Followers

Thursday, August 11, 2011

APRICOT MMG AWESOME ??



Assalamualaikum w.b.t



hye korang! :) 
pernah dengar tak apricot? ala..buah apricot?


mari kite berkenalan dgn mrs apricot?

tadaa~ hye sayala mrs apricot itu..
haha




nampak mcm enak saja bukan??
T___________T




haippp!!!
saya bukan cerita buah yg sedap utk dimakan?
hehe
tapi buah mmg sgt elok utk dimakan bukan? 
dan juga sgt elok utk kulit kita ^_^


so! saya saja nak share dgn korang!
apa product currently yg sy pakai for skin! :)
and saya baru try ^_^


almost 3months ^_^
then kesan sgt oke..
sebabnya sy cakap sgt oke??


1) saya dah lama giler tak menggedik tukar pencuci muka?sebab takut tak serasi dgn kulit saya.kang naik biji2 merah ke terbakar ke?sapooo nak jawabbbbbbbbbbbbbb??? T_T
2) saya berani utk try apricot nie sebabnya saya bekerja di sini?so senang sy nak membeli bila stock habis? wahh promote haku kan? T__T
3) harga sgt murah plus tahan berbulan2
4) product nie paling lama di NUTRIMETICS..percaya tak korang.almost berpuluh tahun okey product nie! since bermulanya nutrimetics! bayangkan.....( jgn pulak korang duk terus termenung sambil pandang ke atas..then bayangkan? mmg saja la kan..uhukuhuk..) company nutrimetics nie da berusia 30tahun ok..lebih abad dari umur eden..eden belum lahir lagi tau!!seriously...kali nie bukan nak up kan barang kat company sendiri...tapi cuba korang tanya mak2 or nenek2 or makcik2 korang...mesti dorang tau !
sebab2...masa saya kecik2.saya selalu nampak pencuci muka nie auntie2 saya pakai,sepupu saya yg masa tu remaja semua pakai.saya suke giler tgk sebab color die strigking kan.so mcm excited giler..
haha..poyo je >.<"


tup tap..saya keje kat nutrimetics..wahhh..mmg REJEKIIIII la kan bak orang JOWO kata..keh keh keh..
so why not saya try kan?
kebetulanya pencuci muka saya ( sabun tia amelia tu sudah habis )
malas mahu singgah di mana2 utk membeli..
so saya decide utk try.


then ALHAMDULILAH.
takde apa2 pon terjadi pada wajah saya.
cuma makin lembut! plus apricot nie sgt wangi..
rasa mcm mahu mencuci muka setiap minit..
hahahaha T__T

tekstur die pon lembut.korang just press  sikit je then bubuh air..then tonyohla di muka..
so boleh sgt2 jimat tau! :)

jom kite review kebaikan apricot nie ^_^

Buah Apricot ini kaya beta-carotene, magnesium, zat besi, fosforus, kalium dan vitamin C. Aprikot juga kaya dengan agen-agen anti-pengoksidaan,fiber boleh larut dan juga salicylate semulajadi. Salicylate ialah ramuan utama dalam aspirin. Nutrien-nutrien yang ada dalam buah Apricot mampu memberi manfaat seperti berikut:-

    • Mengatasi strok

  • Mengatasi kanser

  • Mengatasi ketidakseimbangan tekanan darah

  • Mengatasi kemunduran Macular

  • Mengatasi penyakit katarak

  • Mengatasi penyakit Prostate

    • Mengatasi penyakit jantung


ok ini khasiat buah apricott untuk kesihatan kita ^_^

Then for our skinnnn..zaaaasssssssss~


Rangkaian Aprikot membantu untuk menyubur, menghidrat dan melindungi kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Setiap produk diperkaya dengan sari pati extract Apricot untuk menjadikan kulit lebih bersih, lembut, licin dan kelihatan muda. Diuji sah oleh dermatologi.

Ciri tambahan:
1. FOAMING CLEANSER
Diperkaya dengan ekstrak isirong aprikot dan mengandungi vitamin E untuk kesihatan kulit. Membantu menghapuskan kotoran tanpa mengeringkan kulit. Menjadikan kulit bersih dan lembut.
Mari Kite berkenalan bersama Mrs Apricot saya?
mahu?mahu?





see? ok saya letak size X-Large supaya korang boleh Melihat dgn jelas...
keh..keh..keh..

