Followers

Showing posts with label Our Precious Munchkin. Show all posts
Showing posts with label Our Precious Munchkin. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

8bulan ( 32weeks )

Assalamualaikum wbt,


Pejam celik saya dah in 32weeks sekarang. EXCITEDDDDDDDDDDDDDDDDD!! heeeeeeeee~

Perut pun dah membesar dengan jayanya , alhamdulilah semalam baru lepas checkup and my baby weight now 1.7kg :) sesuai dan seimbang dengan usia die dalam kandungan sekarang seperti yang doktor cakap. Alhamdulilah anak ibu membesar dengan sihat dan sempurna.

Semalam doktor scan nak ukur kepala dia , abdomen die n tulang peha die kemain die kangkang nak tunjuk kat ibu jantina dia....hahahhaha gelak besar hokay! Best tengok gelagat baby kita dalam perut dari die hanya titik hitam je saya scan , sampailah macam bentuk kacang gajus sehinggalah sekarang sempurna segala sifat dia, dalam perut pun babay sekrang dah tunjuk akal dia....excited sgt! :) Alhamdulilah diberi kesempatan merasa macam mana orang lain rasa perasaan macam ni, dulu saya hanya dengar cerita dan imagine sendiri but now happynyeeeeeeeeee dan sedar tak sedar tinggal lagi less than berapa minggu je lagi sebelum die keluar. Confirm saya akan rindu nak rasa die gerak gerak dalam perut heheheh.

Doctor cakap kedudukan kepala baby alhamdulilah dekat bawah dan doktor pun cakap takpe baby jangan besar sangat untuk anak first insyallah senang nak keluar. Dan saya memang niat doa mudahan saya dapat lahir secara normal seperti berjuta wanita dalam dunia nie, naturally. without epidural or induce. Mudah-mudahan dimakbulkan.

Alhamdulilah sepanjang 8bulan saya mengandung, semuanya berjalan baik dan saya masih aktif seperti orang tak mengandung! hahahah, memang jenis tak reti duduk diam kan so semua bende nak buat walaupun jalan pun dah kengkang, pinggang dah sakit, kaki saya mula dah bengkak, tido malam dah mula susah dan tak lena ( orang kata baby mula nak train ibu die sebelum die keluar ) amboiii babyyy ragging ibu ye...hehehehhe, Solat pun dah tak boleh macam orang normal, kene solat duduk.Doktor cakap masuk 32weeks kene get ready sebarang kemungkinan. Baby first normally 36 - 38weeks boleh bersalin, dan ada juga lebih dari 40weeks but mostly 36weeks and above. Saya duk berkira kira maknanya dalam 4-5minggu dah kene get ready now!  Baju baby pun tak sempat nak mendobi lagi, barang yang nak dibawa ke hospital pun tak packing lagi,haishhhhhh asyik busy dengan butik saya tak boleh pikir dah benda lain..

Oh anyway, siapa yang boleh share dengan amoi apa preparation or minum apa apa ke untuk 8bulan sekarang? sempat ke tak ek? hehehhehehe. komenla share dengan amoi okay ^_^

Alhamdulilah persiapan untuk amoi & baby semuanya rasa dah completed. Tinggal tunggu baby lahir je sekarang ^_^. Serious excited, nerveous, semua ada.

Dari sumber Pregnancy Calendar :') besar dah anak ibuuuuuu~


Saja menggedik menyelit persiapan untuk ibu baby ^_^
Disebabkan saya akan bersalin di sini, saya tak nak menyusahkan sesiapa walaupun mak mentua sendiri. So get ready beli barang set bersalin. Dan pilihan saya ialah Nona Roguy .
Kenapa? dari review review dang pengalaman kawan kawan sendiri yang guna dan nampak hasilnya.
Legaaaaa. Tinggal nak berpantangg jeeeeee.weeeeeeee~



 Masa opening Heaxabell Boutique ^_^
Oh anyway dress nie exclusived and inspired by me ^_^ untuk maternity or breastfeeding mommy or even anak dara pun boleh pakai. Multipurpose kirenya ^_^

Alhamdulialh less than 24hours updated. ada 7 colors kesemuanya dan almost 100++ pieces dah sold out. Alhamdulilah.

