Followers

Wednesday, December 26, 2012

Dulu Kita Sekarang Kami ^_^

Assalamualaikum w.b.t


Amoi tak tau macam mana nak start cerita dan share dengan korang.Perasaan yang Amoi sendiri tak tahu nak luahkan macam mana.Lama sangat Amoi tulis simpan tulis simpan dalam draft sebelum publish nak share dengan korang.Entry yang paling bermakna selain Entry majlis perkahwinan amoi.

Last entry Amoi baru je amoi cerita kan?Alhamdulilah Berkat doa Amoi, Suami,Nenek, Family mertua dan juga doa rakan-rakan di FB , Twitter dan  Instagram.....

Doa Diperkenankan Allah s.w.t. Syukur Ke hadrat mu Ya Allah....Amoi dan Suami bersyukur sangat kerana kami dikurniakan rezeki yang Awal....=') Alhamdulilah Allah perkenankan doaku...

Kami berkahwin 9 November 2012 dan cukup hari ini usia kandungan Amoi berusia 6 Minggu 2 Hari...Terlalu muda dan terlalu baru..Maka doa kalian amatlah amoi harapkan =') Semoga doa yang baik-baik dititipkan Untuk Amoi dan si tenik tecik dalam tummy nie..Terima Kasih Ye kawan-kawan. ^_^

Amoi mengalami Demam selama seminggu direct.huhu Demam yang terlama. Tetapi amoi memang dari hari pertama demam amoi tak ambil sebarang ubat mahupun antibiotik. Amoi xtahu kenapa tapi instict amoi kuat mengatakan yang ada isi dalam perut amoi dan amoi nekad untuk lawan sendiri demam dengan antibodi badan. Tu yang sampai seminggu tak kebah-kebah. Badan kejap panasss sgt kejap seram sejuk. Bila nak masuk ke petang & malam mengigil panas yang teramat amat. Adalah mengadu dengan kawan kawan rapat dan mereka assume yang amoi mengalami simptom mengandung. Owh seriously sebenarnya hati amoi mmg kuat cakap amoi preggy tapi takmola heboh heboh sebab kita tak pasti kan.

Then Last 2weeks Amoi dinner bersama cherrie & mommy aina. Kami pon mcm biasalah berjumpa ada je benda yang diceritakan. then sampailah si mommy & cherrie suruh amoi pergi pharmacy and beli pregnancy test. Dan test depan dorang juga.Kemainnnn depaaaa semua. I know they are very excited :')

Dengan pantas kami bergegas ke pharmacy beli satu pregnancy test yg murah RM5 je satu RM 15, Tetapi Hasilnya agak mengecewakan juga.Tipulah kalau tak frust kan? Dan mereka pun tahu amoi frust kerana amoi memang mahuu sangat-sangat. Tetapi dengan kata-kata semangat amoi dah okay balik.sekejap je ^_^ . That's why i love them because they are always bring me up ^_^.

Makanya terus tak nak check dah, tapi demam amoi masih tak kebah kebah dan berterusan sehingga ke minggu depannya ( i mean last week ). Then dalam senyap-senyap harapan masih di hati amoi gigih ke pharmacy lagi dan beli pregnancy test. kali nie yang Digital Clear Blue dan satu lagi yang jenis line punye yg mahal juga., Masa tu dah tak fikir duit dah. Sebab Instict kuat cakap badan lemah-lemah lain macam. So nekad senekadnya lah nie tapi senyap-senyap lagi tak bitau suami langsung beli beli benda tu.he he he.

Then pada pagi Khamis 20.12.2012. Bangun subuh dan air kencing pertama dorang advise untuk check. Amoi berdebar bagaikan lari 100m pecut, tak pernah sampai macam nie sekali.Tapi pagi tu memang tak tau nak cakap mcm mana. Masuk toilet senyap senyap.Mulakan operasi. Masa tu sebelah tangan tunggu digital tu pusing2 die loading sebelum result keluar. Amoi pejam mata dedua tau.serious nebessssss. Then buka sebelah je mata tengok2 perkataan "PREGNANT" kuar masa tu nak terlepas dah pregnancy test tu dari tangan . Kaki tangan dah start menggeletar makin lama makin lajuuuuu. Nak menunggu dia loadingggg untuk keluar result berapa minggu macam menunnggu apa je rasa....sekali keluar 2-3weeks????? Ya allah tak tau nak cakap apa. Amoi speechless. Tangan kaki seram sejuk menggeletar gilerrr. terus keluar toilet lelaju kejut husband.

Bayangkanlah dengan suara amoi memang takde kot. Kesan dari demam yang lama batuk selsema amoi punye suara pun sayup sayup dan hilang..panggil suami suara tak keluar.gerak gerakkan badan die,Punyelah die terkejut tgk amoi menggeletar hulur pregnancy test dengan air mata berjurai2 dah nanges....Die masa tu dah panik sgt dah sampai terus bangun cakap " kenapa nie??? apa dah jadi??? pili paip toilet pecah ke" hahahahah suamiiii buat lawakkk tau!dahla tengah mengigil menangis nangis suara pun takde die boleh buat lawak. Amoi terus tunjuk pregnancy test tu die terkesat2 mata tengok pastu ckp " betul ke benda nie" boleh caya ke?hahahahahah....

