nak berjalan kan. Mau tak letey.
Sampai rumah pengsan suami isteri keletihan.
Sebaik ada Losyen Mustajab Pati Halia, Sapu kat kaki suami dulu  yang kepenatan pastu sapu diri sendiri dan minta suami sapu belakang badan sebab dah sakit sakit pinggang.Tangan tak sampai kan.




Psstt~ Kedai amoi semakin hampir siap. Tak sabar sangat nak berurusan dan uols boleh walk in datang kedai terussss. Seyes tak sabar!!!!!!!

Thursday, April 4, 2013

Selongkar handbag

Assalamualaikum w.b.t

Kaum lelaki selalu mempersoalkan kenapa handbag gf/wife/adik/mak/kakak/nenek mesti berat?Apa yang mereka bawa dan isi?Makin besar sesuatu handbag makin besarlah ruang dan makin banyaklah isi yang boleh disumbat dengan jayanya tanpa rasa bersalah.

Amoi selalu mengalami situasi di mana keliru nak keluarkan barang apa yang patut dan tak patut dalam handbag.Kenapa rasa semuanya penting???huwaaaaa...Korang pernah tak mengalami situasi macam nie?ke amoi sorang je?Kalau pernahh seppp sikit!!

Bila dah decide tak jadi nak keluarkan barang yang xsepatutnya ataupun tak berapa nak penting or memberi fungsi sangat at the end bila dah keluar rumah terus rasa bersalah sebab?

Suami yang akan bawa handbag amoi.Kesian sampai bengkok bahu suami.ngeeeee sebab isteri sendiri tak tahan bahu nak bawa handbag sendiri.Walhal masa anak dara okay je.Terus bagi alasan yang mungkin boleh diterima si suami "nie practice sayang pasni ada anak lagi banyak beg kene bawa dan berat" ataupun kdg buat gimik dengan malas bawa handbag hanya bawa hp dan wallet sahaja automatic si suami akan volunteeer tanya " handbag mana?" si isteri dengan muka minta simpati malaslah sayangg sebab berat....so dengan itu suami akan volunteer " takde takde meh saya bawa" wahhhh bersinar3 matakuuu.hehehe..Banyak function handbag wanita nie pada pasangan kita sebenatnya,hehehe..dia bole tumpang letak kunci kereta,handphone,wallet...cer bayangkan kalau takde handbag mau meloyot kocek suar.hahahaha.opss So fair & square la kan kan. ( kalau laki aku baca nie confirm kene jentik ) hahaha

Amoi rasa semua perempuan mengalami masalah handbag berat kan?Tapi amoi pernah ada beberapa kawan yang handbag dia just nice dan ringan giler.OMG!! mcm mana ini bole berlaku?Amoi banyak kali filter handbag sebelum keluar tapi tetap sama berat.pffttttt

Amoi nak selongkar apa berat macam batu bata yang amoi bawa nie sama tak isi apa yg kita wanita nie selalu bawa sampai handbag berat?

Perkenalan diri...hahahah

Wallet mestilah kewajipan yang kene bawa.Ic ,ATM Card, Duit, membership card untuk shopping.hohohoho.penting tu. 

Makeup Case nie penting bagi seorang wanita/gadis/perempuan dalam dunia nie. Wajib kot. Walaupun tak banyak isi dalam dia paling kuman kuman pun mesti ada mascara,eyeliner ,compact powder,lipstick dan blusher. betul tak? hehehe....

Dalam Makeup Case amoi barang yang wajib ada Eyeliner , Mascara , Tony tint merangkap lipstick kewajipan amoi, Serum Vitamin C Collagen dan juga Krim Siang Adha as my foundation. Doundation pun ada kalau kalau tetibe datang mood nak makeup makeup ^_^

Spec untuk yang rabun macam amoi.hahahah Dan sebenarnya mata amoi alahan pakai lense sangat sensitive, Mudah berair dan pedih dan bengkak.Sobs Sobs....tak danla mata nak nampak dolly dolly dan color color. Kadang kadang je mampu.Pfffttt

Supplement.Hehe

Inilah Supplement saya untuk Ibu mengandung macam saya.
Yang color kuning tu B-Complex with Folid Asid dan Hijau VITA-LEA iron formula dari Shaklee dedua vitamin yang saya makan semasa preggy nie. Tak boleh banyak sangat makan sebab baby menolak.Confirm saya akan muntah balik.huhuhuhu
Compact powder pixy white ^_^

saya pakai color natural white or natural beige yang sesuai untuk color kulit saya :)

jarang pakai tapi mesti wajib ada dalam handbag especially saya preggy nie muka kusam amat hehehe

Perfume miniature yang comel lote untuk letak dalam handbag Takla perlu bawa pergume gabak kan.Hahaha. Perfume penting untuk wanita.ahaksss. 