It looks very exclusived kan :) Dan boleh bergaya untuk raya nie sambil tidak runsing memikirkan jika anak meragam nak menyusu.Heheheheh

Yang tak sempat grab sorry sangat ladiesss and insyallah sebelum raya kami keluar lagi breasfeeding ( multipurpose dress ) okay! Stay tuneddd!!!!

Tunggu update di facebook page like AMOI HEAXA okay ^_^

Nie one of colour juga . Shocking pink.
Masa nie shoot for Utusan Mega. Insyallah dalam minggu nie akan keluar cerita pasal amoi dan zorascarf :) 
Jangan lupa dapatkan ye.
hehehehhehe

( Alhamdulilah 8months =32weeks bump ) Amoi dah berat tauuuuuuuu.berat sekarang dah 59.5kg...takpe demi baby ibu pasrahhhhhh.nanti lepas deliver barui fikir nak slim balik.Sekarang nie nak enjoyyyyy dulu ^_^



Motip sangat.hehehe...
baby please jangan ikut perangai ibu yang suka camwhore =_="



Nyawa dan semangat saya.
ada 2orang. sorang dalam perut tu.
hehehehe



 Sikit sikit lelama jadi bukit, hahahahha tau tau dah banyak juga nie. Tinggal nak mendobiii je and tak sabar tunggu si kecik tu pakai...

pastu semalam lompat lompat bintang dapat gift dari followers ;')

tq sangat uols....

Murah rezeki baby belum keluar dah ramai pos hadiah die.
tq tau tau tau :')

Doakan amoi dan baby selamat semuanya ye :) 
Doa kalian penting buat amoi.

Tuesday, May 7, 2013

Bebelan

Assalamualaikum w.b.t


Long time no see.... Ya Allah, masa terlalu mencemburui kita kan? Ingatkan bila dah bekerja sendiri masa untuk beristirehat dan menyiapkan bermacam macam perkara lagi mudah dan lagi senang takde pending dan sebagainya, tapi amoi silap...Sekarang baru faham bila orang yang bekerja sendiri berkata bila kita bekerja sendiri masa tu lagilah sangat sangat limited. Yang best kita yang manage masa kita sendiri, tetapi jika kita lalai sekejap masa tak menunggu kita. Huwaaaaaa sedihh betul jd orang lalai dan suka mengabaikan masa.

Banyak benda yang amoi kene kejar dan banyak benda yang kene settlekan dan masa yang ada terlalu singkat rasanya...Sesiapa yang budiman nak meminjamkan masa mereka yang selalu terbuang? Really need it!

Ramai bertanya bila kedai amoi nak launch nie?Bila nak opening nie? Apa nama kedai? Apa alamat? Ya allah seriously terharu bila ramai yang tak putus-putus email la inboxla sms col untuk bertanya di mana lokasi butik amoi...Tq guys for your kindness & support :)

Kedai sepatutnya dah boleh walk in dah tapi terlalu banyak benda pending so semua jadi tergendala.Kedai belum complete sepenuhnya tapi kalau nak walk in now pun belum ada penghuni di kedai lagi. Insyallah we will try our best untuk customer atleast bole walk in dalam May nie juga :)

Kami sedang menyusun barang barang di kedai kami, ye la malulah orang datang tapi kedai kosong kan? hehehe...Insyallah nanti semua ready dengan sepantas mungkin amoi akan uar uar kan :)

Kedatangan korang dan kunjungan korang selalu di butik amoi sangatlah dihargai :) . And oh yeahhh amoi bergabung dengan Zorascarf didalam satu butik kami . So pilihan customer tu lagilah banyak. Nak mix & match dengan collection kami pun bole. Insyallah nanti customer bole datang wlak in untuk dapatkan product kecantikan dan pelbagai fashion untuk muslimah dan juga shawl yang menarik hati . Dan boleh datang jumpe amoi dan owner zorascarf directly di kedai kami untuk dapatkan opinion or untuk kita beramah mesra .Insya Allah :)

Dan yang akan selalu ada kedai adalah Amoi ^_^. Rasa rasa nak jumpe mak buyong comot nie bolehlah datang singgah di kedai amoi. Lepas nie insyaAllah baby amoi pulak yang meriuhkan butik tu. He he he

Alhamdulilah keluaran Batch 1 untuk Custom made Maxi amoi buat mendapat Sambutan yang di luar jangkaan amoi. Syukur ya Allah rezeki baby. Terima Kasih tak terhingga pada yang dari dulu sampai sekarang sentiasa membeli collection dari amoi dan mengikuti apapun yang amoi jual dan sentiasa menyokong , tanpa korang siapalah amoi dan siapalah amoi nak buka butik kecil ini . May god bless all of you dearest.

