Followers

Tuesday, October 18, 2011

quotes 17

Assalamualaiku w.b.t



Kita semua diciptakn unik, satu sama lain berbeza², juga episode hidup masing², yg penting apapun yg terjadi makin dekat dg-Nya.




Monday, October 17, 2011

tak terluah dgn kata²

Assalamualaikum w.b.t



cukuplah mereka yg ada disisi sy sekarang

kawan2 yg memahami & sgt2 baik hati serta ikhlas berkawan.

KORANG! tak tau nak ckp mcm mn tp sumpahhh syg korang sgt2 :')


*saat aku ditimpa mcm2 dugaan ada je kawan2 dtg menumpangkan bahu mendengar luahan dan mengembirakan aku...* ;')

cukuplah andai kawan itu boleh membantu kite dr segi emosi...aku sgt hargai!

kekalkan mereka2 yg ada disekelilingi aku sekarang.jaga mereka utk aku.

*terharu dan rs syg yg mendalammm!!! ♥*

Friday, October 14, 2011

quotes 16


Assalamualaikum w.b.t




Don't judge me unless you have looked through my eyes, experienced my stories, and cried as many tears as me.

Alhamdulilah.

Assalamualaikum w.b.t





Alhamdulilah tuhan.......................

syukur alhamdulilah.......


sekurang-kurangya satu kau permudahkan dan kau berikan ku petunjuk dan jalannya.


terima kasihhhhh sgt2 tuhan...


syukur alhamdulilah......



sekurangnya aku boleh tersenyum seketika walaupon banyak yang harus aku tempuh selepas ini..



cuma beri aku kekuatan itu tuhan


"aku percaya pada setiap rezeki kau tuhan...setiap dari kita kau tetapkan rezeki masing2..aku kene redha sabar dan usaha untuk ke arah itu.dan insyallah kau akan berikan ganjaranya."


kau lindungilah aku dan adikku.
permudahkanlah segala urusan kami didunia ini.
berkatilah apapon yang kami lakukan.
panjangkanlah umurku supaya aku akan sentiasa berada disampingNya.
Kuatkanlah aku untuk menempuh segalaNya dan untuk memberi Kekuatan padaNya.



Aminnnnnn~


# badan sgt letey,otak sgt penat berfikir mencari jalan semalaman, perlu rehat dan tidur supaya condition badan dan otak serta hati boleh pulih n back to normal...#
cukupla Diary utk hari ini.



bye~

Thursday, October 13, 2011

harapan.


Assalamualaikum w.b.t


Kuatkan semangatku bila mula Goyah 

Kuatkan hatiku bila mula Rapuh

Sedarkan aku bila aku mula leka

Bimbinglah aku bila mana aku mula terpelecok

Gembirakan aku bila aku mula bersedih

Tetapkan pendirianku bila mula melebur

Berikan ku Semangat bila semangatku mula merundum

Berikan ku petunjukmu bila aku mula kebuntuan

Berikan ku jalan bila mana aku sesat tak temui jalan

Kau sebaik2 pendengar

Kau sebaik2 pencipta

Sesungguhnya Kau Mengetahui segalanya

KAu Maha Besar 


Setiap kesusahan yg kau berikan aku tahu akan ada "redeemnya"

cuma lambat atau cepat.

Hanya kau mengetahui.

SubhanaAllah.


*titis*



tuhan lindungilah aku ;'( bantulah aku ;'( 
terkadang sulit bila mana aku berjalan sendirian menempuh dugaanmu di dunia ini :(
aku cuba utk kuat,kelihatan Tabah.
tapi Hanya Kau maha mengetahui.






Ampunilah segala dosa2ku bila aku selalu mengeluh dgn dugaanMU ;'(
terkadang aku sgtt rapuh...
semoga segala semua ini ada keindahan yg tak terbayang dek akalku.
mudah2an..aminnnnnnnnnnn~
Hanya kau maha mengetahui.







Wednesday, October 12, 2011

DOA NABI ALLAH YUNUS

Assalamualaikum w.b.t

DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.



INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.



DOA NABI YUNUS... memang AJAIB



Assalamualaikum,



Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..rajin membaca ayat ni  ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa

penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa..

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...



