Followers

Showing posts with label HEART TO HEART. Show all posts
Showing posts with label HEART TO HEART. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Outing Photoshoot Wedding

Assalamualaikum w.b.t

That day adalah buat outing but only a few pictures of us yang baru dapat. So amoi just nak share disini :) mana tau nnt dah ada baby dia boleh refer this blog from her/his mom & daddy masa memuda kan ^_^

Anyway, Uols yang ada planning nak tunang ke kahwin ke or ada any event. Feel free to contact this cool guy Asbesstos-Photography. All of my pictures pre-wedding,solemnization & reception semua dia ambil..hehehe siap dah booking for post wedding ( overr nak bergambar jugaaaaaaaaaaaa) and IF pregnant ( yg dah sarat sarat tu ) *meowwwwwwwwwwwww* untuk kenangannn sendiri kan :) heee aminnn doakan amoi ye kawan-kawan.

Let's Check it out~



 Where You go...I will go and where you stay i will stay ....
Happiness is marrying your best friend ^_^

Every Love story is Beautiful But ours is My Favorite.
You have My Whole heart for My Whole life Hubby and Only you that can give me That Feeling.
 I'm Much More me when i'm with you.

Pic di bawah nie masa pre wedding :)
So if uols berminat terus terjah or contact Asbesstoss tu okay ^_^

Dulu pandang-pandang jeling jeling je...hiksss~
When we first met, I had no idea You would be so important to me


Alhamdulilah akhirnya dialah Suami saya pelindung saya. Syukur sangat dikurniakan suami seperti dia.


No matter how expensive the pillow is, it could never be as comfortable as my husband's shoulder.


"Life is better with your bestfriend..that's why I married MINE "


Hubby...

I love you for all that you are, all that you have been, and all you are yet to be.

Tata

See you later ^___________________^

Friday, October 5, 2012

Nenek.....

Assalamualaikum w.b.t


"Kak.....makin nak dekat majlis kau....makin hati atok sayuuu sangat2....sayu bila memikirkan atok tak dpt nak bantu apa sangat.....kau bertungkus lumus sorang-sorang  sampai kurus je atok tgk.....sedih atok kak.....kerja business juga kesihatan tu jaga....." Lega atok tgk kau dah nak kahwin...kalau dah sampai ajal atok nanti lega hati atok tgk ada orang boleh jaga kau....



Terdiam...






*titiss......*





Ya Allah...kau beriku kekuatan kepada dia dan kepada aku.Berikan kesihatan yang sempurna dan panjangkan umur die ya Allah...dialah ibu & ayah kepadaku..dialah sumber kekuatan aku berdiri hingga ke hari ini..dialah segalanya tuhan.....



Sebaknya"rasa" tu.....Setiap dari kita ada bahagian & cerita hidup masing-masing...dan inilah cerita ku dan bahagian hidupku...Bukanlah bermakna pengakhiran disini...Tetapi satu langkah permulaan "kehidupan" baru dalam fasa kehidupan.Tiada siapa mahukan kesedihan dan kesengsaraan...dan aku tahu tuhan maha Adil dan sesungguhnya maha mengetahui.....Biarlah rumahtangga yang bakal aku bina nie dirahmati diberkati.Dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Aku tahu "mereka" disana....arwah atok arwah ayah arwah mama sentiasa mendoakan dan melihat aku dari "sana".

Al-Fatihah....utk mereka.

Sungguh kerinduan terhadap mereka yang tak dapat dibendung sgt2..Makin hampir hati makin sayu makin sebak.Bila berbicara dgn nenek pun automatik jadi sebak dan topik sedih..ouch..Kuat!Kuat!Kuat!.




1Months to go...Counting days...Mendoakan segala yang dirancang berjalan lancar.

Tuesday, July 3, 2012

Sepatah Dua.

Assalamualaikum

Sambil duduk memerah otak apala entry yang amoi nak buat ( memandangkan amoi tersangatla susah terkedek-kedek nak update blog).*nanges*
Amoi bukan seorang yang pandai menulis lagikan nak share everything dekat blog nie.memang tak reti even masa zaman sekolah dulu suka sangat tulis karangan beratus-ratus patah perkataan.kadang terlebih-lebih tak cukup paper. tapi since dah jadi wanita berkerjaya ( erk berkerjayala sgt kan ) nie mood nak menulis memanglah tersangat-sangat kurang plus kene perah otak apa la nak tulis dan share dgn korang memandangkan amoi buat blog nie bukan sebab nak kan populariti ( oh jd blogger nie ley famous jugala) oh no korang memangla sangat silap.pastu oh die nie ada blog aku nak jugala. oh buat apa kite nak ikut-ikut orang kan? sampai bila je akan bertahan.