Amoi mndapat feedback yang sangat sangat terharu bila mereka mendapat  dress mereka , dan pada yang mohon amoi buat size extra,yang untuk breasfeed, yang untuk size orang rendah, insyaAllah amoi akan memenuhi permintaan korang slowly ye semua :)

For currently amoi buat free size dan mungkin  terlalu panjang untuk orang yang mempunyai ketinggian yang 160cm ke bawah. Dan actually amoi buat panjang dan tinggi normally orang macam amoi susah nak cari baju yang dijual panjang dan tak senteng, dan insyallah permintaan yang lain akan cuba amoi penuhi ye. Maaf jika amoi tak dapat memuaskan hati semua pihak.Tapi amoi akan cuba . InsyaAllah.

Actually dress amoi buat Fit Size S to L size. Risau juga kalau yang ada yang confuse baju yang amoi jual itu untuk ibu mengandung k? Ye la dah mak buyong yang jadi modelnya kan. No No No itu baju untuk bukan mengandung tetapi orang mengandung pun selesa memakainya :)

Especially orang mengandung nie lagi selesa pakai maxi kan? Dan pada yang bertanya macam mana nak beli baju amoi? Pergi Fan Page Amoi Heaxa dan Like dan disitu amoi akan update setiap keluaran dan product yang amoi jual. Insyallah for 2nd Batch nie keluaran Cardigan yang lama amoi stop jual dulu dan ditunggu tunggu akan keluar tapi limited colour dan free size. Pada yang tak sempat nak grab jualan batch 1 insyllah June akan ada batch kedua dan pelbagai lagi fashion dress yang sesuai dipkai Hari raya nanti ^_^




Alhamdulilah semua dah habis dijual, sorry guys barulah berkesempatan amoi nak cerita & share di blog. Hu Hu Hu Hu



Untuk tengok setiap update collection dari amoi pergi ke page Amoi Heaxa dan Like :)

Dan juga melalui Instagram AMOIHEAXA :)

Ini antara collection yang dah alhamdulilah dah habis dijual dan ada juga yang lain boleh tengok page amoi ye :)

Tq pada yang terlibat dengan shoot collection amoi hari itu, Asbesstos Photography & Mua Farah Adnan  yang makeup mak buyung yang comot nie ^_^


Berkerjasama dengan mereka berdua memang AWESOME!!! :) Mudahan dapat bekerjasama dengan mereka untuk next collection amoi ye ^_^ . Kalau perut tak memboyot dengan jayanyaaa kalau tak sapa volunteer nak jadi model untuk collection amoi heheheheh

Adik Farah Adnan yang Hot mama Gojrgeous  ^_^


Semua bertanya pada amoi , eh amoi dah tak muntah muntah lagi? Tengok active semacam je? Alhamdulilah syukur masuk je fasa 4bulan amoi dah tak lembik dan tak muntah teruk macam 4 bulan pertama ^_^ Tapi tipula kalau tak penat kan lagi kita bawa nyawa lagi sorang dalam perut tu and alhamdulilah now kandungan amoi dah masuk 6 bulan :) Semua tak percaya maybe sebab kecik je perut amoi tapi alhamdulilah berat baby semua normal dengan usia dia . Mungkin pembesaran amoi 7bulan keatas baru mendadak dengan jayanya . He He He


Sebaik ada Losyen Mustajab Pati Halia yang memang menjadi rakan karib amoi sepanjang amoi mengandung nie :)

Kaki agak agak krem amoi akan sapu , sebab die panas dan berangin kan? Memang memberikan kelegaan dan keselesaan sangat2 


Rahsia amoi untuk sentiasa aktif gitu dan sekarang bukan rahsia lagi ^_^



Thursday, April 18, 2013

Photoshoot bersama baby "S"

Assalamualaikum w.b.t

Oh i am so happy happy happy today :)

Malam tadi niat nak checkup baby sebab nak dengar heartbeat dan pengerakan dia sebab saya dah 21weeks tp saya kurang rasa baby kicking or orang kata sekarang cuit cuit. Maybe saya yang tak perasan atau pun baby masih kecil.Untuk melegakan hati nie saya ajak suami untuk pergi Pakar doctor yang memang selalu saya refer di seri kembangan.