Alhamdulilah sampai banyak kali amoi beli pregnancy test haha.yela mcm tu agaknya perasaan semua kan? bila dapat tahu mengandung ^_^

 Ini first chec-up pakai Digital Clear Blue pada 20 December 2012..Mostly orang kata ini more accurate ^_^
 Ini Second time amoi beli lagi Clear Blue digital Dan yang Line punye untuk urine test. Alhamdulilah
^_^
 Ini Pagi tadi ^_^ line semakin pekat.Alhamdulilah :)

Perbezaan yg last week dan hari ini. Line semakin pekat. Alhamdulilah ^_^

Alhamdulilah syukur atas kurniaan rezeki Yang Awal ^_^. Suami keluarga suami nenek semua gembira sangat-sangat.

Andai mama dan ayah amoi ada lagi mesti diorang happy juga kan bakal dapat cucu sulung =') Amoi tahu mereka mendoakan amoi dan melihat amoi dari sana.

Tiada yang menggembirakan amoi selain dapat suami yang sangat-sangat penyayang memahami career amoi  dan dengan kurniaan si tecik nie cukup buat hidup amoi hampir sempurna ;') Perancangan Allah untuk Amoi terlalu manis dan indah dan banyak Hikmah.Tak terluah dengan kata-kata . Sesungguhnya Hidup ini terlalu indah untuk kita sia-siakan.

Amoi dah buat check up. tapi tak nampak lagi sebab terlalu kecik.Doctor estimate dalam 5mm kebawah ;') tapi dah nampak kantung baby. Suamilah orang yang paling excited dan happy sangat-sangat. Alhamdulilah.

Sekarang tiap tiap hari asyik pegang perut cakap cakap dengan baby walaupun masih baru =')

Bahagianya Ya Allah.....perasaaan ini =') Syukur Alhamdulilah.

Doakan Amoi dan suami ye ^_^ dan tak lupa untuk si tenit amoi atau apeq nie <3 p="p">



Wednesday, December 12, 2012

Normal ke?

Assalamualaikum w.b.t


Sedar sedar dah sebulan lebih dah amoi berkahwin.sekejap je kan? Rasanya baru semalam busy-busy serabut serabut pening pening.tapi hari ini dah sebulan lebih.Masa berlalu begitu pantas!

Of course bila dah berkahwin nie soalan lazim "dah ada isi ke?" boleh tak nak jawab...."lekluuuuuuuuuuuuuuu bg majlsi bertandang belah lelaki settle okay okay " baru sebulan kahwin semua dah bertalu talu tanya soalan mcm tu.sobs sobs.masa belum kahwin soalan "bila nak kahwin?" bila dah kahwin soalan"dah ada isi ke?" bilea sorang dah kuar"bila nak tambah lg" perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh memang normal ek?


Tipula kalau cakap or tanya dekat semua pasangan berkahwin yang taknak baby.Tipu tipu.Dan begitu juga amoi....even baru sebulannn org kata mood honeymoon plus majlis bertandang belah lelaki pun Tahun depan january.Tapi nak juga merasa bersanding bertiga...Jika diizinkan tuhan....Naluri keibuaan tu meronta-ronta kot habis semua baby org kene gomol. Takpela gomol baby org puas puas kan nnt ada baby sendiri baru focus kat baby sendiri.boleh gitu?hehehehe

Sebenarnya amoi dah rasa tak sedap badan dah.Rasa cepat mengah cepat letih.Naik tangga satu tingkat pun mengah macam lari 100m...rasa nak tidoo je letey mengantuk.Orang semua cakap dah ada la tu.....huhu tipula kalau tak mengharap kan? Tapi maybe belum rezeki....Dia bagi peluang suh amoi kerja kuat dna kuat lagi untuk kesenangan bersama :) Dan suh amoi manja-manja dengan husband puas puas dulu.hiksss~ yela kami honeymoon pun tak pergi lagi.sedihh tau....sebab masing2 komitmen keje banyak sangat.

You guys doakan ye? Mana tahu doa ramai ramai diperkenankan :)

Pada yang dah ada baby sapa volunteer nak sy jaga meh bg meh sy gomol puas pua..kihkihkih...



Wednesday, December 5, 2012

Outing Photoshoot Wedding

Assalamualaikum w.b.t

That day adalah buat outing but only a few pictures of us yang baru dapat. So amoi just nak share disini :) mana tau nnt dah ada baby dia boleh refer this blog from her/his mom & daddy masa memuda kan ^_^

Anyway, Uols yang ada planning nak tunang ke kahwin ke or ada any event. Feel free to contact this cool guy Asbesstos-Photography. All of my pictures pre-wedding,solemnization & reception semua dia ambil..hehehe siap dah booking for post wedding ( overr nak bergambar jugaaaaaaaaaaaa) and IF pregnant ( yg dah sarat sarat tu ) *meowwwwwwwwwwwww* untuk kenangannn sendiri kan :) heee aminnn doakan amoi ye kawan-kawan.

Let's Check it out~



 Where You go...I will go and where you stay i will stay ....
Happiness is marrying your best friend ^_^

Every Love story is Beautiful But ours is My Favorite.
You have My Whole heart for My Whole life Hubby and Only you that can give me That Feeling.
 I'm Much More me when i'm with you.

Pic di bawah nie masa pre wedding :)
So if uols berminat terus terjah or contact Asbesstoss tu okay ^_^

Dulu pandang-pandang jeling jeling je...hiksss~
When we first met, I had no idea You would be so important to me


Alhamdulilah akhirnya dialah Suami saya pelindung saya. Syukur sangat dikurniakan suami seperti dia.


No matter how expensive the pillow is, it could never be as comfortable as my husband's shoulder.


