Followers

Thursday, April 19, 2012

perkara kecil tapi membahagiakan kaum WANITA

Assalamualaikum w.b.t


Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.



1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan

Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.



2. Mendengarkan Keluhan

Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.



3. Bantuan Tanpa Dipinta

Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.



4. Memikirkan Hal-hal Kecil

Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.



5. Membuatkan Teh

Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.



p/s : dah mula pandai cite pasal suami isteri....kah kah kah...gedikkk letewww saya nie...*PANGGG*
>________<




Wednesday, April 18, 2012

Testimonial

Assalamualaikum w.b.t


uols! nak buat review tentang product yang amoi uar-uarkan!!

ADHA PRODUCT~

almost sebulan lebih pakai the whole set!


we will continueee later!!! :)


tata~

PENGELUPASAN?

Assalamualaikum w.b.t


hye korang.

untuk entry kali ini amoi nak share pasal
"PENTINGNYA PENGELUPASAN"

bila kita dengar pasal pengelupasan
macam-macam terpikir terbayang betul tak?
mcm amoi sendiri pon
akan terasa mcm ngilu-ngilku..arghh pedihnya.semuala.

TAPI sebenarnya PENGELUPASAN PENTING UNTUK KULIT KITA.

Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.
Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Kesan & Akibat

Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan & kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:
- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)
Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.
Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Kebaikan lain:

Kurangkan jerawat/parut jerawat
Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
Kurangkan kedutan/garis halus
Kurangkan kesan parut luka/ bedah
Seimbangkan ton warna kulit
Kecilkan liang pori-pori
Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
Mengawal ‘stretch marks’

Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai antara 60-90%.



Make sure product pengelupasan yang kamu semua pakai tidak membahayakan kulit kamu untuk jangka masa panjang.
Maksud saya, biarlah product tu kita pakai kesanNya lambat sedikit tapi hasilnya berkekalan.
dari hasilnya sgt effective/cepat tapi at the end dan untuk jangka masa panjang kulit kamu
jadi lagi kusam dan gelap dari sebelum.


so make sure kenal dan teliti product2 skincare yang anda beli sebelum mencuba ok?

till then,


Friday, April 13, 2012

indahnya bertutup.

Assalamualaikum w.b.t



Bertutup itu merimaskan?panas?limited untuk berfashion,takde classla,kampungla,dan sebagainya lagi kata-kata dilemparkan pada orang-orang yang "bertutup"

itu dulu.mentality orang dulu maybe?
wallahualam.
even me? masa sebelum "bertutup" rasa nnt rambut rosak,(rosaklah rebonding or curly rambut yang baru dibuat), nanti muka berbelang lah,nnt nak sesuaikan baju susah,nak kene tgk jenis baju.hish lecehla~

lagipon mcm tak kelassss je pakai tudung.
tak up to date,tak bandarlah,kampung sangat.
=_="

ya allah naifnya lah dulu.
itu yang on off on off.

tapi rupanya bila dah bertutup?

MasyaAllah indah sgt bertutup
indahnya yang tak boleh diungkap dgn kata-kata

Sesungguhnya Agama Islam dah menetapkan syarat-syarat untuk wanita bersebab semua itu.
bukankah Allah s.w.t sesungguhnya Maha Mengetahui,Maha Besar?

die tau apa yang akan terjadi pada Makhluknya akan sesuatu perkara.

sebelum zaman adam dan hawa lagi dia telah tahu apa yang akan terjadi pada zaman cucu cicit adam & hawa

Allahuakbar;')

sekarang baru saya tahu
makna
Indahnya bertutup.
dan baru saya faham akan maksud

"bukankah yang indah itu lebih terjaga dari sebarang perkara-perkara yang negative dan dari sebarang fitnah"

Masyaallah ;')

dulu ustazah pernah bercerita zaman saya sekolah agama,

kenapa makanan yang mak kite hidang kite kene tutup dengan tudung salji?
murid pon menjawab " tak nak kene hinggap dgn lalat ustazah" dan sorang lagi berkata "tak nak nanti lalat berak cikgu nanti orang buang dah tak mo makan lagi"

-ada maksud tersirat disebalik kata-kata itu-
renung-renungkanlah.

Bila saya kenang-kenangkan balik?
rasaNya seakan mahu flashback & rewind balik zaman dulu yang sgt naif.

tapi itu semua mustahil kan?

Bila dah mula "bertutup" lagi ramai mengata

"ala setakat ko tutup je tapi solat ko terabur ko tak jaga buat apa?"
"ala pakai je tudung nak tutup la tu dari buat jahat"
"ala setakat pakai tudung perangai macam @#$%^&* buat ape?"
"ala nak bertudung ikut fashionla tuh,org bertudung die pon nak juga"
"pakai tudung tapi pakaian?"

bermacam-macam kata-kata untuk orang yang dari tak bertutup nak bertutup.