Alhamdulilah my baby "S" in a good condition :) Syukur ke hadrat mu Ya Allah ya illahi, Balik tu saya terus buat solat dan sujud syukur dan baca alquran menenangkan hati yang lega sangat. Tuhan je tahu kerisauan saya.....

Bila doc scan perkara pertama saya minta doc nak dengar heart beat die bole.Terus rasa phewwwwwwwwwwwwww nak menitik tapi ditahan. Doc cakap baby awk tgh gerak nie awk tak rasa ek. Hasben terus cakap lemak ibu banyak sangat tu tak rasa. Hahahahah dengan doctor doctor gelak.Dah alang alang scan doc scan lilitan kepala die kaki die peha die panjang badan die, Nampak dah backbone anak ibu. Kali nie anak ibu kemain show off, doc scan die pun memang muka facing camera habis sampaikan doc cakap kalau masa awak scan 4d position baby macam nie memang jelas nampak dah muka dia.Lagilah saya rasa excited sangat.

Doc cakap kaki anak awak panjang nie, kaki meringkuk pun nampak kepanjangan kaki dia, alahai si comel ibu nie tak sabar nak nyium nyium gomolllll. Position die muka menghadap camera , kepala beralaskan tangan kaki meringkuk macam position tido arwah nenek die ( my late mom ), sebijik macam pakcik dia dan juga macam ayah dia tido.Mak die tido suka terlontang hahahaha.

Tengah check check tetiba tergerak nak tanya doc agak agak nampak dah tak gender baby?

Doc terus cari position thennnnnnnnnnnnnnnnn tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

heeeeeeeeeeeeeeeee super excited, Jelas nampakkkk tau.

Kemain show off anak ibu pada ibu dan ayah dia, suprise suprise bersujud bagai sebelum nie kali nie haaaaa hehehe :)

Alhamdulilah :) tak kisah boy ke gal ke yang penting baby "S" sihat sempurna, jadi anak yang soleh /solehah, terang hatinya,panjang akalnya.Mudahan ye anak ibu & ayah.

Ibu akan jadi ibu yang mungkin bukan terbaik untuk kamu tapi ibu usaha untuk jadi ibu yang terbaik dan sentiasa ada dengan kamu.Insyallah jika umur ibu dipanjangkan.

Tahu tahu lagi 4 bulan je amoi nak kene tunggu :) nervous,excited especially dah tahu gender tak sabar nak start shopping.

Alhamdulilah sepanjang masuk 5 bulan nie alahan mabuk semua dah berkurang cuma sekarang demam selera makan agak kurang.

Semua yang jumpa amoi tak percaya yang amoi mengandung 5bulan lebey, maybe kecik lagi kan orang kata lepas 5bulan or masuk 7bulan dan nak sarat makin besar mendadak.Oh seriously tak sabar.

Rezeki photoshoot sepanjang mengandung pun murah.Alhamdulilah rezeki anak ibu.

Insyallah soon nak photoshoot keluaran maxi sleeveless / Longsleeve paisley dan juga maxi princess cut dwicolor :) serious tak sabar! :)


Walaupun dah start mengah photoshoot sekarang tapi semangat baby "s' dgn ibu bergabong meletop gitu kudratnya :) heheheh


Celebrate belated birthday adik yang super manis rupawan 
Nawal Nazihah :)

Taken from if dila..hehe our photographer for zorascarf that day :)


Hasilnya :) kemain berkibar kibar effect shawl tu .
kau hado?

Them :)

Love them both! <3 p="">


Ate muka teman tak segoman hahaha






Bila dah habis shoot pun tak reti penat agaknya mak buyong nie.
Pot pet pot pet je mulut tak berhenti =_="

oh yah guys :) anywway location photoshoot untuk zorascaft nie berlaku di ZoraScarf & AmoiHeaxa Boutique <3 p="">
So you guys customer boleh datang satu kedai tapi ada dua nama :) 
Macam macam hado insyaAllah :)

Next shoot insyallah Amoi punye collection.