"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"



(Surah Anbiyak)



Boleh kita share sama-sama.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

assalamualaikum w.b.t


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.



Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.





1) Penaklukan Baitulmuqaddis



Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari





2) Zina bermaharajalela



“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim





3) Bermaharajalela alat muzik



“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah





4) Menghias masjid & membanggakannya



“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.





5) Munculnya kekejian,



Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.





6) Ramai orang soleh meninggal dunia



“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad





7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat



“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani





8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja



“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad





9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang



Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.





10) Bulan sabit kelihatan besar



“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani





11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita



“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim





12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar



“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad





13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai



“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim





14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda



“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai





15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam



“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.





Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..



Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslimi)





Keterangan:



Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.



Sepuluh tanda itu ialah:



Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.



Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.



Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.



Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.



Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.



Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.



Gempa bumi di Timur.



Gempa bumi di Barat.



Gempa bumi di Semenanjung Arab.



Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.



Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.





kredit: pieogiey_daniel


salam~



Tuesday, October 11, 2011

ME??

Assalamualaikum w.b.t


hye peeps!gorgeous!women!girl!pweeety!sweety!wonderrgirlss....errrk? 
tetibeeee pulak kn ;p
hahah!

okla..
sy nak share dgn korang.
background family sy..
dan saya.
on requested by one of myfriends :)
but not all la sy boleh cerita :)
personal life is our secret's kan?
lagi2 kalau kite show off everything about us.
orang boleh putar belitkan bukan?
so
just a little bit about AMOI.HEAXA


saya bukanlah dtg dr keluarga yg kuar2
uweeeekkk uweeek terus senang.
nak apa pon dapat je.
nanges2 merengek2 guling2 kat atas floor shopping complex because of tak dapat toys ke, tunjuk perasaan sikit trus dpt. ( dapat pelempang mahu??) hahaha
no..i'm not.

because sy membesar dgn nenek & arwah atok.
it's has been a longggggggggg time actually.
huhhh....




*tarik nafassss dalam2 perlukan kekuatan utk cerita! sbb nak kene flashback balik all of sweet memoriess *



tapi tak berapa nak ingat sebab dah lupa.


sy mmg cepat lupa.
itu kelemahan saya.
T___T

since sy berusia 3tahun saya start tnggal dgn nenek & arwah atok belah ayah ( keturunan jawa ok mereka)
lihat saja muka hidung sy ;p
tp sy bangga menjadi anak jawa.( dipanggil jawa totok) jgn tanya saya totok tu apa.sbb sampai skrg sy tak ada jawapan utk itu...bahhahaha.

heyyo! org jawa cantik2 ok..opps.nie nak up diri sendiri ke apa ek?

hahahah! no no..i mean korang tgk org indonesia,lawa2 bukan?

kulit mereka perghhhhhhhhhhhhhhhh mmg SUPERB la kan!

because of my mother site is Chinese. tp mama saya ada keluarga angkat melayu.yg sgt2 baik! n sgt2 sy syg! =)
tp ikut undang2.yg layak utk menjaga saya adalah keluarga belah ayah saya.

saya tak kisah siapa pon.yg penting 3keluarga saya semua sayangkan sy! sy tahu itu! dan mereka amat berharga & bermakna utk saya!

so da tau kan? amoi dr keluarga jawa + adalah darah cina..because of my mom is pure chinese :)

honestly she is my idol.

adore her natural beauty,her skin ( putih gilerrrrr plus sgt2 bersihhhhh )
die seorang yg sgt rajin.pembersih.sgt lemah lembut.sgt penyayang.sgt sensitif.sgt suka bergaya & mmg pandai bergaya ( mencantikkan diri).tak boleh ada parut sikit for sure die akan bising dan cepat2 cari ubat nak hilangkan parut.ssgt cekap dalam membuat kerja rumah.
that what i've heard from my family. i love when they story with me about my mother!
seolah2 saya boleh membayangkan die ada didepan mata saya.eventhough satu apa pun sy mmg tak ingat langsung. T___T
that my mistake >.<

ayah saya pula.last hayat die.die seorang kapten tentera darat :)
korang dgr tentera pon kornag taukan.
hehehe.
die seorang yg sgt tegas.garang.punctual.pembersih.tp die sgt syg kan adik beradik die.
itu yg sy dgr nenek sy bercerita :)
tp...nenek cakap..hayat die mmg tak lama.sebab die ada penyakit kencing manis & penyakit kuning.
dah kritikal ;'(
sebab kesan dr die selalu duduk hutan.
askar dulu kan? kene duduk hutan 6bulan tak boleh kuar2.
tau jela kan.
so doktor jangkakan die tak boleh hidup lama.
ada 5tahun je.