Oh yeay ada lagi barang penting. Kunci rumah kunci kereta dan juga Handphone ^_^


Last but not least. 
MY BFF 
LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA
yang wajib ada dalam handbag saya since preggy nie sebab keadaan pening dan mabuk tak menentu :)
So ada benda nie takla risau sangat :)

So you guys macam amoi tak? handbag sentiasa berat?
Kalau sama seppp sikit ^___^

Daaaaaaaaaaaaa


Wednesday, March 6, 2013

Berdating di hari minggu

Assalamualaikum w.b.t

Seperti pasangan lain hari minggu adalah hari yang ditunggu tunggu..yihaaaa.Masa tu la boleh berdating pergi tengok movie sesama pergi makan banyak banyak share share sambil tukar tukar cerita,pergi window shopping sesama sampai tershopping.Even pergi makan cendol tepi jalan pun dah gembira sambil tengok kereta lalu lalang.Pendek kata weekend dapa bersama pun dah cukup gembira.Dan begitulah activity saya bersama suami even kami sudah berkahwin.Cuma since dah berkahwin activity bertambah sedikit pergi cari kelengkapan rumah barang dapur dan kadang kadang menghabiskan masa dirumah mengemas dan memasak bersama sama pun dah best sebab dah kira macam berdating juga kan.Sebab hari biasa suami bekerja sampai lewat malam.

Weekend lepas ada baby fair kat klcc.Saya tahu dari kawan saya yang inform.Fikir fikir nak ke pergi ye macam terlalu awalkan.Terus laju laju beritahu suami plan saya dan dia pun setuju untuk keluar ke klcc,katanya ada hari kraftangan malaysia.Maka plannya mahu menyinggah kesana juga.Jam 6pm saya kene bergegas pulang ke bangi sebab ada appoinment dengan zorascarf utk photoshoot malam tu.Gigih mak buyong nak berjalan lg banyak tempat pula tu.hamboiiiyaii.Takmo berlengahh lepas kemas rumah laju laju bersiap dan keluarrrrrrr berdatingggg.

Isteri dan suami yang nak feeling feeling couple muda baju kene color sama.Kalau tak merajuk.haaaa motipp sangat isteri.




Isteri paling benci tangkap gambar jika paling depan dan dari posisi kiri.For sure muka akan berganda lebih besar dari suami dan muka kelihatan penyek sebelah.*pasrah*

Sampai sahaja tempat dituju terus pergi makan,baru je sampai foodcourt kepala dah mula rasa pening pening, kena cari toilet cepat memang rasa nak muntah sangat. sobs sobs dimana mana pasti akan singgah muntah >.< , sebaiklah suami jenis faham dan sabar melayan karenah isteri dia.Eh wajiblah kan? kalau takkkkkkkkkkkkk hikshikshiks...


Setelah penat makan makan terus menuju ke karnival kraftangan, si suami tak sabar nak tengok pameran keris dan parang katanya. Masalahnya saya takde pun terniat nak kesana lagikan nak shopping tapi sampai sana saya yang meroyan tengok batik batik , kain batik, kain baju batik baju tido cotton batik. Oh no..Actually saya bukan peminat batik sangat tapi automatic pergi sana terminat seyesly batik yang dah dibuat baju moden memang curlas dipakaiiii.MEROYAN sebab cantik cantik!Bahanaya saya yang shopping banyak tapi suami langsung tak membeli? HUWAAAAAA kejammmm.

Terlalu banyak khemah di kraftangan dan terlalu besar sangatttt sampaikan semput semput dan mengah mengah mak buyung nie , muka dah mula serious sebab penat. Terus ajak suami cari kedai makan minum makan makan dan duduk.Oh serious macam mana nak pergi honeymoon nieee, .Huhuhu

Sidia yang dah rupa ayah orang sangat :p


Muka mak buyung yang bebel bebel kepenatan. Nasib baik dah get ready Losyen Mustajab Pati Halia Rose Scent sebab confirm akan lenguh lenguh kaki dan betis.
susah dah nak keluar sebab dah nak habis.Muka dah serious sebab picit picit tak keluar.

Nampak gegaran di situ kegelojohan nak menyapu losyen mustajab pati halia di kaki terserlah.Betul Betul penat tu!