"Life is better with your bestfriend..that's why I married MINE "


Hubby...

I love you for all that you are, all that you have been, and all you are yet to be.

Tata

See you later ^___________________^

Tuesday, December 4, 2012

Persediaan Perkahwinan-Stage 3

Assalamualaikum w..b.t

Continue from last entry ek ek.....


Selain Perkara-Perkara penting yang BESAR-BESAR perkara yang KECIL KECIL juga dianggap remeh temeh okay.KERANA memerlukan quantity yang banyak. hu hu hu.

So selain Kad Kahwin / barang kemas untuk batal air sembahyang / Pemilihan Baju Nikah / Sanding  / Barang Hantaran ada a few things yang korang kena take NOTE.

5) DOOR GIFT

Doorgift nie memanglah sangat-sangat penting PLUS sgt leceh. Firstly uols kene decide nak bagi apa utk tetamu yang datang. Depends on your budget. Kalau ada budget lebih bolehlah letak satu kepala RM2 ke RM3 ke.itu yang budgettt terlebih lebih or ada orang nak sponsor la kan. Tapi kalau macam kita nan hado ni Just estimate untuk setiap guest yang dtg berapa ringgit :) Dari situ uols boleh budget contoh untuk 1000 tetamu yang dijemput.  Then untuk VIP Guest. Nak bagi special or others than guest lain. Normally utk family belah lelaki dan kawan-kawan or sedara mara yang datang dari jauh ^_^ .

6) DUIT REWANG / DUIT KENDARAT

Normally maybe tak semua tempatlah especially mcm sekarang ramai amik catering je kan? kalau yang buat rewang kenalah sediakan DUIT KENDARAT orang JOHOR panggil. ala yang buat duit mcm kipas tu apstu letak pin cecomel butterfly ke then yang kendarat pakai. So masa majlis kita tau siapa yang kendarat. Nak minta tempat basuh tgn ke apa senang nak bezakan kan?

7) BAJU TEMA FAMILY

Actually dia termasuk dalam LIST BESAR tapi sebab dah bercelaru so amoi selit kat sini la ye. Once dah deal baju pengantin ofcourse nak baju untuk family sama sama or mengikuti tema kan kan? So decide and kira berapa budget untuk family yang kita nak sponsor. Ikut kemampuan masing2 :) ada tu sendiri kuar wang sendiri tp decide colour baju sesama pun boleee ^_^

8) PHOTOGRAPHER/ VIDEOGRAPHER


Nie satu lagi benda yang sepatutnya dalam LIST BESAR tapi boleh tercicir lagi. helloooooo GAMBAR penting hokeyyy macam mana iols boleh tercicir dalam LIST BESAR? Omaigod omaigod omaigod!!!okay uols TAKE NOTE okay yang INI memang PALING PENTING. Korang survey dan decide mana photographer dan videographer pilihan terbaik anda ^_^. Tgk pakej yang berbaloi dan yang "IN BUDGET" la ye? :) Kalau ada kawan kawan yang photgrapher or videographer lagi BAGUSSS..Gunakan kuasa veto bakal raja sehari untuk mengendeng kawan-kawan..hik hik hik..Idokla freee itu melampau tapi ada diskaunnnn sikit.hehehhe >.< Yang best dengan kawan kawan nie takla segan sangat nak bergambar kan kan posing sana sini ^_^.


9) KEK KAHWIN

Haaaa nie penting jugaaa nanti kan ada majlis potong potong kek/Ini janganlah korang duk booking awal awal kang duk berkulat kang kek nie.heheheh. Atleast 1weeks before majlis pergi lah ke kedai kek dan tempah ikut pilihan sendiri dan set time & date bila bole ambil. Budget in cake depends on budget invidual juga kan ^_^ bagi amoi biar murah tapi sedapppp biar luar tak berapa nice sgt tp dalam nie yummmyyyy~ Ini ada cake gah luar sampai rasa sayang juga nak makan pun ada >.< tp bila potong dlm tak sedap >.< huhu so buat pilihan yang betul ye ^_^ . Sebabnya kita nak jamah orang makan kek pengantin.Nanti pengantin tak dan punya merasa kek sendiri hehehe masa acara potong kek suap menyuap sikit sikit tu je.he he he.


Last for not least apa lagi ye? tak sampai sebulan lagi wedding dah lupa persiapan berbulan-bulan.heheh nampak sangat dah tua..Nanti amoi ingat amoi share lagi ye uols~

Hope this info boleh membantu u guys yg planning nak kahwinnnn! Wooowww seronoknyeeee...rindunyaaa nak busy busy pening pening buat persiapan, pastu berdebar dan kene mitap(make-up ) lawa-lawa, pakai baju macam pwincesss( princess ) owh indahnyaaaaaaaaaaaaaa! RINDULAAAAA

hiks atkpe tahun depan 12 january 2013 amoi merasa lagi untuk majlis bertandang belah lelaki di kajang.Siapa yang hari tu amoi invite tak dpt dtg ke kajang jemputla datang.Dah dapat greenlight dari mak mentua bole jemput kawan-kawan amoi ^_^ yeayyyyyyy~




Friday, November 30, 2012

Persediaan Perkahwinan-Stage 2

Assalamualaikum w.b.t

he he he Seperti dijanjikan.ceit poyo je pembuka bicara ( perghh ayat pembuka bicara tak tahan ;p )

Entry lepas amoi share LIST BESAR yang penting untuk pasangan yang bakal berkahwin kan kan?
So now amoi nak share benda-bende remeh yang nampak remeh kecik tapi memerlukan DUITTTTT yang banyakkkkkkkkkkkk =_="


Apa tu apa tu? Ok jomm kita start .