For me amoi terbuka hati nak buat blog since amoi start berniaga tudung.Mula kecik-kecik je.ala yela siapala kita bukan retis orang pon tak kenal.eh siapa die nie tetibe jual jual nie.so sebagai platform utk org kenal kita. Social networking such a good platform utk kita mulakan bisnes. Since sekarang betapa ramainya "online business" kan kan?

Bukan sahaja orang yang ada di satu tempat kita je yang boleh mengenali product kite jual tapi semenanjung malaysia/sabah serawak/singapore/Brunei. Tak pernah terlintas akan ada customer sejauh macam tu.Tapi itulah yang dinamakan Rezeki Allah kan? Rezeki Allah itu memang Luas cuma macam mana cara kite nak berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. InsyAllah kalau kita usaha takde benda yang mustahil dalam dunia nie kan?

Alhamdulilah walaupun tak ramai followers,walaupun tak ramai orang kenal Blog Amoi Heaxa nie dan walaupun tak setaraf dgn bloggers2 yang dah ada nama.Amoi da cukup Syukur Alhamdulilah kerana Amoi berada di mana Amoi usaha di atas Usaha sendiri. Bagi Amoi bukan populariti yang amoi kejar.For me Honestly. Bagi Amoi cukuplah ada customer-customer yang kenal amoi dan selesa membeli dgn amoi.dengan perkhidmatan yang amoi berikan.walaupun kadang2 amoi tersilap banyak tapi masih setia membeli dan memberi support..Itu dah cukup buat amoi Rasa terharu dan dihargai.Kita manusia tak lari dari membuat kesilapan dan amoi berbesar hati bila amoi buat silap customer menegur dgn baik dan penuh budi bahasa. Terima Kasih korang ;'>

Bagi Amoi,amoi just nak share Blog amoi nie untuk info-info beauty review product2 yang best yang kita boleh share bersama ( bukan yang amoi jual je tapi yang amoi pakai ) yang kita boleh kongsi-kongsi mana yang elok mana yang kurang sesuai.Dan kalau boleh amoi nak pelbagaikan utk penjagaan badan ( tapi ini selepas kahwin la kan sesuai ) sebabnya kalau amoi bg tips-tips penjagaan badan mcm tak sesuai sebab yela belum kahwin bolehlah maintain kan.so amoi kene buktikan kat diri sendiri pas kahwin pas beranak.keh keh keh barulah syok kita kongsi-kongsi petua kan kan :'>

Then kalau boleh amoi nak share menu masakan semua tapi amoi nie payah sikit.Western food memangla terus terang cakap tak berapa pandai.Alasan selalu digunakan tak sempat.heeee ^_^ walhal itu bukan alasan kan? nak seribu daya tak nak seribu dalih.tapi masa kesuntukan lagi tingal sendiri (bujang) makan tu jatuh no 5.hehehe kerja penting. ( tak ley ikut nie..kene ubah since another 4months to go nak berumahtangga) heheh.kang kesian en apeq kelaparan.Orang tua-tua kata nak ikat suami dengan masakan air tangan kita kan? amoi takde pengalaman tapi apa org tua kata tu mostly semuanya betul.SO chayo2 ;'p

Then Insyallah nanti kalau dipanjangkan umur dimurahkan rezeki bila ada baby kite share-share pulak pasal baby kan.eee seronoknyeee ^_^ so nak pelbagaikan blog nie supaya bukanlah tertumpu untuk business sahaja malahan kite boleh share2 info0info yang best. Kerana kaum wanita memang begini kan suka membaca info2 lagi2 pasal kecantikan/pasal something yang boleh dikongsi bersama ( nampak sangat blog nie khusus utk kaum wanita sahaja) - rasa mcm dah dewasa sgt cakap mcm nie.=_=''

Pada yang request ceritalah pasal life amoi dalam blog.maybe ada benda yang kita boleh share dgn ada benda yang kita kene tapis kan? amoi memang kurang berminat nak menceritakan perihal diri/life/social life dgn kwn2 dlm blog nie. setakat satu dua insyallah boleh tapi semua maybe tidak. Bagi amoi blog yang berkualiti adalah info-info yang berguna utk orang ramai.ini pendapat amoi dan orang2 yang menasihati amoila ;>

Tapi siapa tahu bila ada baby nanti.cerita pasal baby amoi je pula kan? hehe jangan korang muntah sudah.hehe.