Shoot for Minaz Boutique :)

Actually for one of magazine under Utusan soon :)


Owner , Mak buyong , adik manis rupawan nawal , kak mimi MUA. Actually kak mimi official mua orascarf & amoiheaxa boutique nanti :)


Kak pija nak fly ke korea esok! Ohmyyy best giler okay! Siap tanya baby apa dia nak shoppkan baju untuk baby amoi.haaaaaaaaaaaaaaaaa so sweet of u kakak <3 nbsp="" p="">
have a nice trip & holiday 

Adik nawal yang super barbie doll. 
Baby "S" confirm sayang manja dengan mama nawal nie sebab selalu berkepit dengan adik nawal sepanjang mengandung nie hehehe



Dedua amik feel ke termenung?


Siapa cakap photoshoot best dan tak penat?

Penat kot especially berbadan dua tapi rezeki demi baby kene kuat kan :)

Baby "S" ibu mesti rajin ikut ibu ye.haaaa puhlish rajin ke :P


Bila malam je effect die baru terasa lepas photoshoot mulalah kaki krem, pinggang sakit sebaiklah ada Losyen Mustajab Pati Halia and of course my favourite DELIMA


Lotion baby favourite sepanjang mengandung nie kulit super dry uolsssss.

Wednesday, March 20, 2013

Happy Mommy ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Bila cerita pasal pengalaman mengandung memang kemainlah excited.Rasanya semua ibu excited kan? Actually amoi nak share apa yang amoi amalkan semasa mengandung baik dari supplement juga atas permintaan ibu mengandung yang nak share info. Insyallah amoi akan update later ye :)

Dah masuk trimester kedua nie rasanya betullah seperti orang cakap enjoy your pregnancy especially trimester kedua. WAH!!! betul betul awesome tau sebabnya sekarang amoi dah merasainya. Syukur sangat trimester pertama yang scary juga la untuk yang morning sickness teruk seperti amoi. Hanya orang orang yang mengalaminya je yang faham kan. sobs

Bila dengar dengar pendapat orang ada tu cakap ada kena morning sickness sampai dah nak bersalin masih muntah muntah. Amoi ngeri betul dengar, dan doa banyak banyak ya allah bagilah aku peluang merasai nikmat mengandung seperti orang lain. Ahamdulilah syukurrr Allah makbulkan doa, Mausk je 16weeks amoi dah tak pening, loya,muntah lagi dah jarang sekali. Ini satu perkembangan yang baik!! Terima kasih sayangggg ibuuuuuu yang bagi kerjasama..hehehehe,Last week sampai masa untuk checkup dan suprised sangat sebab kene marah dengan nurse sebab berat naik 1.5kg per months. Huwaaaaaaaaaa ( T_T ) , dengan selamba saya menjawab okayla kot nurse sepanjang 3bulan nie berat saya turun mendadak,sekarang abru saya selera makan dan betul betul rasa nikmat makan excuse la kan :P aciiii tak cakap macam tu, hiksss

Disebabkan berat naik lebih dari sepatutnya, should be 0.5kg je per months tapi saya terlebih pula 1.5kg so lepas nie every 2weeks kene datang checkup blood,urine n weight :( tak suka betul nak tunggu lama cemtu. Yela kerajaan kan...

Amoi prefer checkup kerajaan dulu sebab one of the reason JIMAT . hehehehh sama je pergi checkup kat mana mana even swasta tapi kene bayar lebey la kan. For me checkup kerajaan dulu bila rasa nak deliver swasta baru plan 2bulan sebelum due pergi checkup swasta , itu apa yang doctor advise amoi la.Lain orang lain pendapat kan :) Sebab pernah terjadi kes patient doctor tu die memang tak pernah checkup kerajaan dari awal lagi then sampai due nak deliver tetibe ada problem dan memang kene hantar hospital kerajaan tapi die tak pernah checkup sana.So ada conflict sedikit.Bayangkan dah nak bersalin tu kan , Nauzubillah la kan.Then for me yang first time nak ada baby sudah pasti tak sure nak budget berapa berapa kan so tak perlu membazir untuk checkup. Tapi for details scan amoi prefer swasta. Hehehehhe , kerajaan nie scan macam sudi tak sudi je.Kita nie excited nak jumpa baby kita tapi die kedekut hoklohh.. hehehe.

