Assalamualaikum w.b.t semua ♥
apa tu ingredient? semua mesti tau kan kan? :)
saya sendiri mmg suke makan buah especially epal,oren,anggur etc...mcm²la..too many too describe..hehehe
so jomm kite share kebaikan & khasiat buah² tempatan utk tubuh badan kite & especially for our skin ♥
1) TOMATO
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Minggu ini apa kata korang cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
a) Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
b) Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
c) Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
d) Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit ♥
P/S : sy selalu amalkan tomato tu sy belah dua..satu simpan utk dipakai esok..sebab banyakkan :) so timun yg sebelah lg..sy akan sapu n tenyeh² kat muka smpai kering takde air ♥ tehn hasilnye.kulit kite menjadi semakin halus & cerah secara semulajadi :)
2) TIMUN
Selama ini kita mengenal mentimun hanya dimanfaatkan sebagai pelengkap dalam menu makanankan kan kan, kini ada manfaat lain dari mentimun yang korang perlu tahu, mentimun ternyata berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit dan mempunyai nilai lebih untuk merawat kecantikan.
Salah satu cara mudah untuk mengurangi kilauan minyak di kulit berminyak ♥ caranya : potong 1/2 mentimun, kupas dan masukan dalam blender kemudian blender hingga lembut. sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air dingin dan tepuk-tepuk ringan wajah hingga kering.
Jadikan timun sebagai masker ♥ Jika korang biasanya ada masalah dengan parut² di wajah, masker ini akan membantu anda mencegahnya. Caranya : blender sampai halus bahan-bahan: 1/2 mentimun yang sudah dikupas, 1 senduk susu tanpa lemak, 1 sendok yogurt kemudian sapukan di wajah dan biarkan selama 20 minit, lalu basuh dengan air.
Jika kulit Anda kusam dan berminyak ♥ Bahan : 1 senduk teh dan sekeping mentimun kemudian sapukan di wajah dan biarkan selama 15 menit, lalu basuh dengan air sejuk.
Mengurangi lingkaran hitam di bawah mata♥Bersihkan dahulu wajah korang dari make up. Kemudian baring dan letakkan potongan timun yang telah terlebih dahulu disejukkan ke area sekitar kelopak mata. Setelah itu rilekslah beberapa saat sambil menggosokkan potongan timun dengan lembut. 15 menit kemudian bilaslah dan rasakan kesegaran effect timun tersebut. Kelembaban natural yang berasal dari timun bertindak sebagai penyembuh penyakit atau sebagai ubat penguat. Timun memang memberikan pengaruh yang sangat baik bagi kesehatan, tak hanya untuk mengurangi lingkaran hitam atau noda lebam di mata, tapi juga dapat menghaluskan kulit wajah.
3) ORANGE
BUAH OREN KAYA DENGAN VITAMIN DAN MINERAL..
1. Vitamin C Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia.
Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit. Mencegah kanser.Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.
2. Karbohidrat Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan .
3. Folat Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular
Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik
Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit. Mencegah kanser.Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.
2. Karbohidrat Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan .
3. Folat Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular
Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik
Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.♥
4) KURMA
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Antara fakta Menarik tentang KURMA ♥
1. KESIHATAN
Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
2. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
3. KEBERKATAN
Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w: “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
.
3 comments:
preety!oh thanks dear for sharing this!. InsyaAllah akan try buat n ikut petua2 ni tau.:)
nanie jelitaaa! tahnks for reading this entry si cantik! :))))))
Salam. Patutla cik amoi kita ni sentiasa nampak cantik, rupanya amalkan petua2 ni. Bagus 2 - sharing is caring
Post a Comment