Ok la nie curi curi masa nie.sampai amsa kita bersua lagi oke :)

Mari amoi tempel satu dua gambar disebalik tabir pre-wedding bersama dengan kesayangan amoi yang amoi dah anggap dorang mcm 2nd family amoi ;')

Kenal dorang nie mostly banyak dari social networking je dari FB tapi kami boleh rapat serapatnya ;'> ramai tanya tips? takde tips cuma kami amalkan HATI KENE IKHLAS BERKAWAN. Jangan ada rasa Hasad Dengki atas kelebihan kawan-kawan.Saling Tegur menegur satu sama lain secara depan2 jika ada yang tak kene.takmo cakap belakang2.InsyAllah hubungan tu dgn sendirinya kita sayang seeratnya.



 Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk mereka ;'>

We are Happy Family

eh eh eh ;'p 



tata.






Tuesday, May 8, 2012

MOTIVATION.

Assalamualaikum w.b.t


"Don't aim for success if you want it; just do what you love and believe in, and it will come naturally."

Tuhan
Mama&Ayah
Nenek&Adik&Family
Tunang ( my future Husband to be)

Restu Allah Dan Mereka semua adalah KEUTAMAAN saya.

Goodnite <3

Surah Yunus : 10:107

Assalamualaikum w.b.t



Friday, May 4, 2012

The Reason Why I Love You

Assalamualaikum w.b.t

The reasons why i love you.
yes, you.
jantung hati ;)



1. You trust me. more than anyone else could trust.

2. You might not be a very romantic person. but you're sweet.
naturally.
and i would love to live with a sweet person for the rest of my life.
being sweet everyday is more than i could ever ask.

3. You talk about your future plan with me. eventhough we didn't
promised anything coz it's Insya-Allah.. we'll work it up.. ;)

4. when i'm being too ego. You know how to deal with it.
sedikit marah actually buat kita sedar,
emosi bukan yang terbaik.

5. You let me know who u really are. the good, the bad.
manusia tak pernah sempurna.
tp saya yakin.. kita boleh saling melengkapi ;)
InsyaAllah

6. when i'm with you.. all i want to do is smile
n look into You.. much deeper.
and i never bored to do that.
eventhough this year will be our 6th anniversary,
You make me feel like it was just yesterday that
You said the first 'i love you'.

7. You're simply one in a million to me.
please.
don't have a doubt because i'm very certain about that, honey :')

Actually
the main reason why i love u.
is because my heart says :
don't let me love another man.
because i give my best to love this person.
please.
Just him.

i love you.
maybe it's not the only thing that matters.
but with loving you, more each and everyday,
i know you've been the only thing that matters.
*sigh*

p/s- sy tahu sy mmg emosi dalam hal2 sebegini ;p


Tuesday, April 24, 2012

pengumuman

Assalamualaikum w.b.t

pengumuman kepada semua rakyat jelata.
wahh mcm pengumuman raya okee~
ekekekeke...

actually nak buat announcement sikit.

PADA MEREKA YANG BUKAN MEMBELI PRODUCT ( skincare/supplement minuman ) dgn saya.
ataupun delaer saya yang sah.

saya tak akan sewenang2 nya GUIDE UOLS~
ttg pemakaian product dan if anything happen sila refer pada dealer yang korang beli ye ye?