Sampai nenek cerita, mama saya cakap. bila awah ayah saya takde die nak beli van..
hehehehe, die nak jual sayur...
saya gelak!
die cantik sgt ok.mcm bidadari.kenapa nak jual sayur..
hehehehhe..
mungkin die ada sebab. :)

tapi Allah tu maha besar.
die yg merancang segalanya bukan?
Dari die kita datang dan dari die juga kite kembali bukan?

masa saya umur 3tahun.
saya kene demam panas yg sgt2 teruk.
almost 1/2 months sy stay dekat hospital,arwah mama n arwah atok berulang2 menjaga saya.semuala family saya.
kasihan mereka... T___T
auntie cerita, doctor sampai decided nak amik air tulang belakang saya.
sebab taula kan demam panas.
bahaya kan.
boleh cacat.

tapi ntah macam mana.
kasih sayang seorang ibukan?
auntie( ipar duai mama) sy kata mungkin mama saya bernazar dgn Allah,
jgn kau amik nyawa anak ku tapi kau gantilah dgn nyawaku.
masa auntie sy cerita.
sumpah.
tiada apa2 kata yg kuar.
hanya air mata.
tipula kalau cakap
sy tak sedih bukan?

Kuasa Allah s.w.t
tak lama saya baik dari demam.
doctor tak jadi amik air tulang belakang sy.
masyallah kalau tak? mcm mnla sy skrg kan? 

tapi tak lama tuh.....
mama n ayah saya meninggal ...
pergi menghadap ilahi.
pergi selama2 nya.
pergi meninggalkan dua zuriat yg masih kecil.
yg belum puas bermanja.

Tuhan maha mengetahui kan?
sebelum kita lahir,die da tetapkan takdir kite.
so saya redha.
semua family redha.

mama meninggal tempat kejadian.
ayah meninggal keesokan harinya.
ada pendarahn beku dikepala ayah.
mereka meninggal selang sehari.
CINTA SAMPAI KE SYURGA.
ayat yg mama saya tulis disetiap picture die dgn ayah.
SUBHANALLAH rs mcm KUASA TUHAN KAN?
mereka bercinta dr zaman sekolah.mama saya umur 13tahun.
sampaila akhir hayat die masa tu die berusia 26tahun dan ayah brusia 29tahun.

sgt muda kan?
terlalu muda mereka pergi.
sebab tu la hingga ke hari ini saya mmg tak boleh nak bayangkan muka MAMA n AYAH saya bila tua?
then saya selalu bermimpi mereka dtg pon muka mereka sgt muda ^_^

*titis*


















*tarik nafas dalam2*

















ok koranG! 
tula background sy!
siapa cakap sy anak orang kaya?siapa cakap sy anak org senang?
siapa cakap sy anak tunggal?
Don't judge people by book cover.
tolong jangan NILAI sy dari luaran.
setiap dari kita telah ditetapkan TAKDIR masing2
luth mahfuz pon dah tertulis takdir hidup kita.
dari kita diwujudkan di dunia sampailah nafas yg terakhir.

saya sedih bila org suka2 membuat penilaian sendiri tanpa tahu background masing2.
susah perit hidup seseorang tu?
stop it la.
setiap manusia diberi peluang selagi kita semua bernyawa.
tapi jgn diulang kesilapan itu berulang kali.
cukuplah.

saya sendiri byk sgt kesilapan.
sgt banyak.
mungkin tak terampun....
saya mohon saya harap Allah terima segalanya.
HANYA DIE tahu HATI sy.
apapon yg saya lakukan.

