Assalamualaikum w.b.t
Bau badan merupakan salah satu faktor untuk setiap orang rasa tak confident nak berhadapan dgn org ramai?
betul kan?
walaupun kita sendiri berhadapan dgn org yang mengalami masalah bau badan kita pon rasa tak selesa kan?
Bau yang tidak enak yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan oleh banyak faktor.
Salah satu faktor ialah :
FAKTOR PEMAKANAN
lagi-lagi sekarang macam-macam makanan yang ada kan?
dan tekak & selera kita pula memang pantang tgk makanan yang melazatkan.
tak kisah pon actually.
tapi macam mana kita nak mengatasi?
ada sesetengah orang yang mmg asalnya memang jenis badan berbau.
dan bukan org badan berisi je yang ada bau badan tau orang yang kurus pon ada.
so ia bukan faktor size badan ok.
jangan salah faham disitu.
Tips menghilangkan bau badan
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan :
- Pilih pakaian korang hati-hati untuk menghilangkan bau badan.
- Elakkan pemilihan pakaian yang ketat dan jenis kain yang tak serap peluh.
- Pakai pakaian yg longgar dan sebaiknya dari cotton supaya badan kite boleh bernafas juga ^_^
- Gunakan deodorant dan antiperspirants, ini merupakan tips yang penting untuk mengatasi bau badan.
- Anti-per spirants mengandung garam aluminium yang dapat mengurangi peluh dengan menutup saluran peluh.
- Deodorant mengandungi antiseptic untuk melawan bakteria, ia juga membantu mengurangi bau tapi tidak mengurangi peluh yg terjadi.
so korang sebagai perempuan.macam-macam kita nie.
Peliharalah kebersihan, mandi dengan teratur merupakan perkara paling penting dalam melawan bau badan.
Elakkan minuman yang panas agar peluh korang tak keluar secara berlebihan,
minuman yang panas dapat meningkatkan panas badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.
Jadi kalau korang bimbang bau badan korang sebaiknya biasakan minum air sejuk.
lagi satu Gunakan perfume adalah salah satu cara paling cepat untuk tips menghilangkan bau badan.
Perfume mungkin tidak dapat mengatasi langsung peluh badan, namun ia dpt membantu ketika bau-bau tersebut berlaku.
tapi itu tak membantu sepenuhnya.maybe sementara kan? nanti lepas beberapa jam sudah gelabah cari perfume pastu malang pulak perfume tertinggal terpaksa singgah shopping complex beli perfum.ekekekke
Makanya cara menjaga tubuh agar senantiasa segar dan bebas dari aroma tidak sedap adalah:
Cube untuk mengurangi makanan pedas,bukan tak boleh langsung lagi-lagi tekak yang mmg HANTU PEDAS memang tak sahla kan kalau takde pedas.org kata tak uummmm~tapi cuba kurangkan ^_^ dan kalau boleh jangan terlalu makan makanan yang dimasak dgn banyak rempah rempah >.<
Mandilah 2 kali dalam sehari.INI WAJIB!!! ada ke orang mandi sekali sehari?=_=" maybe ada tapi seyes korang selesa ke dgn bau badan sendiri? kalau yepon malas sgt mandi kambing jadilah (perumpamaan org2 kalau mandi less than 5minutes) kan segar badan bila dah wangi-wangi dah bersih.tak gitu?
Pakailah pakaian yang tidak terlalu ketat agar pengaliran peluh udara mengalir lebih baik.
Selepas bersenam ke gym ke, biasakan diri untuk mandi.
Minumlah air mineral secukupnya
INI SGT PENTING lagi-lagi kaum wanita ye Cukurlah bulu ketiak secara teratur. tak ke tak senonoh jika di situ terbela macam semak.ayooo~
Untuk mencegah berkembangbiaknya bakteria, gunakan deodorant 12 jam setelah pencukuran, agar kulit tidak mengalami iritasi.
Gunakan deodoran atau anti perspirant setelah mandi pada lipatan-lipatan tubuh yang sering mengeluarkan peluh. saya ada advise gunalah BODY MIST selepas mandi.
biasakan sebab ia akan buat badan lebih segar dan wangiiiiiiiiii yang tahan lama
^_^ .saya suka guna body mist VICTORIA SECRET.mmg paling best.semua bau body mist dia memang menyenangkan rongga hidung.heheh..korang bolehlah mencuba.
dan last for not least Gunakan sabun antiseptik, terutama untuk bahagian-bahagian tubuh tertentu seperti dibawah lengan serta bahagian sulit.terutama kita wanita yang sangat sensitif lagi-lagi sewaktu datang haid.
harap tips-tips nie membantu ^_^
bila badan kita wanggi automatic tahap level confident kita akan up 102% tau!
barulah orang sekeliling kita selesa bila duduk or bercakap dgn kita kan?
see u then.