MAAF la sesangat saya terpaksa bertegas kali ini.

saya berniaga dan prinsip saya saya berniaga dengan cara saya tersendiri.
dan saya share testimoni & jual product kerana saya pakai dan telah mencuba.
makanya insyallah saya boleh guide pada mereka yang inginkan kaunseling dan kefahaman yang lebih pada sesuatu product.
bagi saya itu cara saya treat customer saya dan tidak sekali sekali saya lepas tangan JIKA dia membeli dengan saya.

tapi pada "PIHAK" yang suka mengambil kesempatan.
saya minta maaf banyak2.
jika kamu beli dgn PIHAK LUAR.silalah refer pada mereka.
saya bukanlah berkira.
tapi saya TERPAKSA BERKIRA.
biarlah orang nak cakap saya kedekut ilmu atau tidak.
tapi business is business.

buat apa saya menguntungkan orang lain?
yang tanpa berusaha tapi dapat nama atas usaha yang saya lakukan
sedangkan saya berniaga sedikit tak pernah menyusahkan sesiapa atau mana-mana pihak.
saya berdiam saya biarkan
tapi semakin ramai yang dtg pijak & hentam kepala saya.
(maksudnya disini : saya beriya share dgn semua tentang sesuatu product,keberkesanannya,menjawab segala pertanyaan tak kira siang malam,saya bersengkang mata untuk melayan segala pertanyaan berkenaan masalah berkenaan kecantikan tapi?)
sendiri pikirlah ye kawan~

jangan main kotor kawan.
sakit tau.main cucuk-cucuk.
walaupun tak berdarah tetap makan dalam kawan.


wishlist

Assalamualaikum w.b.t

dandan je entry wishlist kan?
haha.
dulikkk ar. mahu juga mahu juga.

wishlist:

1) membina impian ( berkahwin) dgn kecintaan hati saya dalam tahun ini. selama bertahun-tahun kami berkawan.
( 6months to go...dup dap dup dap ) doakan kami ye. terima kasih ^_^

2) membuat majlis dgn usaha & hasil sendiri tanpa pinjaman bank along or etc. ( namo namo...kalau boleh nak elakkan berhutang sana sini - peratusan penceraian TINGGI kerana menyalahkan sesama sendiri dan tak mampu membayar hutang..nauzubillahiminzaliq~)

3) membuat majlis sesimple habis dan takmo membazir.

4) nak cepat2 ada baby. >.< *tutup mukaaaaaaaaaa cepat2*

5) mahu mengerjakan umrah/haji  (insyAllah) bersama suami (nenek/adik) tercinta nanti~

6) mahu mengembangkan business amoiheaxa dengan pelbagai collection sendiri ( InsyaAllah) tahu ini banyak sgt dugaan & cabaran & rintangan.>.<

7) keinginan untuk buka butik kecantikan amoiheaxa.untuk share dgn wanita tentang kecantikan.wahh SUKEEE SGT2. ( insyaAllah) kene kuat mental fizikal,kewangan.

8) ingin membeli rumah yang selesa untuk diri dan keluarga.

alamak.macam dah melalut sgt je ni~

have a nice day uols!
tata~

Friday, April 20, 2012

ibu

Assalamualaikum w.b.t

 
Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian



Dan aku

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat ku layarkan



Hasratku ini

Masih belum sempat

Kubuktikannya kepadamu

Ibu tersayang

Kucurahkan rasa hati



Ku tatapi potret mu berulang kali

Kurenungkan kalimah yang diberi



Tuhan Yang Esa

Ampuni dosa ibu

Tempatkan mereka

Di antara kekasih kekasihMu



Oh! Ibu

Kau kasih sejati

Kutaburkan doa

Untukmu ibu



Ampunilah dosaku

Sejak ku dilahirkan

Hingga akhir hayatmu



Saat ini

Kuteruskan hidup

Tanpa bersamamu ibu



Ibu... 
 
 
 
p/s: pagi-pagi jumaat pergi kerja sambil driving tetibe radio keluar lagu ni.menitis air mata....sesungguhNya Allah je mengetahui apa yang tersirat & tersurat.

Friday, April 13, 2012

indahnya bertutup.

Assalamualaikum w.b.t



Bertutup itu merimaskan?panas?limited untuk berfashion,takde classla,kampungla,dan sebagainya lagi kata-kata dilemparkan pada orang-orang yang "bertutup"

itu dulu.mentality orang dulu maybe?
wallahualam.
even me? masa sebelum "bertutup" rasa nnt rambut rosak,(rosaklah rebonding or curly rambut yang baru dibuat), nanti muka berbelang lah,nnt nak sesuaikan baju susah,nak kene tgk jenis baju.hish lecehla~

lagipon mcm tak kelassss je pakai tudung.
tak up to date,tak bandarlah,kampung sangat.
=_="

ya allah naifnya lah dulu.
itu yang on off on off.

tapi rupanya bila dah bertutup?