Sapu dan sapu lagi


Lagi di tumit lagi dan lagi. 
Last for not least......SAPU BANYAK BANYAK. ( sekarang dah tahu kenapa semuanya cepat habis dan perlu dibeli lagi dan lagi )
SMILE *_* muka kegembiraan dan kepuasaan terserlah. Barulah boleh jalan balik dan owh saya kene bergegas keluar dari KL cepat. Ada photoshoot untuk zorascarf Malam nie!
wahhhhhhh larat ke badankuuu . InsyaAllahhh


Dengan adik Nawal yang cantik comel dan soft spoken. ohh sorry already taken. ngeh ngeh ngeh. LOVE HER!

nampak letey bebenor muka mak buyong. Huhuhuhu mahu tak dari pagi pastu terus pergi shoot. Nasib Losyen mustajab pati halia sentiasa menemani.

Oh ye? apa yang best tentang losyen mustajab pati halis rose scent nie?

  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi
  • Menguatkan daya ingatan dan meredakan kebimbangan serta kemurungan
  • Membantu proses penghadaman, melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
  • Bertindak sebagai antiseptik yang amat sesuai untuk masalah ruam dan Eczema selain mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E

Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00



Amoi dah berapa kali repeat pembelian dah untuk delima & rose. Anda bile lagi?

Jangan lupa like Page 

Dan website official Dunia Herbs

Untuk info terkini tentang product mereka.

Dannnn juga jangan lupa mengenai Pembelian pek kombinasi untuk anda! 
di last entry saya for info



Dan anda layak untuk menyertai peraduan gambar kreatif yang dianjurkan untuk merebut hadiah LUMAYAN!!!!!





Wednesday, December 12, 2012

Normal ke?

Assalamualaikum w.b.t


Sedar sedar dah sebulan lebih dah amoi berkahwin.sekejap je kan? Rasanya baru semalam busy-busy serabut serabut pening pening.tapi hari ini dah sebulan lebih.Masa berlalu begitu pantas!

Of course bila dah berkahwin nie soalan lazim "dah ada isi ke?" boleh tak nak jawab...."lekluuuuuuuuuuuuuuu bg majlsi bertandang belah lelaki settle okay okay " baru sebulan kahwin semua dah bertalu talu tanya soalan mcm tu.sobs sobs.masa belum kahwin soalan "bila nak kahwin?" bila dah kahwin soalan"dah ada isi ke?" bilea sorang dah kuar"bila nak tambah lg" perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh memang normal ek?


Tipula kalau cakap or tanya dekat semua pasangan berkahwin yang taknak baby.Tipu tipu.Dan begitu juga amoi....even baru sebulannn org kata mood honeymoon plus majlis bertandang belah lelaki pun Tahun depan january.Tapi nak juga merasa bersanding bertiga...Jika diizinkan tuhan....Naluri keibuaan tu meronta-ronta kot habis semua baby org kene gomol. Takpela gomol baby org puas puas kan nnt ada baby sendiri baru focus kat baby sendiri.boleh gitu?hehehehe

Sebenarnya amoi dah rasa tak sedap badan dah.Rasa cepat mengah cepat letih.Naik tangga satu tingkat pun mengah macam lari 100m...rasa nak tidoo je letey mengantuk.Orang semua cakap dah ada la tu.....huhu tipula kalau tak mengharap kan? Tapi maybe belum rezeki....Dia bagi peluang suh amoi kerja kuat dna kuat lagi untuk kesenangan bersama :) Dan suh amoi manja-manja dengan husband puas puas dulu.hiksss~ yela kami honeymoon pun tak pergi lagi.sedihh tau....sebab masing2 komitmen keje banyak sangat.

You guys doakan ye? Mana tahu doa ramai ramai diperkenankan :)

Pada yang dah ada baby sapa volunteer nak sy jaga meh bg meh sy gomol puas pua..kihkihkih...



Tuesday, September 18, 2012

Conversation.

Assalamualaikum w.b.t


Last weekend perbualan cucu dgn nenek :

cucu : atok mak,johor nanti kan ada baca taklik kan?dari ibu pengantin perempuan kepada pengantin perempuan?nanti sapa nak baca utk kakak ek? atok la kan?

nenek : atok taknak baca.atok tak boleh baca nanti.takut suara tak kuar.

cucu: boleh ke tak baca tok? siapa nak baca tok?

atok : bagi auntie la suh baca.atok tak boleh....

cucu : aahla akn biarlah auntie ( kakak ayah bacakan )

Sambil tunduk sebenarnya mata dah bergenang sangat sambil tunduk lipat2 baju masuk beg.takmo tjuk mata dah bergenang. nenek pon diam je..i knew what u feel granny...thanks besarkan kakak dgn sempurna =')
 
 * Tuhan tarik mereka kesayangan saya dengan cepat tanpa sempat merasai apa itu kasih sayang. Tapi tuhan juga maha adil memberikan kasih sayang yang tak terhingga dari seorang nenek. Dan tuhan panjangkan umurnya dan beri kesihatan yang sempurna kepadanya.Tuhan juga maha adil, die berikan bakal keluarga mentua yang sangat baik dan menyayangi saya.. Takde apa lagi yang diminta takde apa lagi yang diharap.Semoga kebahagiaan aku ini abadi hingga akhir hayat aku......
 
 
maaf amoi touching sikit entry kali nie....