Terlalu banyak liku,pahit, sebelum saya berada di mana saya berada sekarang.
bygkan tgl bersama nenek yg bekerja menjual kuih,arwah atok bawa taxi.
toreh getah.
Ya Allah,saya merasa semua tuH!
sy kerja pam kilang,saya kerja beauty saloon,saya kerja jd partime di KFC,saya menjual kuih pagi2 tolak warong tolong nenek,malam kelim akripap pusing,kuih sardin,kuih pulut panggang,bangun pagi2 buat nasi lemak,bungkus dkat daun pisang,buat donat.buat kuih bakar..macam2 tolong nenek cari duit membesarkan saya dan adik.
saya tahu bukan mudah.
saya happy!
saya bersyukur!
sebab saya tahu tuhan ada HIKMAH yg die nak beri pada saya.
utk saya lalui semua itu bukan?
Tuhan takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.
ALHAMDULILAH.
saya belajar hidup susah mcm mana susahnya nak cari 10sen itu.

bila saya sedih.
saya akan motivate diri sendiri dan cakap dgn diri sendiri.
kalau mama ayah ada.
mesti aku mengada2
nak semua dapat senang je terus ada depan mata.
tak tahu appreciate even 10sen tuh.
then saya jd bersyukur.
bersyukur sgt.


so bila ramai mempertikaikan apa yg saya lakukan.saya usahakan dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa.
saya jd down.sgt down.
mereka tahu ke sy? kenal ke?
kenapa begitu mudah nak menghukum mcm tuh.
sedih kan?

tapi takpe.
saya tahu.
dalam 1000 org yg benci akan saya, ada segelintir yg sayang & betul2 ikhlas concern dgn sy.
cukupla MEREKA semua ada dgn sy.




*diam*













saya rasa cukupla itu sahaja background sy yg saya boleh share.
takmola panjang2 kan
dah macam cerekarama pulak.
kang tak habis2 nnt.

that's all about me!
a little bit about me.
so i think its enough k :)
thennnnnnnnn one more thing
saya bukan bercerita sedih sandiwara bagai nie utk tarik simpati kamu semua
tidak.

just for sharing to people that asked me 
just a fews..
Thanks korang yg kenal sy,pernah tegur sy dimana2, pernah menjadi customer sy semua!
THANK a LOTS.
doa sy semoga tuhan merahmati hidup kamu2 semua!

then one more thing!
hargailah kesayangan kite yg ada didepan mata.
jgn selalu merungut dgn apa yg kita ada.
sebab kita takkan sedar bila ia akan hilang.
dan masa tu baru nak menyesal mmg tiada gunanya :)

sy tahu korang semua org yg baik2.
sampaikan salam saya pada ibu & ayah kornag semua k!!! 
ckp amoi muka demok mata cepet kirim salam..
hehehehe



sebelum korang tutup entry nie :) sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk arwah mama n ayah sy ye!


mwahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!
terima kasih korang!











Saturday, October 8, 2011

new header ♥

Assalamualaikum w.b.t



ngeeeee~

heeeeeee~

hiiiiiiiiiiiiii~

hooooooo~

huuuuuuuuuu~

pANGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

*terpinar²*

apakah???

kang d akene lempang laju2..duk hee huuu hoo hii..dah kenapa kan?


actually...takde pe pon..hehehe



psssst..psssst...



bacala entry nie ;p


kite tukar header baru.

agak keanakan kan T____________________________T


takpela.nnt tukar lg ;p
hahaha~



bye~


Friday, October 7, 2011

jom like dgn seikhlas hati ;p

Assalamualaikum w.b.t



hye korang!
ingat tak entry lepas sy publish pasal kakak scha owner Anggun Zara nak buat Contest for "Styling Your Hijab Contest "


Ramai Gadis yg berhijab bermacam gaya sekarang masuk.
sy pon salah satunya T___T
muka annoying*
dushh~



so korang bolehlah like yg mana korang suka ye?
ala bukan utk apa pon.
saja suka2 kan ^_^
kalau tak suke its ok.
tak payah LIKE ok :)

saya saja memeriahkan contest.
but actually this is my first time masuk contest2..
kak scha berjaya memujuk saya.
dulu byk je suruh anta.
tp sy MALUUUUUUUUUU >.<

sebabbbb sy takde pic cantik2 mcm gadis2 yg lain.
semua vogue,stylish, pic photoshoot semua.
saya hanya dgn bantuan sony pink comel pemberian si Dia dan juga hp dan juga webcam.