Alhamdulilah masa scan perkembangan baby sihat semuanya :) Syukurrr sangattt.Tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu bila dapat tahu keadaan anak dia kan?:')

Perut amoi dah nampak memboyot sikit.Tapi belum rasa dia kicking lagi. Hari tu je rasa die cuit geli geli rasa sekali pastu belum rasa lagi, Tapi sebenarnya tak sure macam mana rasa die, Kadang rasa macam masuk angin orang kata, kita tak pernah ada experience kan so kena lah banyak bertanya orang :)

Alhmdulilah now dah 17weeks++ and amoi sekarang dah sangat kuat makan i told uols!! muka pun dah mula macam gemuk badan jangan cakap but am happy!!! Time nie la boleh makan dan menggunakan alasan anak.hahahah tapi kene control juga kan sebab masa mengandung nie jugalah macam macam penyakit kita mudah dapat. Nauzubillah...minta dijauhkan.

Dengan keadaan sekarang syukur sebab amoi boleh bergerak dengan gembira, yela macam macam kerja tertunggak during morning sickness tu, but now alhamdulilah dah boleh buat keje laju laju dan kejar kerja kerja yang banyak tertunggak especially preparation kedai amoi.Baru sekarang terhegeh hegeh nak beli and get ready macam macam sebelum opening kecil kecilan. Insyallah dah ready semua amoi announce ye :)
Sokongan korang amatlah diperlukan.Nanti dialu alukan datang ke kedai kecil kami :)

Amoi saja nak menempel pic perut dah bolat sikit atas permintaan ramai nak tengok perut momoi :) *tutup muka sebab dah monttel sembab*






Walaupun sekarang dah tak loya sangat dan muntah pun dah takde tapi Losyen Mustajab Pati Halia kegemaran amoi sentiasa menjadi teman sejati lagi sekarang aktif  menguruskan kerja kerja yang tertangguh dan kuat berjalan  :)



For sure delima menjadi pilihan amoi :) kerana bau dia yang cukup harum dan wangi :)



# Setiap kali bangun pagi bersyukur diberi peluang untuk masih bernafas di bumi Allah ini dan perkara wajib yang akan dibuat setiap kali lepas bangun terus cari suami dan rasa denyut dia dan pegang perut untuk rasa denyut jantung baby =') syukur kurniaan Allah s.w.t. Pelihara mereka berdua kerana mereka NYAWA ku =')




Wednesday, February 27, 2013

Pengalaman mengandung Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Since pregnant menjadi kewajipan untuk tiap tiap hari perkara pertama yang dilakukan bila open laptop adalah buka page baby center untuk membaca segala info tentang bayi .

Arghh minat berubah bukan lagi pada online shopping website bukan lagi pada youtube video makeup dan yang pasti bukan lagi pada Facebook.Macam tidak percaya dengan diri sendiri. Dulu masa anak dara buka je latop semua perkara yang dilist di atas akan menjadi benda pertama muncul.Sekarang tidak lagi, minat berubah mengikut usia dan masa. haaaaaa curlass...

Jom saya share apa website yang buat saya addicted hari hari mahu buka sampai mengalakan rating website yang menjadi kegilaan para wanita. ( maybe simptom ini hanya pada perempuan mengandung seperti saya kott..?? )

Babycenter

Babycenter.com adalah salah satu website yang bagi saya agak details explanation tentang kandungan dari seawal seminggu , especially untuk para mommy to be yang first time macam saya. For sure memang zero experience, benda ni kita takde belajar kat sekolah mahupun universiti, semua adalah pengalaman dan setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza beza.

Dan setelah sendiri melaluinya jujur saya katakan ia adalah pengalaman yang manis sebenarnya :) yang saya pasti bila baby saya dah lahir saya pasti akan merindui zaman mengandung.auwwwww~ Dilayan bagaikan seorang princess oleh suami dan orang ramai. Dimana mana pasti akan menjadi concern orang ramai.Jelesss kan? hehehe.

Dalam website babycenter kita juga boleh melihat perkembangan baby kita dari masa kesemasa, maybe info yang diberi sometimes berbeza untuk setiap orang yang melaluinya tetapi agak accurate info dan details yang diberikan :)

Saya sangat excited bila mana setiap minggu babycenter akan menghantar perkembangan baby kita di email once kita register. Dan dari situ saya semakin exctited ntuk melihat perkembangan baby saya, size die, anggota dia, Ya Allah sangat sangat teruja kot!