Thursday, September 13, 2012

Doa Seorang Ibu

Assalamualaikum wbt














Keberkatan dan doa seorang ibu buat kita amatlah besar. Hargai selagi mereka ada di dunia ini.

Oh Oh Oh NOOOOO

Assalamualaikum w.b.t



buka blog sajala nak tengok comment masing- masing ( opss maaf kadang tak sempat nak reply...yg nak order boleh direct email amoi oke. amoiheaxa@gmail.com )

jakgi terpandang calendar to be someone's wife?????? 1months??????????????????????? pergh!!!!!!!!!!!!! gilerrr gilerrrrrrr...mati akuuuuuuu.rasa banyak benda dah settle tp rasa mcm lagi banyak benda tak settle.acaneeee tu....sobs.... =<

mulalah serabut tak tentu arah nie rasa nie...kejap kedepan kejap kebelakang kekiri kekanan.kejap kejap tgk listing yang dah "done" pastu pikir lagi dan pikir. Listing guest pon serious list pastu malas. sebab otak beku tak tau nak ingat nama sorang sorang. yang pasti family sedara dah di listing awal-awal. kawan-kawan nie hah...kawan sekolah tadika ( zaman childhood) , kwn sekolah rendah kawan sekolah emnengah kawan kolej kawan ekrja. ooooo sepanjang pengalaman kerja rasanya dah 4tempat aku kerja. perghh banyak tu nak ingat sorang... acaner nie..help meee kepala mmg banyak sangat kunyah ratah kepala ikan.ikan bilis punya kepala pon sodap je telan lagi2 yang ranggup. nielah padahnya. susah nak ingat nama orang. ada yang dapat contact dr fb ada yang tak dapat. so macam mana nak trace ek. cikgu-cikgu kesayangan sekolahh dulu.seyesssss.. kang terlepas pandang ada pulak yang kecik hati....sobs sobs sobs....


yang penting dulukan sedara mara. then baru kawan-kawan. so kawan-kawan yang mengenali Nur Salffa Diyana Binti Jamaludin dari kita sama-sama zaman sekolah dulu ( kat kluang johor ) sekolah tadika al husna / sekolah kebangsaan tunku mahmood (1) , sekolah menengah kebangsaan taman kluang barat, kptm batu pahat, company synergy cards sdn bhd, company mesiniaga, company nutrimetics dan yg terakhir nei of course still kat sini kan.hahaha.


so yang adalah terbaca email kan saya alamat korangggg amoiheaxa@gmail.com. so we all boleh together-gather jumpa masa majlisku di kluang johor ye nantI!! seyes betul-betul reunion. hope nie hope sangat!! email or yang ada hp no contact direct je inbox tau.seyes nak msg sorang2 mmg tak dan dan tak ingat =_=" yang dapat contact amoi still ada contact dgn kawan-kawan lama kita dulu tolong inform kat mereka ye ye ye :) kalaulah dorang ingat lagi eden nie oke.


Jasa kawan-kawanku amat dihargai.I'm waitinG!!!! :) nie special for my friend zaman sekolah dulu dan kerja ok.

Wassalam.





Tuesday, September 4, 2012

Positive feedback

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi....

Amoi berbesar hati bila mendapat feedback positive dari customer amoi. yela bukan senang nak jual product kecantikan.Sometimes ada yang tak serasi dgn kulit mereka sometimes serasi tu mmg best sgt kan? Semuanya depends on skin type masing-masing.

But amoi bersyukur sangat-sangat bila mana apa yang amoi share kan dgn wanita dan gadis di luar sana mendapat feedback positive. Ada yang menegur perubahan kulit mereka ada yang ckp tunang bf suami semua suka :) baguslah...eeee mestilah kite bertambah-tambah semangat waja kan lagi lagi yang tegur tu org yang paling kite sayang kan.

