Followers

Saturday, June 11, 2011

♥ Pentingnye Air Masak/Plain Water dalam badan kita ♥

Assalamualaikum w.b.t
Pada entry kali ini, kita akan ’sharing’ Pentingnya Air Masak..a.k.a air putih or english education called is " Plain Water"... Mungkin korang banyak yang belum tahu pentingnya meminum plain watersetiap hari atau sudah tahu tapi malas nak minum jumlah yg seharusnya dengan berbagai alasan,salah satunya ‘takut kerap
shi² ( buang air kecil) itu code comel sy dgn kawan²..so takla malu kan kan..nak shi²..atau korang lg suke..nak KENCING??? OMG...korang bayangkan..da cun² nie..pakai pon da stylish²,make up da perfect semua..tetibe terlepas ckp.." pergi cari toilet cepat...aku nak kencing?? " OMGGGG....kalau tetibe ms tuh ada sekumpulan group lelaki dgr..alangkah malunya...betul x? so...kata code itu harus & penting untukkk menjaga air muka dan pertuturan supaya selaras dgn penampilan...hahaha..ayat skema sungguh T__T *dush²* perlu ke? ok..ignore it..back to the point story...


Kalau begitu bagaimana prosesnya, air masak yang sederhana boleh berubah menjadi begitu berharga?

Sekitar 80% tubuh manusia terdiri dari air. Otak dan darah adalah dua organ penting yang memiliki kadar air di atas 80%. Otak memiliki komponen air sebanyak 90%, sementara darah memiliki komponen air 95%. Atleast secara normal kita memerlukan 2 liter sehari atau 8 gelas sehari. Bagi perokok jumlah tersebut harus ditambah setengahnya. Para doktor juga menyarankan agar meminum air putih 8-10 gelas setiap hari agar metabolisme tubuh berjalan baik dan normal.



Kurang Air, Bahaya Bagi Darah

Jika badan kite kurang air dari 8 gelas, kesanya secara keseluruhan memang tidak terasa.Tetapi, tubuh akan mengeimbangkan diri dengan cara mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri. Di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat bahaya bagi tubuh. Sebab, darah akan menjadi beku. Akibatnya, perjalanan darah sebagai transport oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.


Saya ada baca satu artikel tentang khasiat air dalam berdiet.Dalam artikel tersebut, air mampu mengurangakn berat badan ♥ wow! this is was amazing ok..so korang tak perlu susah payah membazir pergi slimming centre yg sampai beribu² untuk kurus but at the end..hasilnye ttp serupa? so? nie kaedah murah,jimat dan senang didapati...apa lagi? kan? kan? sy pon mengingatkan diri sy sambil² menulis nie..coz it is a good info ok..♥

Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-



•Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.

•Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.

•Mengurangkan lebihan lemak dibadan.

•Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.

•Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.

•Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.

•Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.

•Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.





p/s : Sedikit tips yg sy amalkn dari nenek saya yg sy nak share dgn korang :

Bangun pagi sebelum gosok gigi , amalkan minum air suam, elok untuk jaga badan,awet muda & juga kulit & proses penghadaman dlm badan kite ♥


selamat mencuba!
bye ♥




2 comments:

a little less conversation said...

owh pepagi minum air suam ke..igtkn pepagi terus cari makanan cm bese wt..hahaha

kalau 1 hari terlebih minum air cane?

Anonymous said...

u i ada hantar msg dekat inbox fb u di amoi heaxa II, hope u will respon to me about isogen asap.tqsm :))) - ema syuga.