MasyaAllah indah sgt bertutup
indahnya yang tak boleh diungkap dgn kata-kata

Sesungguhnya Agama Islam dah menetapkan syarat-syarat untuk wanita bersebab semua itu.
bukankah Allah s.w.t sesungguhnya Maha Mengetahui,Maha Besar?

die tau apa yang akan terjadi pada Makhluknya akan sesuatu perkara.

sebelum zaman adam dan hawa lagi dia telah tahu apa yang akan terjadi pada zaman cucu cicit adam & hawa

Allahuakbar;')

sekarang baru saya tahu
makna
Indahnya bertutup.
dan baru saya faham akan maksud

"bukankah yang indah itu lebih terjaga dari sebarang perkara-perkara yang negative dan dari sebarang fitnah"

Masyaallah ;')

dulu ustazah pernah bercerita zaman saya sekolah agama,

kenapa makanan yang mak kite hidang kite kene tutup dengan tudung salji?
murid pon menjawab " tak nak kene hinggap dgn lalat ustazah" dan sorang lagi berkata "tak nak nanti lalat berak cikgu nanti orang buang dah tak mo makan lagi"

-ada maksud tersirat disebalik kata-kata itu-
renung-renungkanlah.

Bila saya kenang-kenangkan balik?
rasaNya seakan mahu flashback & rewind balik zaman dulu yang sgt naif.

tapi itu semua mustahil kan?

Bila dah mula "bertutup" lagi ramai mengata

"ala setakat ko tutup je tapi solat ko terabur ko tak jaga buat apa?"
"ala pakai je tudung nak tutup la tu dari buat jahat"
"ala setakat pakai tudung perangai macam @#$%^&* buat ape?"
"ala nak bertudung ikut fashionla tuh,org bertudung die pon nak juga"
"pakai tudung tapi pakaian?"

bermacam-macam kata-kata untuk orang yang dari tak bertutup nak bertutup.

Siapalah kita sebagai Hamba Allah yang nak menghukum seseorang HambaNya?
Siapalah kite yang nak menilai seseorang itu dengan mata kepala kita sedangkan kita pon datang dari Ciptaan yang SATU?

sebab tulah dijadikan kejadian manusia dgn mata sepasang telinga sepasang dan mulut HANYA SATU.

kerana?
sesungguhnya Allah tahu apa yang akan berlaku jika dikurniakan manusia dgn mulut sepasang?
kerana?
mulut lebih TAJAM dari sebilah pisau.
itu perumpaan orang dulu-dulu.
tapi bila kita lihat realiti hidup.

memang betul semua itu kan?
sedangkan satu pon manusia boleh berpecah belah,manusia boleh menikam kawan baik sendiri,manusia boleh menabur fitnah dusta,manusia boleh mencaci,mengeji.mengutuk.

Nauzubillah.

Saya bukanlah yg layak untuk membuat entry ini.
tapi saja terdetik untuk membuat entry ini share apa yang saya rasa.
saya juga masih dalam proses untuk menjadi muslimah sebenar.

pada mereka yang rasa ingin mula bertudung,teruskanlah niat itu dan rasa itu.
takut "rasa" itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup.
dan tak akan kunjung-kunjung lagi.
Wallahualam.


*cepatnya masa berlalu..sedar sedar dunia remaja semakin menjauh. ;')





Tuesday, March 27, 2012

Mutiara Kata

Assalamualaikum w.b.t

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.



Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.



Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.



Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia

kata-kata semangat

Assalamualaikum w.b.t


bila saya "down"

dia selalu menaikkan balik semangat saya.

terima kasih kamu.



"abaikan segala apa orang nak cakap,selama nie kamu berdiri atas kaki sendiri,segala penat lelah,usaha kamu kamu usahakan sendiri tanpa minta bantuan "sikit" pon dari orang lain,dimana tempat kamu berada sekarang semua adalah hikmah dan segala usaha kamu. takkan sebab orang yang "mengata" kamu tu kamu nak down terus? itu macam habuk je. takde effect.die tak melukakan kamu sampai berdarah2 kan? so apa nak di kisahkan sgt?"