Wanita mana yang tak suka akan kecantikan kan? even amoi sendiri [pun teruja dan rasa kagum dgn ciptaan Ilahi bila berjumpa or terserempak dgn mana-mana wanita cantik kat luar.sampai tertoleh-toleh.Sampaikan en apeq tegur pehal pandang org macam tu sekali? hahahahha...mcm nak gado je :p  Kagum sampai tak sedar tgk org sampai mcm tu kan? rasa nak pergi serbu mereka dan tanya apa rahsia & tips? hehehe...

Sebenarnya amoi byk testimonial org anta baik kat hp atau email.tapi amoi sgt2 tak dan nak copy ayat satu-satu...amoi minta maaf tapi amoi rasa customer yang pernah beli dgn amoi product adha mesti baca kan this entry? ^_^

how do u feel now? rasa bahagia sgt bila skin kita sihat dan rasa fresh je kan? tanpa risau dan takut everytime nak kene touch up. Actually touch up mmg penting untuk setiap wanita kan? ikut cara dan keselesaan masing-masing. Ada orang suka touch up simple nipis ada orang dah terbiasa touch up tebal sikit.semua bergantung pada diri masing-masing kan :) As long as touch up tu nampak sesuai dengan muka dan tempat everything should be fine :)

Anyway ramai sangat offer amoi untuk jual pelbagai barangan kecantikan. Amoi minta maaf pada yang amoi tolak. insyallah mana tahu nanti amoi nak try once dah rasa immune dgn product sekarang kan? amoi tolak bersebab, amoi takut actually nak amik risiko jual product nie. Ia mendatangkan kebaikan & juga keburukan. Orang meletakkan kepercayaan pada kita yang menjual product untuk guide mereka. So sometimes dgn kita serasi dgn mereka tidak kita kene tau how to handle them.

Mostly product yang Amoi Heaxa Jual & buat review totally semua amoi pakai. Amoi lebih selesa untuk memakai dahulu dan tahu keberkesananya ( actually amoi tak sedar pon keberkesannaya) once org menegur kita akan perubahan kita baru amoi sedar.eh aahla...heeee.terukkan :p sebab amoi dah set kat mind yg pakai this product bukan obses nak cantik but for confident & healthy :) So uols semua janganlah set kat mind oke nak pakai this product sbb nak cantik macam si polan dan si polan.takmo oke :) . For me once kita pakai we know how to guide our customers n people around us yang baru2 nak mencuba . Betul tak? sebab mereka meletakkan kepercayaan pada kita. Itu bukan benda mudah dan senang tau >.<

Amoi actually ada gambar masa zaman kolej dulu.GILERRR BURUKKKKKKK HITAM & DEMOK ( kemain capslock haku )  nampak tak tak kat situ amoi nak menegaskan yg betapa huduhnya amoi ketika itu.yela student kan mana ada duit.ekekekek

next entry insyallah amoi nak update testimonial amoi sendiri dr perubahan sebelum amoi maintain with product amoi amalkan sekarang & sebelum tahu apa2.kemainnn :p

Tujuan next entry adalah  untuk yang kata " ala amoi mmg dah putih sebab mix chinese bolehla  makan apa pon takde effect je nampak. ( nie semua ayat yg amoi amik mostly dr email2 customer tau) Bukan rekaan.

So untuk menegaskan yang kesahihan apa yang amoi cakap.TUNGGUUUU.... walaupun rela dalam paksa tau nak upload pic huduh sendiri.wawawa...tapi redha jela dah memang amoi sedar siapa amoi.wah giteww curlasss tau :p

Ok for new readers & customers product HOT SELLING sangat-sangat sekarang adalah SERUM / VITAMIN C plus TONY TINT. kemain tau sempat promote.

oke cukup sampai disini nak buat utk next entry nie.sobs sobs sobs.

Monday, September 3, 2012

September

Assalamualaikum w.b.t


September sudahh.......


wuwuwuuwuwu



kenapa rasa masa berlalu terlalu pantas tanpa rasa pon walau sesaat.


Bila masa makin hampir dan hampir perasaan cuak tuh makin ketara kot. sobs sobs..memang begitu ye? Nerves tu takdelah lagi.Amoi just cuak takut "bolehke jadi Isteri Mithali" "harap Majlis berjalan dgn lancar" Dua benda ini yang amoi takut sangat-sangat.


 Doa dari korang semua "kawan-kawan & customer amoi amat-amat amoi hargai....doakan semuanya berjalan lancar & selamat ye.