1) KAD KAHWIN
- Kita kena decide mana tempat kita nak buat kad kahwin and map untuk ke lokasi rumah pengantin perempuan dan rumah pengantin lelaki.Dan budget berapa jemputan nak jemput.Sebab nak budget buat kad untuk lelaki berapa banyak belah perempuan berapa banyak kan.so taklah berebut kad nanti.heheheh..Dan decide tempat nak buat kad yang betul2 bagus.Dan kalau boleh buat 3bulan awal tau takut nanti macam-macam hal berlaku .based on my experience buat kad last minute.sobs sobs. So dari situ uols boleh include package bunting sekali ikut korangla :)

2)BARANG KEMAS ( UNTUK BATAL AIR SEMBAHYANG)
Rasanya semua perempuan dan para isteri suka part nie.heheheh masa nie lah nak pilih yang best.heheheh paling best dapat one set dr atas sampai bawah ^_^. Actually takpepun yang penting beli awal-awal sebab nanti kita dah boleh lari budget ke tempat lain :)

3)BAJU NIKAH / BAJU SANDING
2baju nie penting kan?especially untuk perempuan.Normally kaum lelaki tak heran sangat janji ada.hahah.Tapi kita yang perempuan nie punyalah mcm-mcm nak kan? hehe so uols decide nak sewa atau beli?Dan yang penting PEMILIHAN COLOUR. If nak buat sendiri advise beli awal pilih design dan hantar tailor yang betulbetul boleh buat mcm kita nak :) Yela time tu nak decide nak kenenkan shawl dengan veil kan? hehe so bila dah siap takla kita rush sangat.Tapi kene jaga badan tau ! kalau terkurus kene fitting kecikkan balik kalau terberisi kene besarkan sikit.so korang lebih bijak kan?:) Lebih mudah cari tailor yang boleh buat veil n shawl sekali dgn baju. Macam amoi amoi memang decide nak buat shawl n veil.memula ingat nak beli je kebetulan amoi beli kain baju nikah kat Jakel ada lebih masa tu decide mmg nak buat veil so color tu senada dan corak beads2 sanma kan.heheh .Kain amoi beli kat jakel chiffon silk sekali dengan baju laki.Jakel tu banyak sangat pilihan korang boleh tgk dan usya2 ^_^

Jom amoi share sikit actually amoi nak buat design baju veil and shawl macm nie untuk Nikah amoi.


Cantik kan kan kan? owh simple but gorgeous! Amoi survey kain nie sangat mahal kot >.< nangesssssssssssssss ok.dia memang sekali dengan beads semua tu cnatik tapi mahal so mampu mengidam je la.Amoi pun tunjuk kat tailor dan dia changes sikitla design takla exactly sama but amoi sangat-sangat puas hati.






 Nie Shawl & Veil amoi yang Tailor buatkan ^_^ So far amoi sangat-sangat puas hati sebab simple but gorgeous ^________________^



 Nie Dress Nikah amoi ^_^ Actually Theme yang amoi nak sangat-sangat Color Tifanny Green tau. My dream Nikah memang dah kene sangat dah White Tifanny Green ^_^.





 Cantikkan Colour macam nie.So far beads-beads Amoi memang dapatla colour macam nie ^_________^

Owh sebelum amoi terlupa mari amoi share TAILOR yang jahit baju nikah veil dan shawl amoi nie ^_^ korang boleh terjah page FB kakak nie ye Ridsylicious .
Dia boleh buat design macam yang kita nak plus dia pun sporting plus services dan harga yang berpatutuan ^_^


Untuk Baju reception pulak. Planning awal amoi nak color macam nie sebenar dan sebenarnyaaaaaaaa



Cantik GILERRRRRRRRRRRRRR kan kan kan? Tifanny + RED. owh seriously amoi GILER color nie . Because jarang sangat kita tengok orang buat colour nie kan? Tu amoi memang nak sangat colour nie.Ye la amoi suka nak lain dari orang lain.Majlis kita seumur hidup kan? Tapi huhu sedihhhhhhhhh sangat sebabatlast tukar colour last minuteeee >.< tapi takpe for me tetappppppppp cantik!!! sebab tu amoi puas hati ^_^. Tukar colour sebab last minute Owner Minaz Boutique volunteer nak bagi design special untuk majlis Amoi.So rasa berbesar hati plus terharu sangat sangat.So owner minaz lagi arif tentang colour yang sesuai untuk amoi ^_^ .. Itu yang tanpa ragu-ragu dan perfikir lagi amoi terus change colour sebaik Butik bridal kat kluang tu tak beli kain amoi lagi.KALAU tak NAYAAA~hehehe Owh lupa pulak.Baju reception Amoi request butik buat baru dan design baru sebab nak jadi orang pertama pakai baju baru tu ^_^ tapi nak sewa bolehlah sewa kat BUTIK 4-az-bridal tu ye ^_^ . Then mereka pun rasa berbesar hati sangat-sangat bila dapat design dari Owner Minaz Boutique.^_^ Good for them jugakan ^_^. Alhamdulilah.