Setiap hari saya akan pegang dan usap perut tengok depan cermin, bilalah perut nak membesar..hahaha berangan kannn, sebenarnya tak sabar. excited! Dan saya ingat saya je yang macam tu bila saya dengar experience rakan rakan semua cakap memang pun akan automatic kita jadi macam tu. hihihihih...

Alhamdulilah sekarang kandungan saya dah berusia 14weeks. Dah masuk trimester kedua. Sekejap je saya rasa, Rupanya sedar tak sedar almost 2months saya menempuh pengalaman sebagai ibu mengandung yang bagi saya normal seperti yang saya baca di info2 yang saya dapat dari mr google ^_^.

Alhamdulilah walaupun sebenarnya sangatlah letey penat tapi saya happy, walaupun makan muntah makan muntah, jalan kemana mana shopping complex semua dah menjadi mangsa muntahan saya, Ketiadaan plastik plastik pos pun saya jadi untuk saya muntah, tepi longkang dan macam 2 lagi but i am happy sebab saya diberi peluang merasai apa itu "MORNING SICKNESS" yang selama nie saya dengar cerita dari pengalaman orang :)

Dan rupanya banyak kelebihanya :-



1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat lahir.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

7. Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.

Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.


Alhamdulilah mudah mudahan dipermudahkan :)

Cuma sekarang saya risau akan baby sebab saya dapat rasa kekurusan saya , maybe selera makan masih belum ada dan loya masih ada. Berat pun makin menurun. Tetapi bila doc cakap don't worry nanti lepas 4bulan insyallah selera akan bertambah.Saya lega sedikit. ye la ibu mana  tak nak baby dia sihat kan?

Sebenarnya saya tak sabar nak dapat balik nafsu makan seperti dulu.Sekarang seperti nikmat & nafsu makan ditarik sementara.Masa tu agaknya mesti mendadak naik badan saya seperti belon.wahhh bestnyee ^_^

Doakan ibu & baby selamat ye semuanya hingga sampai masa dan ketikanya :)




Keadaan baby saya sekarang ^___________________________^

Tuesday, February 26, 2013

Sharing

Assalamualaikum w.b.t


Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung:

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.

InsyaAllah kita sama2 amalkan untuk para ibu to be di luar sana :)





Comelnyyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mata dia bersinar2

Possibility mendapat anak kecinaan yang sepet lengloiiii or lengchaiiii ikut ibu & ayah die.hikssss

Baby nie sangat cantik kan?;)

Argh!!!! napa baby nie cantik sangat!!!!

Wednesday, January 30, 2013

Our little Munchkin ^_^

Assalamualaikum w.b.t


Exciting sangat nak menulis pasal nie. Tak tahu macam mana nak express what am feel rite now ^_^
Syukur ke hadrat ilahi atas rezeki awal yang diberikan pada amoi dan suami.
Pejam celik pejam celik sekejap je kan. Tahun lepas akhir tahun lepas Amoi bertukar status menjadi seorang isteri kepada mohd fazriq ( apeq ) . Amoi masih cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami. Yelah it is not easy kita nak membiasakan diri sebenarnya yelah dulu hidup sendiri makan pakai pun jaga sendiri kan? sekarang apa apa kene fikir suami dulu tak boleh fikir diri sendiri lagi hehehe...

Dan amoi dalam process nak membiasakan diri dengan keadaan baru dan after 3-4weeks perkahwinan kami dikejutkan dengan berita yang sangat sangat gembira dan amoi pasti semua pasangan yang berkahwin mengimpikanya . Alhamdulilah rezeki kami dan hajat dan doa kami dan kalian yang mendoakan dimakbulkan Allah s.w.t dengan izin Allah s.w.t.