Insya Allah ada rezeki lebey amoi akan jemput untuk korang datang ye kat Kluang Johor.kampung amoi ^_^

Awal bulan 10 amoi akan start edar kad kawen. pada yang nanti amoi terlupa or terlepas pandang nanti amoi nak mohon maaf awal-awal.Bila dah banyak sangat listing kadang-kadang dalam kepala nie dah blank tak ley pk apa da.hehehe

Doakan ye kawan-kawan. Doa yang baik-baik.

Amoi tahu ramai "stalker" yang membenci tuh menyampah je.tapi to those stalker amoi tak gambil tahu or ganggu baik hidup korang dan amoi rasa korang pon tak perlu ganggu  or ambil tahu pasal LIFE amoi. Everything is zero. For me past is past. But if rasa nak berdendam lagi itu hak korang. My new life will begun...

Zaman kanak-kanak remaja remaja cong ceng cong ceng dah berlalu. More to focus now is to Build up my own business & my family....

Bukan nak berlagak or berlaku baik tapi sampai bila kita nak duduk di takuk lama bukan? Pandai berkata-kata manis or hanya pandai berlaku baik bagi amoi lebih baik dari langsung tak pernah ada inisiatif untuk memajukan diri dan mengubah diri dari satu tahap ke tahap yang seterusnya.

Enough for this.


Kalau kita sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang 10 kebaikan akan datang pada kita. Insya Allah.



" Permudahkan urusan nan satu ini tuhan....Berikan kami kesihatan yang sempurna,umur yang panjang,rezeki yang diberkati dan kemudahan dalam menguruskan Majlis kami. Tetapkan hati kami,Utuhkan kasih sayang & Kesetiaan & Kejujuran antara kami,Jauhkan dari perbuatan "kurafat" manusia..."

Semoga Perkahwinan yang bakal dibina akan berkekalan hingga "JANNAH"

Wassalam.





Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Terakhir =')

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni je sedar tak sedar dah hari ke 4 kita berpuasa kan?Masa berlalu cepatnya nanti sedar-sedar dah 2minggu berlalu....

# Sedar tak sedar ini Ramadhan Terakhir sebagai Single dan hampir 23tahun ramadhan tanpa mereka =') sedar tak sedar anak dara mereka sorang nie bakal menamatkan zaman bujang........


mama....ayah....*titis*


how time flies. . . . . . . Rindu yang tak terluah dengan kata-kata.Hanya Doa yang dapat dikirimkan setiap masa untuk mereka bila aku......... R I N D U.





Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.




Jika Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir kita sekalipun, ingatlah mungkin kali ini Ramadhan terakhir ibu, ayah atau orang yang kita sayangi.

Hargai ketika ada, rindui bila tiada......~



Salam Ramadhan semua.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah masih diberikan nyawa dan hidup untuk berjumpa dgn ramadhan kali ini.Alhamdulilah syukur kehadratmu Ya Allah.

So dikesempatan ini Segala keterlanjuran dalam kata, apa2 yang menyinggung perasaan dan salah faham sepanjang perkenalan bersama rakan2 dan rakan2 dlm FB.Sesungguhnya Yang baik dari Allah yang hina dari Saya.. kadang2 mana tahu ada update or status yang buat orang sekeliling kita terasa kan? bukan mudah untuk jaga hati semua orang.So dikesempatan ramadhan niesaya nak mohon maaf atas segalanya. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan dipermudahkan segalanya.

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita untuk ramdhan kali nie.siapa tahu ramadhan akan datang kite tidak akan bersua lagi?

Malam nie terawih jangan lupa ye kawan2.

Malam nie pon jangan lupa niat sebulan dan niat setiap hari ye itu lebih afdhal ^_^

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Waktu Berniat
 Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan




Salam Ramadhan al-mubarak 1433h dari saya Amoi Heaxa =)

Tuesday, July 3, 2012

Sepatah Dua.

Assalamualaikum

Sambil duduk memerah otak apala entry yang amoi nak buat ( memandangkan amoi tersangatla susah terkedek-kedek nak update blog).*nanges*
Amoi bukan seorang yang pandai menulis lagikan nak share everything dekat blog nie.memang tak reti even masa zaman sekolah dulu suka sangat tulis karangan beratus-ratus patah perkataan.kadang terlebih-lebih tak cukup paper. tapi since dah jadi wanita berkerjaya ( erk berkerjayala sgt kan ) nie mood nak menulis memanglah tersangat-sangat kurang plus kene perah otak apa la nak tulis dan share dgn korang memandangkan amoi buat blog nie bukan sebab nak kan populariti ( oh jd blogger nie ley famous jugala) oh no korang memangla sangat silap.pastu oh die nie ada blog aku nak jugala. oh buat apa kite nak ikut-ikut orang kan? sampai bila je akan bertahan.