So nak tengok tak yang owner Minaz strechkan untuk dress wedding amoi?hehe


He he he he masa dapat strech suprise nie dari kak pija (owner Minaz Boutique) tu amoi bagaikan monyet melompat-lompat tau! serius terharu dengan beliauu!! Dia kata this is soooooo me. Ala-ala sweet cute ^_6 ahha ini dia yang cakap sebab tu die designkan Dress macam nie untuk amoi :') Tq kakak . So once amoi dapat je strech nie dari kak pija amoi terus MMS kan ke BRIDAL butik kat kluang request them untuk cari color nie Dusty pink-tifanny for beads^_^. Dorang punyalah rasa gementar kan yela design dari owner boutique minaz lagi tu. he he he. tapi amoi cakap tak kisah pun as long as cantik amoi suke je :)

Then Finally the result yang dorang dapat for wedding dress amoi memang terbaik!!!!
Amoi berpuas hati sangat :) ada some changes different la dari strech awal tapi amoi rasa sangat-sangat gorgeous dan sesuai dengan tema BAJU PENGANTIN.So more crowder beads2 batu batu swarovski yang banyak giler plus cantik2 diorang tambah. DAN DAN DAN kak poija pun siap THUMBS up lagi kat butik nie sebab dapat buat yang terbaik dr yang die strech :) puas hati sangatla ^_^

Ramai tanya kain apa bridal nie guna. Baju reception amoi kain duchess satin Dusty Pink.



 Amoi tukar sikit ribbon tu sepatutnya kat belakang ^_^ pastu masa fitting2 2hari sebelum majlis eh cantik pulak letak kat depan sebab masa duduk nanti kan tak nampala ribbon cecomel gabak tu kan kan.sian dia.heheh. For photoshoot maybe cantik letak belakang ^_^

Pic Full baju takde lagi sebab belum dapat sepenuhnya dari photographer wedding amoi.Nanti Amoi upload ye ^_^ 

4) BARANG HANTARAN
Part nie rasanya perempuan dan lelaki memang suka.hiks hiks...sebab time nie la kita nak beli barang-barang yang kita memang pakai dan yang best boleh la demand sikit kan kan.heheheh tapi FAIR & SQUARE la kan.heheheh Jangan melampaui batas pulak sampai bermasam muka ye? Bincang dan manage betul-betul kewangan dan budget uols untuk Barang Hantaran okay ^_^.


Okay guys ada lagiii tau!!! sambungan  no 5 Amoi sambung for next entry Stage 3 okayyyy ^_^


See you next entryyyy

LOVE~



Persedian Perkahwinan - Stage 1

Assalamualaikum w.b.t


hai semua ^_____________^
sobs sobs sorry lama sangat-sangat meninggalkan blog nie.Busy yang teramat amat amat amat amat.Oh my bad tak spend even a little time for this blog.huhu sorry guyssss~

Okay anyway banyak sangat dalam kepala fikiran mindaku ini nak share dengan uols yang baru nak planning kahwin.Ramai yang email kalau sudi share-sharelah macam mana persediaan amoi . Insyallah i will do. Ok let's we start ^_^.


Masa nie cerita tahun lepas haha...Actually amoi dengan suami memang nekad apa pun berlaku 2012 kita kena juga kahwin.No matter it is kene kahwin.Duit ada ke takde ke kena kahwin juga.WAHHH amaran okay amoi bagi kat suami.Wah masa tu seriously dia da serabut dah.ahahah Gilerr kauu budget kira2 usha2 survey2 tanya yang pernah buat majlis semua rafely RM35k tau itu sebelah pihak je.Belum pihak yang stau lagi tu. Owh terus Blank kot otak.Ye la mana nak cekau duit banyak tu kan? Kita ni kalau keje jadi manager ke ceo ke apa ada hallllll kejam mata je kot. tapi keje pun gaji ciputtt je, HU HU HU seriosly i am normal human for sure serabut kepala otak bila angka RM35k berlegar legar kat pikiran nie.Nak tido nak makan nak mandi die duk main terbang-terbang atas kepala. Tapi apapun nak kene KAHWIN juga kan? Kalau fikir duit memang tak kahwinlah jawabnya eden nie hah jadilah andartu kang :P hak hak hak.

So misi bermula :

31/12/2011
Situasi dirumah Mommy ( Raja Nur Aina).
A-mommy cemno ni cemno nie eden nie nak kaweeen tapi fikir duit mahu migrain gugur rambut terus nie haaaa...
M-relaxlah...Kita nie nak buat benda baik..nak mendirikan masjid insyaAllah Allah permudahkan.PERCAYALAH.
A-(hati dah berkobar-kobar) semangat kot dapat support words mcm nie.I LIKEEE..heheh okay okay so apa nak mula dulu ek mommy.seriosuly BLANK tak tau mana nak mulaaaa
M- haaaaaaaaaa jom amik kertas pen kita estimate budget and semua yang besar-besar dulu.
A- okayyyyyyyyyyyyyy bertindakkkkk


Masa tu bersungguhlah kan.orang nak tunjuk ajar kita ofcoursela.Ye la dulu ingat nak buat majlis kahwin nie senang je rupanya serious bila nak buat majlis sendiri baru tau susah ke senang ke tidak tau.BLANK ok otak eden nieeeee tak tau mana satu nak start dulu.Makanya dengan bantuan mommy superwoman.ehehhehe(bodek nampakkk :p )kami pun mulakan misi listkan secara randaom bende yang besar dan patut settle.

Kertas tu dah mana tah lunyai.patutnya amoi simpan elok-elok tangkap gambar.Kalau tengok balik sekarang mesti macam tak sangka dah selamat dah sekarang majlis.hehehe THANKS TO MOMMY SO MUCH!!!!!

