Followers

Monday, February 4, 2013

Losyen Mustajab Pati Halia

Assalamualaikum w.b.t

 Halia banyak khasiatnya dari zaman nenek moyang kita. Bukanlah amoi nak cerita pasal kebaikan halia dan khasiatnya secara terperinci tetapi amoi nak share macam mana halia di upgrade untuk pelbagai kegunaan yang lebih mudah dan mengikut peredaran zaman kini dan memudahkan pengguna.

Halia banyak khasiatnya dalam masakan dan juga banyak khasiatnya untuk kegunaan luaran. Buktinya?

Lihat sahaja  Syarikat Dunia Herbs adalah syarikat tempatan yang pertama menghasilkan atau mengkomersialkan halia untuk dijadikan losyen pati halia dan Dunia Herbs juga adalah pelopor atau pengeluar utama produk berasaskan pati halia di Malaysia.

Siapa yang tak pernah dengar Losyen Mustajab Pati Halia alaaaaaa yang colour kuning hijau & merah yang popular zaman Universiti dan masa duduk rumah sewa dulu kalau pergi rumah kawan kawan perempuan mesti akan ada satu terselit dalam koleksi diorang,.haaaa tengok pengaruh perempuan nie memang tak dapat disangkal sangkal.

Bila kita tak pakai dan kita dengar je pengalaman orang macam tak best nak cerita tau tapi bila kita sendiri mencuba dan tahu hasilnya kita jadi makin excited nak share dan cerita dengan orang, itu yang orang perempuan nie kalau jumpa ada je benda yang nak diceritanya.

Nak dijadikan cerita saya terpengaruh nak membeli dan sendiri rasa nak mencuba bila saya try housemate punya, masa itu saya sengugut yang sangat teruk, macam dah mati akal nak letak apa kat perut. saya jenis tak suka tahan sakit dengan pil. So alternative lain saya buat , Nak kata tuam dah tuam tapi still sakit. At last housemate saya dengan rasa simpati tengok saya tergolek golek dia pun bagi saya krim losyen pati halia mustajab colour merah masa tu, saya tanpa ragu terus sapu kat perut dengan rakusnyaaaa.hambikkkk kauuuuu panassss jangan cakap sebab saya sapu mahu setengah habis krim kawan saya tu.rasa bersalah gileee esok terus ganti yang baru.So taklah rasa bersalah sangat kan. But moral of the story kat sini. Losyen tu betul betul berkesan. Walaupun saya sapu menggila memangla panas menggelupur tapi saya rasa nyaman sangat perut dan condition sengugut tu makin lama makin tak rasa sebab dah tertido dengan lena dan nyaman.

Yang bestnya rupanya losyen tu banyak kegunaanyaaa saya ingatkan memang losyen untuk langsing semata rupanyaa silap sama sekali sangkaan saya.Yang bestnya sangat losyen pati halia ini SANGAT terkenal untuk membakar lemak dan melangsingkan badan Wewitttt~ Dan elok untuk selulit TETAPI kenalah dengan pemakaian yang konsisten untuk hasil yang memberangsangkan.

Tapi, Losyen pati halia nie bau sangatlah kuat berangin kan? So hanya layak dan boleh dipakai waktu paling heaven malam sebelum tido, confirm tido malam nyenyak tak menyedor sampai ke pagi.hikss~

Disebabkan itu, Pihak Dunia herbs telah mengeluarkan idea untuk mengeluarkan product yang boleh dipakai walaupun waktu kite nak pergi kerja, nak pergi shopping nak pergi medicure pedicure ke nak pergi hi tea ke, nak pergi dating ke tak perlu gusar lagi dan takut tetiba kawan sebelah terbau halia.Boleh jalan dan keluar rumah dengan penuh confident dan tersenyum lebar okay~malahan banyak khasiat disamping baunya yang sangat harum macam seolah kamu memakai perfume.Dahlah banyak khasiat yang bagus malahan membantu untuk kita kelihatan langsing bergaya okay. Tidak mustahil lagi sekarang kerana boleh dipakai 24jam.

Suka tak suka tak? best kan? Wanita dan remaja sekarang memang mementingkan dan menjaga keterampilan diri masing masing untuk kelihatan lebih yakin berdepan dengan orang.

Apa lotion terbaru yang best tu?


Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent (100ml)


  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi
  • Membantu memperkuatkan pencernaan di perut
  • Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi menyihat dan melindungi sel kulit

RM24.00





Losyen Mustajab Pati Halia Jasmine Scent (100ml)

  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membantu tidur yang lebih nyenyak
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membantu menyembuh luka akibat gigitan serangga
  • Memberikan aroma terapi yang menenangkan fikiran

RM24.00





Losyen Mustajab Pati Halia Rose Scent (100ml)

  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi
  • Menguatkan daya ingatan dan meredakan kebimbangan serta kemurungan
  • Membantu proses penghadaman, melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
  • Bertindak sebagai antiseptik yang amat sesuai untuk masalah ruam dan Eczema selain mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E

RM24.00




Nampak bukan? haaaa ada 3 pilihan mengikut citarasa masing masing .

Honestly saya paling suka yang bunga rose tu. bau tersangatlahhhhhhhh wangi okay. Even pakai sebelah husband pun husband cakap eh wanginyaa perfume baru ke. hiksss~ kalau husband dah puji kan lagilah kita happy sangat. Bau delima dan jasmine pun wangi juga malahan dengan tamaknya saya membeli 3 sekaligus untuk koleksi sendiri.muahahhahahaha.Hari hari boleh tukar tukar ikut citarasa hidung kan.hehehe. Harganya pula sangatlah berpatutan dan besar packagingnya.

Di setiap jenis bau rose, bau pomegranate dan juga jasmine, masing masing mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri.saya ada sediakan setiap kelebihan dan kegunaan krim seperti gambar di atas.Sangat menterujakan bukan?

Saya dah habis canang tentang lotion terbaru nie pada kawan kawan terapat, family dan juga sedara mara. haaa kemain saya tau.Sebab seriously memang best dan tak rugi. So malam harinya takdelah suami kita asyik tutup hidung lagi dah bini rajin sapu halia kat perut dan seluruh badan. Nak jaga kecantikan demi suami katanya, tapi suami pula pening kepala baring sebelah isteri bau halia bau minyak anginnn. Tetapi sekarang tiada 1000 alasan lagi untuk kelihatan langsing tetapi dalam masa yang sama menjaga deria bau suami hiksss. Bau yang harum silap silap haribulan suami minta sapukan sekali kalau kalau dia sakit perut , sendi atau sakit otot dan juga elok kalau gigitan serangga boleh juga di sapu pada suami. Haaa 2 in 1 package. sapu kat kita sapu kat suami. Sharing is caring katanyaaaaa.

For next entry saya cerita secara terperinci ingredients dalam setiap 3 product terbaru ini okay.PROMISEE!! :) 

Now pergi cari dulu lelaju 3 product terbaru yang super best nie. Dan dan dan dan atleast u have one of them in your collection pun dah okay sangat tau. Sebab sangat berguna dan ia bukan untuk tujuan melangsingkan sahaja tetapi banyak manfaat dan kegunaanya.





8 comments:

kiwiey said...

teringin jugak nk beli yg rose tue . mcm wangi je . hehehe .kak amoi,jom follow my blog too . http://bluberrykiwiey.blogspot.com TQ :))

cik chinta said...

hage pon mmpu milik, bli satu utk sapu kt kki la, lenguh tul bile pgnen ni

Unknown said...

sames goes to me.. i bawa masa travel ke london.. n my fren siap suruh i belikan utk dia (org cina pulak tu).. multi function rite :)...

Anonymous said...

losyen ni mmg terbukti keberkesanannye...kalau tak percaya cuba la... :)

Anonymous said...

saya ni just silent reader je:)suka tengok blogger2 comel hehe:)tq sbb byk bg tips yg berkesan,info,yg pnting seriously memang helpful lh dlm bab2 kcantikkan^^

pelanginadia said...

salam..jom singgah blog nie www.pelanginadia.blogspot.com...banyak peplum dan dress cantik2...jom singgah..salam ziarah dari saya..

Hannah Sytieh said...

tanx info kak amoi. dapat tau terus g beli. awesome... :)

Jannah said...

dok survey-survey losyen mustajab ni utk lepas bersalin nanti. tp set adha memang best... sy still guna sabun dan serum skrg. tgh berkira-kira nak amik yg serum gold.

blog saya juga:
http://www.prettyraudhah.com