For me amoi terbuka hati nak buat blog since amoi start berniaga tudung.Mula kecik-kecik je.ala yela siapala kita bukan retis orang pon tak kenal.eh siapa die nie tetibe jual jual nie.so sebagai platform utk org kenal kita. Social networking such a good platform utk kita mulakan bisnes. Since sekarang betapa ramainya "online business" kan kan?

Bukan sahaja orang yang ada di satu tempat kita je yang boleh mengenali product kite jual tapi semenanjung malaysia/sabah serawak/singapore/Brunei. Tak pernah terlintas akan ada customer sejauh macam tu.Tapi itulah yang dinamakan Rezeki Allah kan? Rezeki Allah itu memang Luas cuma macam mana cara kite nak berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. InsyAllah kalau kita usaha takde benda yang mustahil dalam dunia nie kan?

Alhamdulilah walaupun tak ramai followers,walaupun tak ramai orang kenal Blog Amoi Heaxa nie dan walaupun tak setaraf dgn bloggers2 yang dah ada nama.Amoi da cukup Syukur Alhamdulilah kerana Amoi berada di mana Amoi usaha di atas Usaha sendiri. Bagi Amoi bukan populariti yang amoi kejar.For me Honestly. Bagi Amoi cukuplah ada customer-customer yang kenal amoi dan selesa membeli dgn amoi.dengan perkhidmatan yang amoi berikan.walaupun kadang2 amoi tersilap banyak tapi masih setia membeli dan memberi support..Itu dah cukup buat amoi Rasa terharu dan dihargai.Kita manusia tak lari dari membuat kesilapan dan amoi berbesar hati bila amoi buat silap customer menegur dgn baik dan penuh budi bahasa. Terima Kasih korang ;'>

Bagi Amoi,amoi just nak share Blog amoi nie untuk info-info beauty review product2 yang best yang kita boleh share bersama ( bukan yang amoi jual je tapi yang amoi pakai ) yang kita boleh kongsi-kongsi mana yang elok mana yang kurang sesuai.Dan kalau boleh amoi nak pelbagaikan utk penjagaan badan ( tapi ini selepas kahwin la kan sesuai ) sebabnya kalau amoi bg tips-tips penjagaan badan mcm tak sesuai sebab yela belum kahwin bolehlah maintain kan.so amoi kene buktikan kat diri sendiri pas kahwin pas beranak.keh keh keh barulah syok kita kongsi-kongsi petua kan kan :'>

Then kalau boleh amoi nak share menu masakan semua tapi amoi nie payah sikit.Western food memangla terus terang cakap tak berapa pandai.Alasan selalu digunakan tak sempat.heeee ^_^ walhal itu bukan alasan kan? nak seribu daya tak nak seribu dalih.tapi masa kesuntukan lagi tingal sendiri (bujang) makan tu jatuh no 5.hehehe kerja penting. ( tak ley ikut nie..kene ubah since another 4months to go nak berumahtangga) heheh.kang kesian en apeq kelaparan.Orang tua-tua kata nak ikat suami dengan masakan air tangan kita kan? amoi takde pengalaman tapi apa org tua kata tu mostly semuanya betul.SO chayo2 ;'p

Then Insyallah nanti kalau dipanjangkan umur dimurahkan rezeki bila ada baby kite share-share pulak pasal baby kan.eee seronoknyeee ^_^ so nak pelbagaikan blog nie supaya bukanlah tertumpu untuk business sahaja malahan kite boleh share2 info0info yang best. Kerana kaum wanita memang begini kan suka membaca info2 lagi2 pasal kecantikan/pasal something yang boleh dikongsi bersama ( nampak sangat blog nie khusus utk kaum wanita sahaja) - rasa mcm dah dewasa sgt cakap mcm nie.=_=''

Pada yang request ceritalah pasal life amoi dalam blog.maybe ada benda yang kita boleh share dgn ada benda yang kita kene tapis kan? amoi memang kurang berminat nak menceritakan perihal diri/life/social life dgn kwn2 dlm blog nie. setakat satu dua insyallah boleh tapi semua maybe tidak. Bagi amoi blog yang berkualiti adalah info-info yang berguna utk orang ramai.ini pendapat amoi dan orang2 yang menasihati amoila ;>

Tapi siapa tahu bila ada baby nanti.cerita pasal baby amoi je pula kan? hehe jangan korang muntah sudah.hehe.