Perkara yang perlu disettlekan.Start je masuk tahun baru esok kene buat bende2 nie semua.if not nanti masa tak cukup.(mommy bagi arahan okayyyy ).So amoi tanpa ragu ragu memang bertindak dengan sepantas kilat.

Perkara PENTING:-

1) KURSUS KAHWIN
 Set date time dan booking tempat date bila kita dan pasangan nak set Kursus kahwin.Bende ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ni paling tak best.SEBAB 2hari nak kene duduk dan dengar ceramah owh serious mengantuk.

2) AMBIL BORANG NIKAH
Settle je kursus kahwin terus je pergi beli borang nikah. Masa tu amoi balik johor dan beli borang nikah di Johor sebab amoi asal sana kan.Yang suami kene isi borang nikah online.Sekarang nie pattern selangor nak kene isi semua in online baru boleh print out semua. So get ready semua maklumat yang deperlukan untuk isi borang nikah tu macam WALI , SAKSI 2orang, DATE NIKAH/TEMPAT NIKAH./KEBENARAN BERKAHWIN LUAR NEGERI.Memandangkan suami orang selangor amoi orang johor.Dia kena dapatkan pengesahan untuk berkahwin luar negeri .So confirmkan betul-betul.Selesai je borang lelaki baru pas kat kita yang perempuan. Yang PEREMPUAN mcm amoi agak leceh sedikit.Memandangkan Amoi dah tiada Ibu Dan Ayah makanya amoi kene dapatkan borang nikah Mama Dan Ayah amoi untuk mengesahkan yang kita nie bukan anak luar nikah.memandangkan amoi anak sulung maka benda-benda nie memang penting la kan. Then Amoi kene deal dgn JURUNIKAH yang nak nikahkan AMOI/ SAKSI 2orang/WALI amoi (adik amoi ) , DATE TEMPAT NIKAH SEMUA.Siap tu sebulan sebelum majlis amoi buat appoinment dgn pihak klinik kerajaan  untuk pemeriksaan HIV dah settle baru boleh submit borang nikah tanpa ragu-ragu ^_^. Fyi, HIV Test valid 3bulan tak silap dari date kawen.Amoi buat sebulan sebelum majlis ^_^. sebab nak hantar borang nikah lagikan ^_^. ok faham tak ye?

3) DECIDE MAJLIS DI DEWAN ATAU RUMAH
Amoi decide nak buat kat dewan.Amoi decide dengan nenek dan adik beradik belah ayah amoi kami sepakat MAJLIS amoi buat dekat DEWAN. Amoi tak mahulah menyusahkan semua orang. Lagipun penat nak buat majlis ni.Semua pun duduk KL nak balik awal johor pun bukan senang kan.So cepat-cepat dapatkan contact dengan majlis perbandaran kluang tanya DEWAN mana yang kekosongan.Memandangkan DATE yang amoi nak buat majlis tersangatlah cantik dan ramai berebut nak date tu buat majlis.semua dewan dah dibooking awal-awal sewal setahun lepas.MELAMPAUUU okay./serious tak bagi can langsung.sobs sobs.TAPI memang rezeki amoi agaknya pihak pegawai tu cakap ada kosong satu dewan majlis nie.Memanglah kecik je tempatnya tapi bolehlah :) AMOI TERUS BOOKING. Bersyukur juga mungkin rezeki amoi.walaupun  kecik takdelah aircond dewan nie tp amoi dapat save banyak sangat kat situ dah.so budget kite dah boleh lari ke lain ^_^

4) DECIDE CATERING ATAU REWANG
Bila kita dah dapat kata putus majlis buat di dewan dengan lajunyaaaa amoi cari contact catering.Nak booking awal-awal.DATE amoi nie memang mengundang bahaya kot sebab takut fully booked satu kluang johor .Kang tak pasal-pasal tetamu datang kita jamu Pizza hut atau kfc pulak.NAYAAAAAA je tauuu.he he he.Alhamdulilah sepantas kilat amoi dapat contact catering terus amoi booking .Pakej yang disediakan pun bagi amoi sangat-sangat berpatutan.Satu kepala RM10 so rate tu okaylah kan nak dibandingkan kat kl.nangesss oooo.Jemputan dahla 1000++ lebihhh.huhuhu...Pakej nie siap kompang & DJ ok kewllll~ memang terus confirmkan je.

5)DECIDE NIKAH KAT RUMAH ATAU MASJID
Amoi memula decide nak buat nikah kat rumah pastu suami nak kat masjid bincang punya bincang dgn husband dan family so kata putus buat kat rumah.Sentimental value sikit.Yela kat rumah nenek tula amoi dijaga dari kecik dengan aidk since arwah mama n ayah amoi meninggal dunia.Disitula segalanya bermula.So amoi nak tambah lagi memori kat rumah tu.So sepakat untuk buat majlis nikah dirumah.TERUS amoi kene pikir Catering dan makanan untuk hari nikah.Memandangkan amoi buat nikah hari JUMAAT lepas solat jumaat dan pagi tu ada kenduri Tahlil untuk Arwah / Yasin dan juga Khatam Al-Quran. Itulah niat nenek :)
So amoi terus dapatkan contact orang kampung punya catering je.Alhamdulilah dapat satu kepala RM7 sangat murah kot dengan canopy dua.so senang pihak lelaki dan tetamu datang nak makan kat luar dan dalam rumah kan :)

