Followers

Friday, November 30, 2012

Persedian Perkahwinan - Stage 1

Assalamualaikum w.b.t


hai semua ^_____________^
sobs sobs sorry lama sangat-sangat meninggalkan blog nie.Busy yang teramat amat amat amat amat.Oh my bad tak spend even a little time for this blog.huhu sorry guyssss~

Okay anyway banyak sangat dalam kepala fikiran mindaku ini nak share dengan uols yang baru nak planning kahwin.Ramai yang email kalau sudi share-sharelah macam mana persediaan amoi . Insyallah i will do. Ok let's we start ^_^.


Masa nie cerita tahun lepas haha...Actually amoi dengan suami memang nekad apa pun berlaku 2012 kita kena juga kahwin.No matter it is kene kahwin.Duit ada ke takde ke kena kahwin juga.WAHHH amaran okay amoi bagi kat suami.Wah masa tu seriously dia da serabut dah.ahahah Gilerr kauu budget kira2 usha2 survey2 tanya yang pernah buat majlis semua rafely RM35k tau itu sebelah pihak je.Belum pihak yang stau lagi tu. Owh terus Blank kot otak.Ye la mana nak cekau duit banyak tu kan? Kita ni kalau keje jadi manager ke ceo ke apa ada hallllll kejam mata je kot. tapi keje pun gaji ciputtt je, HU HU HU seriosly i am normal human for sure serabut kepala otak bila angka RM35k berlegar legar kat pikiran nie.Nak tido nak makan nak mandi die duk main terbang-terbang atas kepala. Tapi apapun nak kene KAHWIN juga kan? Kalau fikir duit memang tak kahwinlah jawabnya eden nie hah jadilah andartu kang :P hak hak hak.

So misi bermula :

31/12/2011
Situasi dirumah Mommy ( Raja Nur Aina).
A-mommy cemno ni cemno nie eden nie nak kaweeen tapi fikir duit mahu migrain gugur rambut terus nie haaaa...
M-relaxlah...Kita nie nak buat benda baik..nak mendirikan masjid insyaAllah Allah permudahkan.PERCAYALAH.
A-(hati dah berkobar-kobar) semangat kot dapat support words mcm nie.I LIKEEE..heheh okay okay so apa nak mula dulu ek mommy.seriosuly BLANK tak tau mana nak mulaaaa
M- haaaaaaaaaa jom amik kertas pen kita estimate budget and semua yang besar-besar dulu.
A- okayyyyyyyyyyyyyy bertindakkkkk


Masa tu bersungguhlah kan.orang nak tunjuk ajar kita ofcoursela.Ye la dulu ingat nak buat majlis kahwin nie senang je rupanya serious bila nak buat majlis sendiri baru tau susah ke senang ke tidak tau.BLANK ok otak eden nieeeee tak tau mana satu nak start dulu.Makanya dengan bantuan mommy superwoman.ehehhehe(bodek nampakkk :p )kami pun mulakan misi listkan secara randaom bende yang besar dan patut settle.

Kertas tu dah mana tah lunyai.patutnya amoi simpan elok-elok tangkap gambar.Kalau tengok balik sekarang mesti macam tak sangka dah selamat dah sekarang majlis.hehehe THANKS TO MOMMY SO MUCH!!!!!

Perkara yang perlu disettlekan.Start je masuk tahun baru esok kene buat bende2 nie semua.if not nanti masa tak cukup.(mommy bagi arahan okayyyy ).So amoi tanpa ragu ragu memang bertindak dengan sepantas kilat.

Perkara PENTING:-

1) KURSUS KAHWIN
 Set date time dan booking tempat date bila kita dan pasangan nak set Kursus kahwin.Bende ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ni paling tak best.SEBAB 2hari nak kene duduk dan dengar ceramah owh serious mengantuk.

2) AMBIL BORANG NIKAH
Settle je kursus kahwin terus je pergi beli borang nikah. Masa tu amoi balik johor dan beli borang nikah di Johor sebab amoi asal sana kan.Yang suami kene isi borang nikah online.Sekarang nie pattern selangor nak kene isi semua in online baru boleh print out semua. So get ready semua maklumat yang deperlukan untuk isi borang nikah tu macam WALI , SAKSI 2orang, DATE NIKAH/TEMPAT NIKAH./KEBENARAN BERKAHWIN LUAR NEGERI.Memandangkan suami orang selangor amoi orang johor.Dia kena dapatkan pengesahan untuk berkahwin luar negeri .So confirmkan betul-betul.Selesai je borang lelaki baru pas kat kita yang perempuan. Yang PEREMPUAN mcm amoi agak leceh sedikit.Memandangkan Amoi dah tiada Ibu Dan Ayah makanya amoi kene dapatkan borang nikah Mama Dan Ayah amoi untuk mengesahkan yang kita nie bukan anak luar nikah.memandangkan amoi anak sulung maka benda-benda nie memang penting la kan. Then Amoi kene deal dgn JURUNIKAH yang nak nikahkan AMOI/ SAKSI 2orang/WALI amoi (adik amoi ) , DATE TEMPAT NIKAH SEMUA.Siap tu sebulan sebelum majlis amoi buat appoinment dgn pihak klinik kerajaan  untuk pemeriksaan HIV dah settle baru boleh submit borang nikah tanpa ragu-ragu ^_^. Fyi, HIV Test valid 3bulan tak silap dari date kawen.Amoi buat sebulan sebelum majlis ^_^. sebab nak hantar borang nikah lagikan ^_^. ok faham tak ye?