Saya juga membeli utk adik lelaki saya..coz lately muka die naik jerawat.
then so far alhamdulilah...
sesuai dgn kulit muka die :)
then die pon mahu sy membeli utk gf die?
BOLEH?
ok...BAYAR ARRR~ 
hahaha

so..Mrs Apricot saya juga boleh menjadi Mr apricot..
UNISEX ok..
he he he he ~


SO? kalau korang confius tak tau nak pakai pencuci muka apa? 
i can suggest this one.
sgt selamat :)
boleh juga kalau utk suami ke? tunang ke? bf korang ke? ayah korang ke?
kerana utk lelaki pon elok :)

Price die pon terlalu affordable :)

RM 16.00 sahaja!


bye!

quotes 8


Assalamualaikum w.b.t








My past is my past.


 It made me who I am.




 I have no regrets.





 Wouldn't change a thing.






I just don't live there anymore.




quotes 7

Assalamualaikum w.b.t

We don't have everything to enjoy life, but we have life to enjoy everything .Always choose to see the nice things,life is happier that way ♥




ANONYMOUS


Assalamualaikum w.b.t




kepada anonymous.saya tidak kenal siapa kamu?
kalau kamu rasa kamu kenal saya dari dulu.
sila sertakan nama kamu.siapa kamu?
setakat kamu sertakan email.saya tidak kenal siapa kamu.



saya tidak memaksa kamu utk membaca segala entry buang masa sy.
makanya kamu boleh ignore sahaja tanpa perlu mencari then click link belog saya.
pilihan atas kamu!


kalau saya nak buat puisi mcm mana bagai pon.
apa masalah kamu?
kalau ia datang /bukan dr hati pon?
menyusahkan kamu ke?

kalau kamu rasa kamu da sgt kenal sy
dari dulu
saya bukanlah mcm dalam puisi?
siapa kamu utk menjudge sy?
saya sendiri tak pernah cakap saya baik.
then saya pon tak pernah minta org ckp saya baik
SEBAB
saya hanyalah MANUSIA/ HAMBA ALLAH yg alpa,lalai,selalu lupa
dan hanyalah manusia biasa.

selalu membuat silap,dari segi perkataan ataupon perbuatan.
kalau saya ada membuat salah pada kamu dulu kala.

saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.


terima kasih atas comment yg kamu beri.

Semoga Allah s.w.t merahmati kamu wahai ANONYMOUS~




Monday, August 8, 2011

Nukilan Rindu & Sayang


Assalamualaikum w.b.t,

Terpana jiwa, terkedu seketika

Bukan kerana terpaku dengan apa yang ada di hadapan mata

Sebak...

Mungkin itu yang terbaik untuk merungkai perasaan di jiwa

Mungkin kecil pada pandangan insan biasa

Tetapi tidak buat kau & aku yang merasa.



Jangan kau menilai tanpa mengenali

Jangan kau mengagak tanpa merasai

Jangan kau berhenti tanpa mencari

Jangan kau menjauh tanpa membuka hati

Jangan kau menyangka perkara yang belum terjadi.



Bukan aku mementingkan hati

Cuma satu yang ku pinta dari diri

Izinkan aku untuk mengenali

Izinkan aku untuk merapati

Izinkan aku untuk menyayangi.



Perasaan itu bukan lah ku pinta mahupun paksa

Kerana ia anugerah dari yang Esa

Buat kau dan aku, untuk melihat dan menguji hamba-Nya

Ke mana dan bagaimana kita menggunakannya.



Bukan aku tidak mahu memahami peritmu

Bukan aku tidak pernah merasai keadaan itu

Bahkan berkali ganda mungkin lebih sakit darimu.



Tetapi aku tidak pernah serik untuk itu

Kerana aku cukup yakin dengan Maha Pemegang Qalbu

Ikhlaskan hati, tenang kan jiwamu

Nescaya Syurga-Nya yang satu bakal menantimu.



Dari segenap kehidupan ku yang lalu

Banyak yang telah mengajar diriku

Bukakanlah hatimu

Izinkan aku meninggalkan pesan buat mu

Jangan sesekali kau merasa serik dengan hatimu

Jangan sesekali kau merasa takut untuk meneruskan langkah mu.



Yakinlah dengan SANG PENCIPTA

Saat kau berduka

Jangan kau sangka itu adalah penghujung dunia

Sesungguhnya ALLAH itu tidaklah buta.



Ketahuilah sahabatku

Sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangimu

Walau seberat mana ujian yang dibekal padamu

Tidak pernah sedetik pun dari masa lalu

ALLAH meninggalkan mu sendirian

Kerana itu tandanya

ALLAH Merindui dan Mencintai mu.


p/s : terima kasih kakak buat nukilan ini.sumpah sy terharu >.< sayang kakak ketat² ♥