Ok la nie curi curi masa nie.sampai amsa kita bersua lagi oke :)

Mari amoi tempel satu dua gambar disebalik tabir pre-wedding bersama dengan kesayangan amoi yang amoi dah anggap dorang mcm 2nd family amoi ;')

Kenal dorang nie mostly banyak dari social networking je dari FB tapi kami boleh rapat serapatnya ;'> ramai tanya tips? takde tips cuma kami amalkan HATI KENE IKHLAS BERKAWAN. Jangan ada rasa Hasad Dengki atas kelebihan kawan-kawan.Saling Tegur menegur satu sama lain secara depan2 jika ada yang tak kene.takmo cakap belakang2.InsyAllah hubungan tu dgn sendirinya kita sayang seeratnya.



 Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk mereka ;'>

We are Happy Family

eh eh eh ;'p 



tata.






Wednesday, June 20, 2012

Saya masih berniaga

Assalamualaikum

Ramai tertanya kenapa saya dah slow berniaga tudung?saya dah stop business ke?dah tak menjual ke?merajuk?bawa diri?

hentikan spekulasi anda semua.ada je masih bernyawa dan masih teguh berdiri tapi trying to be cool and relax.

saya tahu regular customer saya dan rezeki itu ada di mana2 :)

saya masih lagi berbusiness cuma tudung kurang sedikit.saya perlukan yang lain dari orang lain.mcm boring bila menjual benda yang sama.

Saya masih menjual COCOA COLLAGEN / ADHA PRODUCT/ SERUM / TONY TINT dan alhamdulilah cardigan custom made beropol yang labuh mendapat positive feedback cuma saya kene improvekan lagi untuk memberi size yang fix utk semua kerana mempunyai masalah pada customer yang kurang mahir untuk mengukur sendiri.Insyallah leih mudah tetapkan size masing2 kan :)

Insyallah kita bakal menjelang raya dan nak puasa dah, so insyallah saya nak buka batch maxi & cardigan sekaligus untuk buat raya :) diatas permintaan yang banyak :)

so baju maxi kembang tu boleh pakai time raya pada yang kreatif boleh letak beads2 sendiri :)

tup tap lagi 5bulan bakal renjis2 segalanya jadi macam suntuk sesangat.so pada yang mencari COCOA COLLAGEN /ADHA dan TONY TINT boleh je directly email saya amoiheaxa@gmail.com

takde mood

Assalamualaikum

Memang takde mood untuk update blog.update status fb kemain =_="

acane?

banyak nak share banyak nak bebel tapi mood memang takde.nak menulis pun malas no idea.

Tuesday, June 12, 2012

KAWEN-KAWEN SUE

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah one of my bestie sudah selamat menjadi isteri org.GEMBIRA SAYU SEDIH semua ada :) dan yang paling puas hati sebelum dia bergelar PUAN die menghabiskan sisa2 zaman anak dara bersama saya.haha caption takley blah :D

TAHNIAH SUE & YIE.semoga kekal hingga ke jannah dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah :)

Alhamdulilah semua selamat seperti yang dirancang. DUP DAP kawan saya dah lepas.next my turn will come..........dup dap dup dap.

jom entry bergambar sepanjang majlis.

otw ke masjid utk majlis nikah.
saya yang jantung bagai nak roboh.
apakah?

:)


sue cantik sangat2!!!! (:

para pengantin laki.
actually fyi, dalam amsjid nie kebetulan ada 4orang pengantin yang bakal diakad nikahkan serentak.seronok juga tgk ramai plus penuh giler masjid.photographer bersepah.rasa mcm retisss kawen oke.
meriah bila di kampung buat nikah beramai cenggini.
tapi lagi nebes kot dahla ramai penontonnn.

sue berdebar . . .

Alhamdulilah akhirnya sah menjadi suami isteri
:)
Tahniah koranggg

sweet ;')

nie belah malamnya majlis berinai.ada persalinan beberapa helai baju :)
pakaian MINANG.eeeeee comel! :)

English style :)

Songket :) songket memang cantik kan :)
pelamin sue cantik sangat :)

















bersama MUA :)


Madiha - our shade junior <3
die dah bijak banyak akal dah.

alamak muka auntie separuh
^_~

kegeraman yang tak bisa dibendung lagi
hehe

with auntie amy
:)

SHADE
Alhamdulilah mohon persahabatan kami bertahan
hingga Akhir Hayat~
;')
memang touching tgk gambar nie. Hanya kami berempat yang tahu suka duka :)

cilok dari photographer yang cool & best!
Bakal jadi photographer majlis saya juga nanti.
korang berminat bolehlah search fb & blog beliau
FB &Blog

Die sempoi cool dan hasil TERBAIK!
even sorang2 je bekerja.
GOOD LUCK BRO :)

tata.