Assalamualaikum w.b.t,
Terpana jiwa, terkedu seketika
Bukan kerana terpaku dengan apa yang ada di hadapan mata
Sebak...
Mungkin itu yang terbaik untuk merungkai perasaan di jiwa
Mungkin kecil pada pandangan insan biasa
Tetapi tidak buat kau & aku yang merasa.
Jangan kau menilai tanpa mengenali
Jangan kau mengagak tanpa merasai
Jangan kau berhenti tanpa mencari
Jangan kau menjauh tanpa membuka hati
Jangan kau menyangka perkara yang belum terjadi.
Bukan aku mementingkan hati
Cuma satu yang ku pinta dari diri
Izinkan aku untuk mengenali
Izinkan aku untuk merapati
Izinkan aku untuk menyayangi.
Perasaan itu bukan lah ku pinta mahupun paksa
Kerana ia anugerah dari yang Esa
Buat kau dan aku, untuk melihat dan menguji hamba-Nya
Ke mana dan bagaimana kita menggunakannya.
Bukan aku tidak mahu memahami peritmu
Bukan aku tidak pernah merasai keadaan itu
Bahkan berkali ganda mungkin lebih sakit darimu.
Tetapi aku tidak pernah serik untuk itu
Kerana aku cukup yakin dengan Maha Pemegang Qalbu
Ikhlaskan hati, tenang kan jiwamu
Nescaya Syurga-Nya yang satu bakal menantimu.
Dari segenap kehidupan ku yang lalu
Banyak yang telah mengajar diriku
Bukakanlah hatimu
Izinkan aku meninggalkan pesan buat mu
Jangan sesekali kau merasa serik dengan hatimu
Jangan sesekali kau merasa takut untuk meneruskan langkah mu.
Yakinlah dengan SANG PENCIPTA
Saat kau berduka
Jangan kau sangka itu adalah penghujung dunia
Sesungguhnya ALLAH itu tidaklah buta.
Ketahuilah sahabatku
Sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangimu
Walau seberat mana ujian yang dibekal padamu
Tidak pernah sedetik pun dari masa lalu
ALLAH meninggalkan mu sendirian
Kerana itu tandanya
ALLAH Merindui dan Mencintai mu.
p/s : terima kasih kakak buat nukilan ini.sumpah sy terharu >.< sayang kakak ketat² ♥
1 comment:
good poetry :)
Post a Comment