6)DECIDE BRIDAL
Phew..benda nie paling mencabarrrrrr sangat.Sebab amoi ni tidaklah cerewet orangnya.As long as cantik amoi ok je.Tapi amoi palinglahhhhh takut tersalah cari bridal dengan makeup yang okay plus baju yang okay.Yelah sekali seumur hidup kot?so ofocurse kita nak yang terbaik untuk majlis kita bukan?? Alhamdulilah masa amoi baru lepas spm amoi kenal dengan sorang kakak nie dulu die selalu panggil amoi jadi model pengantin dia.Alhamdulilah dia pun dah ada butik now so memang ngamlah amoi tak fikir panjang amoi terus call die confirm date.Alhamdulialh rezeki amoi die takd eorang booked lagi.SEBAIKKKK okay.kalau tak mati kutu kotttt.
 

DONE ! Nie adalah perkara-perkara penting yang BESAR amoi rasa PERLU korang take attention.Kekadang benda benda nielah yang remeh tau. 6 Perkara nie amoi decide dan susun awal-awal sebab takut last minute tak dapat semua kan.

Okay next entry amoi share benda yang remeh temeh pulak oke.Persediaan yang remeh temeh ^_^

see u next entry guys~








Wednesday, November 21, 2012

Officially Married ^_^

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah lamanya kubiarkan blog nie bersawang berhabuk berdebu bacin semua....phewww~Tetiba teringat dan terus laju2 amoi update for short entry. Banyak benda amoi nak share actually insyaAllah bila kesempatan akan amoi share pengalaman amoi menguruskan dari preparation dan sepanjang majlis ye .


Alhamdulilah selesai sudah majlis perkahwinan amoi dan suami ( en apeq ). Alhamdulilah ramaiiiii sangat yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan kami. Doa kalian sangatlahh kami harapkan dan kehadiran kalian sangatlah kami alukan dan hargai ^_^ . Seminggu sebelum Majlis punyelah amoi dah tak lena tido mandi pun tak basah dah makan pun tetap selera je.hiksss~ orang nak kahwin pakai baju cecantik punyelah diet sakan.Tapi amoi dah jumpe lauk masakan nenek memang kelautlah jawabnya agenda diet.semua hancur leburr....kih kih kih... Sebaiklah fitting baju sehari sebelum muat. Kalau tidak mahunye meroyan jap.haha.

 Lupakan pasal baju..hehe, Sedar sedar now dah hampir 2weeks amoi bergelar ister ^_^. Alhamdulilah dengan sekali lafaz sahaja amoi SAH bergelar isteri kepada Mohd Fazriq Bin Salim ( en apeq ) pada jam 4ptg 9 November 2012 di rumah nenek amoi. Dimana disitulah pelbagai memori suka duka dan dibesarkan di rumah nenek :) Dan sekali lagi amoi tambahkan lagi moment rumah itu dengan kenangan paling terindah dalam hidup amoi bersama suami =') .

Masa sebelum suami melafazkan tu amoi kat dalam bilik masih ber Hu Ha dengan kawan2 sanak saudara kat dalam bilik pengantin perempuan.Kemain bergambar sana sini. Pastu terdengar mcm dah "ready" tu..kemain amoi excited duk berdiri tepi pintu. ( masa tu suami kat depan pelamin amoi kene duduk bilik..adat johor begitu .Bila dah sah barulah boleh keluar tunjuk muka..hiks ). Berbalik pada excited nak dengar suami lafaz tu...Jantung nie berdebar sangat serious.agaknya macam tulah semua org rasa bila nak berkahwin kan?Yerla melangkah ke satu alam baru bukanlah satu benda yang mudah.Tanggungjawab yg harus dipikul bukanlah perkara yang main-main. Amoi dapat rasakan debaran suami amoi yang memang masa die otw dari kl pagi jumaat dengan semua family die die dah cakap tangan die mula mengigil...masa tu amoi relax lagi..siap cakap sabar ek insyaAllah takde apa-apa..drive elok2...( Masa majlis khatam alquiran berlangsung disebelah paginya,hati amoi tak keruan bila suami kata die baru nak otw dari kl dengan semua family dan sanak saudara...) bila selesai je majlis khatam suami col dan cakap..die dah lepas tol ayertam dah nak sampai. phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww rasa legaaaa yang tak tau nak gambarkan mcm mana....yela orang kata darah manis kan...macam2 boleh terjadi...so kita doa yang baik baik je.Syukur selamat semua :) 

Dengar sahaja lafaz dari suami " Aku terima nikah Nur Salffa Diyana Bt Jamaludin dengan mas kahwinnya RM___ Tunaiii" PHEWWWWWWWWWWWWWWW YA ALLAH.....rasa macam nak terjelepok sangat amoi...mata meliar mencari kelibat nenek....rupanya nenek dah lari masuk bilik..;'( NENEK adalah orang yang paling sayu dari majlis khatam al-quran lagi..masa Nikah amoi tak rasa sayu sangat sebelum tunjuk muka kat nenek...tapi masa majlis khatam alquran amoi rasa sayu sangat masa amoi membaca ayat-ayat suci alquran...dan orang ramai yg membaca tahlil arwah yasin...tak tau masa tu macam nampak roh arwah tersenyum dari jauh..serious...amoi nampak bayangan tu...makin lama makin jauh...dan jauh...tapi amoi nampak mereka tersenyum kegembiraan untuk amoi...;') "Mama....Ayah...Puterimu dah selamat menjadi isteri orang...."