" yang penting jaga business kamu,jaga customer-customer kamu,kerana diorang yang menilai kamu dgn cara layanan kamu bukan dari apa yg org "mengata" mereka diberikan AKAL oleh Allah untuk menilai dengan mata kepala sendiri mana yang baik mana yang buruk."
MAKA ABAIKAN.


selama nie kamu bermula dari bawah,dari tiada apa-apa,kamu tak usik customer orang,kamu cari customer kamu sendiri,kamu cari business dan "NAMA" kamu sendiri tanpa usik atau menganggu orang pon.
penat lelah kamu,usaha kamu,segala apa keikhlasan kamu bukan orang menilai tapi "DIE" Allah s.w.t.

hidup kita ni tak lama dan tak panjang mana,
jika sekarang "MASA" dia biarkan dorang mahu berkata apa pon selagi ia tak membuat badan kita berdarah,tak effect apa2 pon pada kita,abaikan.Tuhan ada.cepat atau lambat pembalasanNya biar dia sahaja yang Tentukan. maybe bukan terbalas kat "orang" tu sekarang,akan datang,zaman anak cucu cicit dia.masa itu dia akan sedar dan akan terlintas apa yang die pernah lakukan.
tak perlu nak bersedih apa-apa sebab kamu TAK PERNAH RUGI APA-APA.
HIDUP INI SEPERTI PUTARAN RODA.
ADA HUKUM KARMA.

jangan membalas jangan menangis jangan menyesal jangan bersedih sebab kamu cukup bahagia dengan kehidupan kamu sekarang.
dorang tak boleh jadi macam apa kamu jadi sebab kamu JADI DIRI SENDIRI.

"Kamu seorang yg KUAT,TABAH,RAJIN BERUSAHA,CEKAL SEMANGAT.sebab tu saya sayang kamu"
;')


Terima Kasih Allah,Terima Kasih atas segala NIKMAT DAN PEMBERIAN PINJAMAN SEMENTARA kamu padaKU.

BERI AKU SEGALA BENDA YANG POSITIVE-POSITIVE sahaja dalam kepala mindaku dan hatiku dan hidupku.

sebab aku mahu MOVE ON bukan duduk di takuk lama dan berfikiran seperti keanakan-anakan. Dan aku mahu menjadi SEORANG YG SENTIASA POSITIVE.

terima kasih sayang for meaningful word for me ;')

saya sayang awak sangat-sangat.



Wednesday, March 14, 2012

kekuatan.

Assalamualaikum w.b.t


Ikhlas dalam mengambil hikmah dan belajar dari kehidupan menjadikan kita orang yang kuat dalam menghadapi apapun.








Wednesday, March 7, 2012

lately

Assalamualaikum w.b.t


lately.
selalu saja terkenang.
selalu saja ia datang menerjah ingatan.
menerjah fikiran.
menerjah lubuk hati.
lalu menjadi sayu.
sayu yang tak dapat diungkap.
terlalu sayu.
teramat sayu.

lately.
mudah saja air mata ini mengalir.
lalu jatuh berguguran tanpa belas kasihan.
teresak-esak sendirian.
lalu sendu menjadi semakin sayup tak didengari.
rupanya sudah lelap dibawa mimpi.
lately.
selalu tido dalam keadaan begitu.

lately.
hati mudah terusik.
hati mudah tersentuh.
pantang melayan perasaan sikit.
ada je nak disayukan.
kenapa jadi begini.

lately.
suka merepek-repek sendiri.
okbai.


Monday, March 5, 2012

permudahkan.

Assalamualaikum w.b.t


bismillah,

permudahkan tuhan.
permudahkan tuhan.
permudahkan tuhan.

hanya dgn keiziNanMua segala perkara yang sulit & sukar insyAllah menjadi mudah.

*percaya setiap perkara baik akan dipermudahkan*




Friday, February 17, 2012

dedicated. . .


Tuhan jagakan dia , Dia kekasihku , kan tetap milikku.

p/s: got this song from one of my friends (FB) terus falling in love.

so sweeettt ~

Thursday, December 1, 2011

too sentimental value ;')

Assalamualaikum w.b.t


i love this poem truly from his HEART to his pretty WIFE ♥


Aku pasti punya masalah

Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat

Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau menjadi isteriku.



Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,

Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,

Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.



Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,

Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana

Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu

Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam,

Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik,

Setiap nafasku.



Aku sering menadah telapak tangan,

Dan memohon pada Tuhan,

Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,

Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala



Isteriku.

Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku.

Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.

Selamat menjadi menantu ibu bapaku.

Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.




mereka berdua terlalu sweet! :')

i love all of his poem in his blog♥
sungguh menikam kalbu giteeewww~

till then,


Wednesday, November 30, 2011

THAT WOMAN ♥ FOR YOU


Assalamualaikum w.b.t



A woman loves you.

The woman loves you wholeheartedly.

She follows you around like a shadow every day.

... She smiles but is actually crying.



How much longer do I just have to look at you, alone.

This love that came like wind,

This love that is like a shit,

If I continue this, will you love me?



Just come a little nearer

just a little bit.

Please don’t step back

I, the one who loves you,

is still next to you.

That woman is crying.



That woman is very shy

So she learnt how to smile

Her heart is so full of tear,

She can't even share her story with

her best friend



That's why, that woman

loved you

Cause you were so like her

another fool.

yet another fool

Please give me a hug before you leave me



I want to be loved, dear.

That's all I wanted

She shouts, just in her heart

just in her heart.

No one can hear her

but that woman is still next you



Do you know that

I am that woman?



You don't do you?



Because you are just a fool.



how much

how much longer

Do I have to love you like this



This love that is like a fool

This love that is like a beggar



would you love me?



That woman, who loves you

is still next you and she is still crying
 
 
 
P/S : lyric song from BAEK JI YOUNG - that woman ♥
 

Friday, October 14, 2011

Alhamdulilah.

Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulilah tuhan.......................

syukur alhamdulilah.......


sekurang-kurangya satu kau permudahkan dan kau berikan ku petunjuk dan jalannya.


terima kasihhhhh sgt2 tuhan...


syukur alhamdulilah......



sekurangnya aku boleh tersenyum seketika walaupon banyak yang harus aku tempuh selepas ini..



cuma beri aku kekuatan itu tuhan


"aku percaya pada setiap rezeki kau tuhan...setiap dari kita kau tetapkan rezeki masing2..aku kene redha sabar dan usaha untuk ke arah itu.dan insyallah kau akan berikan ganjaranya."


kau lindungilah aku dan adikku.
permudahkanlah segala urusan kami didunia ini.
berkatilah apapon yang kami lakukan.
panjangkanlah umurku supaya aku akan sentiasa berada disampingNya.
Kuatkanlah aku untuk menempuh segalaNya dan untuk memberi Kekuatan padaNya.



Aminnnnnn~


# badan sgt letey,otak sgt penat berfikir mencari jalan semalaman, perlu rehat dan tidur supaya condition badan dan otak serta hati boleh pulih n back to normal...#
cukupla Diary utk hari ini.



bye~

Thursday, October 13, 2011

harapan.


Assalamualaikum w.b.t


Kuatkan semangatku bila mula Goyah 

Kuatkan hatiku bila mula Rapuh

Sedarkan aku bila aku mula leka

Bimbinglah aku bila mana aku mula terpelecok

Gembirakan aku bila aku mula bersedih

Tetapkan pendirianku bila mula melebur

Berikan ku Semangat bila semangatku mula merundum

Berikan ku petunjukmu bila aku mula kebuntuan

Berikan ku jalan bila mana aku sesat tak temui jalan

Kau sebaik2 pendengar

Kau sebaik2 pencipta

Sesungguhnya Kau Mengetahui segalanya

KAu Maha Besar 


Setiap kesusahan yg kau berikan aku tahu akan ada "redeemnya"

cuma lambat atau cepat.

Hanya kau mengetahui.

SubhanaAllah.


*titis*



tuhan lindungilah aku ;'( bantulah aku ;'( 
terkadang sulit bila mana aku berjalan sendirian menempuh dugaanmu di dunia ini :(
aku cuba utk kuat,kelihatan Tabah.
tapi Hanya Kau maha mengetahui.






Ampunilah segala dosa2ku bila aku selalu mengeluh dgn dugaanMU ;'(
terkadang aku sgtt rapuh...
semoga segala semua ini ada keindahan yg tak terbayang dek akalku.
mudah2an..aminnnnnnnnnnn~
Hanya kau maha mengetahui.