Siapalah kita sebagai Hamba Allah yang nak menghukum seseorang HambaNya?
Siapalah kite yang nak menilai seseorang itu dengan mata kepala kita sedangkan kita pon datang dari Ciptaan yang SATU?

sebab tulah dijadikan kejadian manusia dgn mata sepasang telinga sepasang dan mulut HANYA SATU.

kerana?
sesungguhnya Allah tahu apa yang akan berlaku jika dikurniakan manusia dgn mulut sepasang?
kerana?
mulut lebih TAJAM dari sebilah pisau.
itu perumpaan orang dulu-dulu.
tapi bila kita lihat realiti hidup.

memang betul semua itu kan?
sedangkan satu pon manusia boleh berpecah belah,manusia boleh menikam kawan baik sendiri,manusia boleh menabur fitnah dusta,manusia boleh mencaci,mengeji.mengutuk.

Nauzubillah.

Saya bukanlah yg layak untuk membuat entry ini.
tapi saja terdetik untuk membuat entry ini share apa yang saya rasa.
saya juga masih dalam proses untuk menjadi muslimah sebenar.

pada mereka yang rasa ingin mula bertudung,teruskanlah niat itu dan rasa itu.
takut "rasa" itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup.
dan tak akan kunjung-kunjung lagi.
Wallahualam.


*cepatnya masa berlalu..sedar sedar dunia remaja semakin menjauh. ;')





Tuesday, April 10, 2012

Sambal Goreng Jawa

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi ^_^

wahhh ceria daku.

anyway, korang pasti pelik sebab tak pernah-pernah or jarang sama sekali saya membuat entry pasal "MAKANAN"
wahhh~ bab makan saya memang paling happy.
uhuks~

siapa pernah dgr "SAMBAL GORENG JAWA" ??

Kebiasaanya org makan sambal goreng jawa basah kan?ala yang dekat kenduri2 tu..
tp yang ni SAMBAL GORENG JAWA KERING.
Jarang org buat sebab agak leceh..
( utk orang yg SGT RAJIN menjengah dapur mcm saya la )
bukanlah SGT RAJIN.tapi masa membataskan.
=_="
erkk..boleh terima ke excuse kalau bakal mak mentuaku dgr?
lalalallalal~

Abaikan pasal KERAJINAN saya.JOM kite cerita pasal bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan perlu DISAGAT NIPIS-NIPIS utk kentang dan tempe , selepas itu sume bahan PERLU DIGORENG
dan dicurah dgn air asam jawa, air gula dan halia..
(part ni kne buat btul2 sbb takut sira hangit..bila sira hangit,sambal xjadi la kirenye..)

bahan2 dlm sgj ni (sume bahan no 1-7 di goreng satu2 kemudian akan digaul dan disira dgn bahan no 8-10) :

1. kentang

2. ikan bilis

3. kacang tanah

4. bawang goreng

5. tempe

6. sohun

7. cili kering

8. halia

9. asam jawa

10. gula

bole dimakan begitu sahaja( saya suka makan begitu sahaja,di ofis sambil buat keje (kantoi suke mengunyah sambil buat keje..uhuks, sambil tgk tv ) itu memang indah sgtla,haha ataupun boleh dimakan dgn nasi ( macam orang jawa bila makan nasi suka bersulamkan benda rangup-rangup macam keropok ikan ke,sambal goreng nie ke.) memang TERBAIK rasaNYA, bertambah-tambah nasi dipinggan sampai terlupa untuk DIET =__="
 
boleh dimakan buat ala-ala jem dgn roti dan juga kalau kita makan bubur kan pasti nak ada something macam sambal tumis ke,cili potong ke ( ITU SAYA LA MEMANG GEMARKAN YANG PEDAS BERAPI ) then letak benda yang ranggup boleh dikunyah sekali. rasa tiap-tiap hari nak makan bubur boleh?
~_~



DAN DAN DAN SGT SESUAI utk wanita baru pas bsalin n dalam pantang.
yelah dalam pantang bukan boleh makan sebarangan kan?
tapi ini berasakan kentang dan tempe semata.

wahhh~ boleh masuk masterchef macam nie.
terus rasa berazam nak RAJIN ke dapur.
ahaks~

Anyway, itu penerangan Details TEntang SAMBAL GORENG JAWA nie.

Takkan pulak korang teringin nak kene cari bahan-bahan dan buat kan.
kalau RAJIN mcm saya la kan.
pasti nak yg SEGERA.
heeeeeee~

macam mana nak dapatkan?

 

Ia dijual dalam dua Size,

 pek kecik 100gm rm4.00

pek besar 250gm rm10.00

Dan Rasa-rasanya yang mahu buat kerja sambilan dan tambah site income?
why not kan?


 nak jadi agent pun bole, minta contact KAKAK Azliana Yusof  / hp no : 012-6088745
terus utk harga agent.

pastu boleh like kt fan page SGJ

p/s : kalau yang berminat untuk buat doorgift ( wedding ) pon kakak
 azliana nie boleh buat ( packet-packet comel-comel) untuk bagi kat jemputan yang datang.




SANGAT MENYELERAKAN.
LAPAR ~_~