3) DECIDE MAJLIS DI DEWAN ATAU RUMAH
Amoi decide nak buat kat dewan.Amoi decide dengan nenek dan adik beradik belah ayah amoi kami sepakat MAJLIS amoi buat dekat DEWAN. Amoi tak mahulah menyusahkan semua orang. Lagipun penat nak buat majlis ni.Semua pun duduk KL nak balik awal johor pun bukan senang kan.So cepat-cepat dapatkan contact dengan majlis perbandaran kluang tanya DEWAN mana yang kekosongan.Memandangkan DATE yang amoi nak buat majlis tersangatlah cantik dan ramai berebut nak date tu buat majlis.semua dewan dah dibooking awal-awal sewal setahun lepas.MELAMPAUUU okay./serious tak bagi can langsung.sobs sobs.TAPI memang rezeki amoi agaknya pihak pegawai tu cakap ada kosong satu dewan majlis nie.Memanglah kecik je tempatnya tapi bolehlah :) AMOI TERUS BOOKING. Bersyukur juga mungkin rezeki amoi.walaupun  kecik takdelah aircond dewan nie tp amoi dapat save banyak sangat kat situ dah.so budget kite dah boleh lari ke lain ^_^

4) DECIDE CATERING ATAU REWANG
Bila kita dah dapat kata putus majlis buat di dewan dengan lajunyaaaa amoi cari contact catering.Nak booking awal-awal.DATE amoi nie memang mengundang bahaya kot sebab takut fully booked satu kluang johor .Kang tak pasal-pasal tetamu datang kita jamu Pizza hut atau kfc pulak.NAYAAAAAA je tauuu.he he he.Alhamdulilah sepantas kilat amoi dapat contact catering terus amoi booking .Pakej yang disediakan pun bagi amoi sangat-sangat berpatutan.Satu kepala RM10 so rate tu okaylah kan nak dibandingkan kat kl.nangesss oooo.Jemputan dahla 1000++ lebihhh.huhuhu...Pakej nie siap kompang & DJ ok kewllll~ memang terus confirmkan je.

5)DECIDE NIKAH KAT RUMAH ATAU MASJID
Amoi memula decide nak buat nikah kat rumah pastu suami nak kat masjid bincang punya bincang dgn husband dan family so kata putus buat kat rumah.Sentimental value sikit.Yela kat rumah nenek tula amoi dijaga dari kecik dengan aidk since arwah mama n ayah amoi meninggal dunia.Disitula segalanya bermula.So amoi nak tambah lagi memori kat rumah tu.So sepakat untuk buat majlis nikah dirumah.TERUS amoi kene pikir Catering dan makanan untuk hari nikah.Memandangkan amoi buat nikah hari JUMAAT lepas solat jumaat dan pagi tu ada kenduri Tahlil untuk Arwah / Yasin dan juga Khatam Al-Quran. Itulah niat nenek :)
So amoi terus dapatkan contact orang kampung punya catering je.Alhamdulilah dapat satu kepala RM7 sangat murah kot dengan canopy dua.so senang pihak lelaki dan tetamu datang nak makan kat luar dan dalam rumah kan :)

6)DECIDE BRIDAL
Phew..benda nie paling mencabarrrrrr sangat.Sebab amoi ni tidaklah cerewet orangnya.As long as cantik amoi ok je.Tapi amoi palinglahhhhh takut tersalah cari bridal dengan makeup yang okay plus baju yang okay.Yelah sekali seumur hidup kot?so ofocurse kita nak yang terbaik untuk majlis kita bukan?? Alhamdulilah masa amoi baru lepas spm amoi kenal dengan sorang kakak nie dulu die selalu panggil amoi jadi model pengantin dia.Alhamdulilah dia pun dah ada butik now so memang ngamlah amoi tak fikir panjang amoi terus call die confirm date.Alhamdulialh rezeki amoi die takd eorang booked lagi.SEBAIKKKK okay.kalau tak mati kutu kotttt.
 

DONE ! Nie adalah perkara-perkara penting yang BESAR amoi rasa PERLU korang take attention.Kekadang benda benda nielah yang remeh tau. 6 Perkara nie amoi decide dan susun awal-awal sebab takut last minute tak dapat semua kan.

Okay next entry amoi share benda yang remeh temeh pulak oke.Persediaan yang remeh temeh ^_^

see u next entry guys~








7 comments:

mommy aina said...

wakakakakakakka... kawen jugakkkkk.. next tak sabar nk ada adik utk zora n arianna ni.. love u too.. :)

Anonymous said...

hiv test amoi?

Amalina Ali said...

ok. ianya banyak membantu. Thanks ya Amoi. :)

Qala sakura said...

memang sangat mencabar...sekarang time amoi...nnt time shida mau serabut kepala kan?dengar cter amoi pon dh serabut...so apa2 pun yang penting sabar....

mungkin belum terlamat lagi shida nak ucapkan... selamat penganting baru!!!

Anonymous said...

Kak amoi. Sewa dwan dlm bpe ye?

eZmALiZa said...

amoi, rajin2 update pasal persediaan perkahwinan serta bajet ni taw...

ramai yg tertunggu2 ni.. sbb kitorg pon bakal naik pelamin gak nnt.. hehe :D cume dalam masa terdekat atau tidak je.. heehhee :D

tahniah amoi dan suami..selamat pengantin baru :)

JijieNinie said...

erkkkk! terus dupdapdupdap jantung kite ni pk sume tu. da la x lama lg da ni....