Jumaat dari pagi sampai ke ptg saya berada di ikea membeli perabot dan kelengkapan barang untuk mini kedai nanti.Tiada gambar sepanjang activity dapat dikongsikan kerana terlalu serious dan khusyuk mencari barang.
Sabtu pagi pagi dah keluar breakfast pun mcd drive thru sebab saya tering hash browns mcd sahaja,teringin sampai rasa nak nanges teresak esak kalau tak dapat okay.Ini ada gambar sebab saya menggedik teringat nak capture gambar.
Muka tertekan sebab lapo yang amat.Cakap dengan hasben apa apa kita breakfast dulu sebelum ke shah alam.Sebab suami nak pergi main go cart mesti lama kannnnn...Haha ayat paksaannn.
Hasben tanya nak breakfast apa terus laju laju jawab " kite drive thru mcd plsss " walaupun sebenarnya memboikot tapi kehendak orang mengandug nie hanya orang mengandung je faham tau.Kalau tak dapat tu boleh nangis teresak esak guling guling siap tau.huhu.
Huwaaa die punye kempunan teringin sebenarnya bukan nak burger.Last2 burget tak termakan. Makan hash browns dan minum milo ais dah kenyang. Dapat nie die punya kepuasan usah cakapla kan...huhuhu
Muka terus glowing bercahaya dapat makan ikut kehendak hati.hahahahahha ayat minta tangan je kan :p
Selesai teman hasben men go cart almost lunch hpur juga. Dah alang alang dekat shah alam lama sangat tak jejak kaki ke shah alam, dulu lepas belajar baru hidup berdikari baru nak menapak nielah tempat ku. sobs teringat kenangan suka duka pahit manis sebagai perantau dan baru nak hidup dan mula bekerja.
Terus tekak teringin makan Sup Utara. Ala yang sup die sedap giler plus dengan sambal belacan merah plus sambal kicap die yang mmg power tuh! Rasanya siapa duk shah alam mesti tau! Ala kat Seksyen 18 tu dengan kat Plaza Alam sentral kat bawah sekali.Memang licin dan berpeluh peluh makan tapi memang puas!!Amoi mengandung nie memang kuat makan pedas.Huyaiiii tak pedas tak Umm orang kata.
Tak sempat nak amik gambar sebab kebulur macam dinosour.hahahaha.
Lepas makan hasben i bawa pergi Mid Valley ikut lagi kehendak isteri walaupun dengan jammed sangat macam apa tah. Dari shah alam nak ke Mid valley tu lalu federal Highway makan masa dekat 2jam lebih! isteri dah kekenyangan lena tidur melelapkan mata kat sebelah sian hasbennnn die terkuap kuap ngantuk.
Sampai sampai Mid parking janganla cakap.ramai nya umat manusia. Terus menuju ke tempat yang mahu dituju.
Maternity & Children Expo.
Huwaaa ramainyaaa orang, tgk semua dengan bawa perut dan bawa stroller dan baby oh indahnya tengok.hehehe
Amoi dan hasben kurang kerja duk tengok stroller stroller orang haha . Dah macam pertandingan stroller sapa paling cantik dan mahal je.hahahaha
Tiada gambar sebab tgh sesak sesak memang tak berani nak keluarkan hp mahupun wallet.Semua hasben pegang.Hasben jenis low profile dan tak suka amik gambar plak tuh.sobs sobs sobs.
Amoi jadi rambang mata tengok baju tak sangatlah.Sebab belum tahu jantina kan.So amoi tengok barang keperluan yang penting macam stroller car seat baby,dan breast pump. Nampak memang menarik tp bila dah ramai ramai macam tu memang tak selesa untuk membeli. Last last tak beli apa. Masa nak keluar dari Expo nampak Dynaz ala yg retis tu ! Cantiknya die tingginya die putihnya die.Nak amik gambar tapi sesak sangat sebab macam ada pertandingan ibu dan anak.Catwalk catwalk atas stage. COMEL SANGAT!
Terus ajak hasben keluar sebab dah mula pening ramai sangat orang.
Terus menuju ke destinasi ibu dan ayah pula. hahahah kemain ayah n ibu nak shopping. Ibu nak shopping seluar maternity, boringlah cakap dengan hasben asyik kene pakai maxi je.huhuhu seluar banyak semua dah oversized.sobs.
Apa yang menarik perhatian sekali adalah DAISO!!!! yeayy rasanya semua tahu kan kan.Amoi & hasben suka masuk tempat cemtu tapi yang selalu tewas teruk adalah amoi.sobs sobs.
Amoi pasti tewas beli benda yang akdang takde function dan takde sebab pun tapi masa kat sana comel giler rasa macam nak amik semua. Nie pun dah banyak kene tapis. Memanglah murah rm5 setiap item tapi kalau dah amik tak menyedor diri. Tau tau dah cecah rm100++ nangesss.
Lepas siap shopping dan shopping yeay dapat seluar maternity murah je tau dekat Jaya Jusco dalam Mid.Dahla murah ada sale okaylah kain dia. Amoi xbeli jeans sebab jeans semua tinggal xxl je size.huwaaa.
So amik yang jenis pants biasa je.
Keluar dari Mid valley jam 10.15pm.Amik kauuuuu dari pagi sampai ke malam.Seharian nak berjalan kan. Mau tak letey.
Sampai rumah pengsan suami isteri keletihan.
Sebaik ada Losyen Mustajab Pati Halia, Sapu kat kaki suami dulu yang kepenatan pastu sapu diri sendiri dan minta suami sapu belakang badan sebab dah sakit sakit pinggang.Tangan tak sampai kan.
Psstt~ Kedai amoi semakin hampir siap. Tak sabar sangat nak berurusan dan uols boleh walk in datang kedai terussss. Seyes tak sabar!!!!!!!
2 comments:
amoi kdai kat mane tue?mane lah tahu..klu dya de pi kl..bole terjah..hihih3..
ramai ske shopping daiso ~~ kawan2 kte pn.. da nk bke kedai ke? kedai ape~~
Post a Comment