wahhh buat cerekarama pulak ;p

k la korang nie link sy k.
then dr link nie juga kornag boleh VOTE gadis2 yg kornag minat juga.
thanksss korang ♥







Thursday, October 6, 2011

benda yg melawaskan T__T

Assalamualaikum w.b.t



aiyak..bunyi entry kat atas agak mcm tak senonoh sikit.
hehe.

sometimes ada org jenis cepat lawas kan?
ada pulak jenis berhari2 tak lawas.
betul x?

so mcm mana caranya?
ini bukanlah tips.
tapi cara saya kalau susah sgt nak lawas.
lemas kembong rs perut betul x?
dek duk sumbat2 je kan?
perut kite pon tau lemas kan?
heheheh...


1) saya akan makan pelam ( yg color2 kekuningan ) confirm pastu laju je lawasnya.
2) saya akan minum milo.PALING BEST!
3) saya akan makan pisang! actually utk penghadaman sy nie LIAT sikit.tapi ada sesetengah org makan puas utk senang hadam kan?
3) minum AIR PUTIH ( masak) banyak2 sure pastu rasa nak termuntah pon ada! haha..tp mmg SMOOTH oke.) bhahaha
4)minum SUSU...mmg TERBAIK..confirm kosong balik perut saya!

heheh.tu jela cara2 yg boleh kita paksa utk melawaskan perut yg LIAT bebenor nak lawas kan kan kan.
dulu sgt susah nak LAWAS.sebab tu dulu badan sy bambam sikit.tak caya tanyala kawan2 sekolah sy dulu.kalau dorang jumpe sy skrg confirm ayat first kuar.KO MAKIN KURUS/SELIM.APA RAHSIA wei?
haha..
akan sy jwb.KURUS KE? ko p telan air putih byk2.mangga banyak2.pastu minum susu byk2! hahaha

k la
bye~

Tuesday, October 4, 2011

JAKET MNG ( PRE LOVED ITEM )

Assalamualaikum w.b.t


korang saya nak let go jaket mng color grey saya.

condition 9/10

masih cantik dan dalam keadaan baik.

RM 150 ( harga boleh nego )


harga asal beli rm 250 ++


saya dah banyak sgt jaket.so dari terbiar mcm tu.why not saya let go kan,

saya baru pakai 2,3 kali je.


kalau berminat boleh email saya kat amoiheaxa@gmail.com
atau yg ada hp no terus directly sms sy ye! ^_^




BABY mmg sgt menenangkan HATI bukan? APAKAH???T_T

Assalamualaikum w.b.t


hari ni TOPIK mmg sgt memualkan..

hahah.

apakah org yg masih bujang bercakap pasal perihal BABY?

oh no!


despredo langsung bunyi.


kekekek..


apapon perspektif masyrakat sy tetap mahu buat juga.
hahahah

tentang obses sy pada baby.

oh tidak! mereka sgtla comelllll!
ciptaan Allah yg terindah!
dgn bau die.
oh my godnesss!

rasa perasaan marah,serabut,runsing bile tgk baby automatically jd lain cool sgt.
macam kene simbah ais batu.
haha.

mmg agak letey bila time die meragam bagai.
tapi ya allah seronoknya melayan mereka rasa mcm tak nak buat kerja lain tp nak mengadap die.

heheheh..



bestnyea kalau ada baby sendiri..........................
hiks.
gedik pulaks.

















boleh tak kalau saya nak baby tapi tak payah kahwin? T_T
erk...len mcm lak bunyi die
WHATEVER....

tp sy nak baby!!!!!!!!!!
meronta2 nie hati!

tenang

Assalamualaikum w.b.t

sumpah sy sgt tenang sekarang.

mengapa & kenapa.

biarlah ia tersimpan rapi & rapat dlm hati.

sungguh.

ALLAH MIRACLE'S

takde sapa boleh menyangkalNya.

dan sekarang makin utuh dan kuat rasa itu dan rasa sgt kecilnya diri ini di atas bumi pinjamanNya.

Tuhan.

Terima Kasih kerana kaula selalu ada bersama.