No wonder amoi demam lama sangat dan spekulasi ramai orang yang cakap amoi bunting pelamin dan mengandung alhamdulilah menjadi kenyataan. syukur alhamdulilah.Dan for sure amoi dan suami orang yang paling excited dengan kehadiran si tecikk nie. Since tau amoi confirm preggy suami orang yang paling banyak bagi advise itu tak boleh ini tak boleh itu boleh ini boleh. hahah that was the most sweet moment actually! betul orang kata anak first adalah pengalaman yang paling paling seronok and  now amoi merasainya. ^_^

So ada 2 tanggungjawab amoi sebagai seorang isteri & bakal ibu. Tahun baru 2013 tahun yang bertimpa timpa berita gembira :) menjadi isteri bakal menjadi ibu insyaAllah amoi bakal membuka kedai kecil kecilan untuk customer amoi walk in & directly berjumpe amoi untuk membeli barang barang. Syukur ya Allah. Ini adalah permulaan  hidup baru buat amoi sebenarnya. Okay pasal kedai kita story later okay. now we are focus more to my little munchkin. Ouchh

Last 2 entry amoi ada update psl upt test line yang mengesahkan amoi mengandung :) dan dalam usia 5weeks 4days amoi pergi checkup baby dan baby tecik cinonet je masih belum nampak even kantung amoi pun tak berapa nak nampak sangat sebenarnya. hikssss

 Masa nie berusia 5weeks. kantung pun tak berapa nampak masa nie risau juga sebenarnya tapi bila doctor cakap kantung ada nie cuma kecil lagi dan you mengandung dalam rahim. phewwwww leganya ya allah. suami siap tanya maknanya mcm mana tu doc? hahah. doc pun gelak jee dan doc cakap maknanya semuanya normal ^_^ syukur. so for next scan sangat2 tak sabar sebenarnya & paling excited nak dgr heartbeat die ^_^


Dan cukup je 9weeks amoi terus buka buku merah yang menjadi kewajipan untuk setiap wanita yang hamil. So masa tu kene check darahlah beratla air kencing tinggi semualah. memang nak nangis tunggu dengan ramai orangnya huwaaaaa. sudahnya sampai ke petang barulah siap. Alhamdulilah darah amoi ookay . berat pun tak naik hehehe dan yang kelakor tak turun juga walaupun amoi memang tak selera makan sangat sekarang tapi syukurlah tak naik kalau tak nanti doctor mesti marah kan... so doctor advise untuk sebelum 20weeks maintain berat naik 0.5kg je setiap bulan. owhhh boleh ke amoi maintainnn sekarang maybe tak selera makan lagi. ramai cakap once masuk 4months selera meluap luap. owhh sgt tak sabar sebenarnya.Sekarang amoi tengok makanan pun napsu dah hilang ke mana, tapi demi baby amoi gagahkan diri telan juga walaupun lepas tu muntah dan muntah terus tido.

So for next checkup doc kerajaan cakap baru scan but amoi memang ada made appointment dengan one of clinic swasta untuk scan heartbeat baby on 29th jan ( semalam ) . So semalammm sangatlah excited. suami sepatutnya kene outstation isnin tu ke melaka tapi demi nak dengar dan tgk anak tecik dieee minta excuse untuk pergi lewat sedikit after kami checkup and the result is jeng jeng jeng







Tadaaaaa ^_^ seeeeee alhamdulilah syukurrrrrrr ^_^  tuhan je tahu perasaan nak pergi scan masa nie. Hanya mampu doa semoga semuanya baik baik sahaja ya allah.
Dan bila doctor scan je ya allahhh nak nanges rasaaaaa kantung dah membesar dengan jelas sangat dan nampak tak dalam kantung tu colour white? itu adalah baby amoi tecikkk je lagiii pic tak berapa nak jelass tetapi doc tunjuk tali pusat die gerak gerak plus heartbeat die berkelip kelip ada figure kepala kaki dan tangan. Alhamdulilah anak ibu mmbesar dengan sihat ^_^

Dan bila doc ltak je dkat hearbeat die bunyi dup dup dup dup sangat sangat lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ^_^ masa nie tak tahu nak cakap perasaaan tu nak nanges tapi taklah nangis depan doctor kan tgk suami gelak amoi pun gelak dan automatic kat screen perut goyang goyang kihkihkih . tak senonoh tau ibu kamu nie.

Dalam hati amoi tuhan je tahu macam nie rasanya kan. Barulah yakin dan barulah rasa ada benda bernyawa dalam perut aku.Kuasa Allah s.w.t kejadian Allah penuh rahsia.

Amoi tak sabar nak tengok dia membesar dan membesar dengan sempurna ^_^ Ahamdulilah now amoi dah berusia 10weeks ^_^

Doakan amoi & baby tecik amoi sihat sempurna ye :)


now i want to enjoying during my pregnancy ^_________________^\


Daaaaa~