Kau selalu memberi jalan & petunjuk di saat aku kebuntuan.

di saat aku meraba2 dalam kegelapan.

di saat aku hanyut dibuai perasaan & permainan duniawi.

kau datang menyedarkan aku bahawa.

itu bukan yang terbaik untuk kamu.

percaya pada apa yang kau telah tetapkan sejak aku masih seketul daging.

sebelum cukup sifat.sebelum ditiup roh.

ALHAMDULILAH.

SYUKUR TUHAN.

: ' )

*Tetapkan Imanku & Taqwa ku bersamaMu.Kuatkan hatiKu mengharungi dugaan yg penuh pancaroba supaya sedikit aku tak goyah dan tergelincir.*




Let’s forget what's gone, appreciate what still remains and look forward to what's coming next.




Monday, October 3, 2011

bulan yg lupa diri T_T

Assalamualaikum w.b.t



Dalam bulan nie sy seolah lupa diri & hala tujuan


kerana
.
.
.
.
.
.
dalam bulan nie je mcm2 sy shoppinG!!!!!!!!!!!!!!!!
T______________T

Tsssk~

enough T_T pening dah nie!


maxi dress,kemeja,kasut,handbag!

>.<

baik baik baik.
nafsu perempuan mmg macam ni ke?
atau sy yg satu macam???
erkk?



daa!

tips utk menipiskan perut

Assalamualaikum w.b.t



hye korang!
tajuk mcm kempis je perut org yg menulis.
wawawawaw~

just nak sharing dgn korang, kalau nak petua perut kempis.

1) sebelum makan minum air putih satu gelas. ( so once kornag minum selera makan boleh di control sikit sbb klu minum air kite boleh kenyang kan? so dari nafsu raksasa terus merundum jadi nafsu cicak..kekeke )
berkesan okey!
2) lepasssss makannnn makeeeeeeeeeeeee sureee jgn terus minum ok! even kornag epdas mcm nak terbakar ke apa jgn minum.cer tahan cer tahan..haha ( tp klu da tak tahan balon je la kan?, then esp kalau tercekik..kang ada kene masuk hospital pulok..T__T jgn sbb nak ramping punye pasal korang takmo minum even dah tercekik! haha..OVER ok! )
3) rajin buat sit up.sebelum tido & selepas bangun tido!
4) sapulah krim² pati halia ( yg berangin ) sebelum tido ^_^ utk membakar lemak².
( see model NORA DANISH) hha..die duta mmgla kan? ;p

so? itulah petua yg saya tau n sometimes amalkan! but kadang² je sy amalkan ( JUJUR NIE T___T)
haha~


bye~

5years

Assalamualaikum w.b.t


3rd OCT

Terima Kasih untuk tahun yg ke 5
terima kasih kerana selalu memahami dan sabar dgn perangai saya
yang cepat melenting.
cepat marah.
cepat angin.
kepala batu.
suka memaksa.
tapi kamu selalu ada untuk menyejukkan saya.

kejam celik kejam celik.
5tahun kita kenal.
5tahun juga bermacam chapter kisah kita.

bila teringat.
sgt kelakar.sedih gembira semua bercampur.
terlalu banyak kenangan bersama kamu.
terlalu banyak kisah bersama kamu.

sedangkan lidah lagi tergigit.
lagi kita yg da 5tahun bersama.
tp sikap kamu yg sy sgt kagum.
kamu selalu being profesional.
kamu akan duduk berbincang.
dan yg pasti aku akan kalah.
menitiskan air mata.
hahah! GEMBENG!
too sensitive okey!

tiada banyak yg aku harapkan & aku minta.
cukupla
kamu sentiasa SETIA & JUJUR sepanjang bersama aku.
cukupla kamu membahagiakan aku dgn cara kamu.
hanya aku kenal kamu.
dan hanya kamu kenal aku.

semoga niat kite utk disatukan menjadi kenyataan.
tiada apa akhirnya aku mohon.
selain utk menjadi pelengkap tulang rusuk kiri kamu.
itu dah cukup membahagiakan aku.
biarlah kau yg menjadi imam dalam setiap solatku.
dan membimbingku di dunia mahupun di akhirat.

Happy Anniversary syg!
5th.

*tak tau sama ada kau buat² lupa ataupun mmg kau lupa.tp aku tak pernah lupa.saja mahu menguji kamu.*
T________________T