3hari sebelum majlis.....tiap-tiap malam amoi mimpi arwah mama datang duduk sebelah amoi dan belai rambut amoi...tapi dia tak cakap apa2.bila amoi buka mata die senyummm dan hilang.........3hari berturut2 amoi mimpi yang sama.....Kata nenek arwah mama mendoakan kebahagiaan amoi dan dia gembira tgk anak dia dah berkahwin....nenek sempat cerita sambil masa tu dah teresak-esak...."dulu mama kamu selalu cakap...nanti anak "gie" dah besar gielah orang yang paling "busy" menguruskan majlis dia kan..nak semua serba sempurna dan lawa-lawa..."   Oh..Ya Allah....semoga roh mamaku dan ayahku tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...


Amoi xtahu kenapa masa amoi taip nie air mata dah berjurai jurai....Next time amoi sambung share cerita sepanjang majlis ye.....


Amoi nak wish "terima kasih yang tak terhingga kepada yang wish kat amoi yang tak sempat amoi reply...baik di fb bbm whasapp di inbox email semua...Amoi baca setiap satu message dari kamu semua tapi amoi tak berkesempatan nak reply.yang sempat amoi reply...terima kasih sangat2 pada yg mendoakan yang baik-baik utk amoi..Terima kasih pada yang hadir dari jauh sanggup hadir sampai awal tunggu amoi bersanding lagi.sanggup tgu turn nak bergambar dgn amoi..SERIOUSLYYYYY korang memang besttt dan amoi sayangggg korang sgt2 =')

Jika ada kekurangan disepanjang majlis,amoi dan suami tak terlayan tak terpandang tak tersenyum...maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki..Moga panjang umur kita semua bersua lagi ye?


Doakan kebahagiaan amoi didunia & diakhirat =')









Wednesday, October 31, 2012

Penggemar shawl?

Assalamualaikum w.b.t


i know mostly ( MOSTLY ) perempuan yang berhijab in one of their collection mesti akan ada HIJAB kan? Tak kisahla bentuk macam mana hijab tu but MUST have atleast one. betul tak? Tak kisahla jenis mcm mana pun janji nama dia SHAWL.

Anyway, Wanita zaman sekarang yang berhijab memanglah sangat beruntung kerana? Dunia fashion zaman sekarang nie bukan sahaja hanya untuk yang tidak bertudung malahan sekarang dunia fashion kita pun telah dibanjiri dengan pereka fashion yang hebat-hebat belaka yang masing-masing menunjukkan kreativiti dan "talented" masing-masing. Maka tiada alasan lah lagi bila now org nak cakap. "pakai tudung tak boleh bergaya??" no no no ... Don't dare say that because mostly now orang yang berhijab lagi bergaya malahan kaya dengan accesories di badan. I mean bukanlah yg SARAT tu but kene tempat dan gaya ^_^

Terlalu banyak pilihan butik-butik malahan online juga untuk kita bebas memilih mana yang menepati citarasa kita untuk bergaya dan yang paling penting "AFFORDABLE & REASONABLE". memanglah akan rasa worth it sangat bukan? Owh heaven okay. hihihi..

Now amoi nak promote one shopping online yang memang menjual SHAWL ternyatalah SUPERB CANTIK PLUS BERPATUTAN SANGAT. Apa dia tu?

MALADY COUTURE... Siapa tahu? Amoi rasa ramai tahu pasal "MALADY COUTURE" kan? You all boleh search je that name di fb website dan juga instagram untuk melihat collection-collection mereka yang menepati citarasa anda semua. ^_^

Then yang ternyata berita baikkkk sekali kali ini ialah "Malady Couture" Sedang menganjurkan satu program "Program perintis SPOT THE BLOG" apa tu??

Bermula dari hari ini, mereka akan SPOT blog-blog yang terdapat di alam maya seberapa banyak yang boleh dan akan memilih 1 daripadanya untuk menerima tajaan hijab dari koleksi  mereka Setiap 31hb mereka akan mengumumkan blog siapakah yang akan menjadi pilihan mereka. Ini bermakna setiap 2 bulan sekali, pengumuman tersebut akan dibuat.

Bagaimana jika anda bukan blogger? Jika anda bukan seorang blogger, anda boleh mencadangkan kepada mereka blogger pilihan anda yang dirasakan sesuai dan anda akan menerima ’hadiah istimewa’ dari mereka. Harus dipastikan tidak melebihi 2 blog cadangan shj dan anda mengenali blogger tersebut secara dekat. Setiap blog yang ditaja akan mendapat review tentang blognya di page mereka juga. Menarikkan?

Program perintis SPOT THE BLOG di Malady Couture sudah dimulakan dengan menaja blogger tersohor iaitu Maria Elena Zarul. Maria Elena juga telah menggayakan hijab mereka dalam 2 entri beliau.

Untuk itu, mereka mengalu-alukan semua blogger dan stalker untuk menghantar penyertaan jika anda mahu mempromosikan blog anda. Boleh hantarkan di emel admin@maladycouture.com atau di message box fb: mass mohamad full atau di wall post kami. Perlu diingatkan, pemilihan ini adalah dibuat oleh pihak mereka tanpa mengira samada blog anda popular atau tidak. Pihak pengurusan Malady Couture akan membaca dan meneliti setiap blog samaada melalui penyertaan atau bukan penyertaan.


Jelas kan? simple say nak dapat hadiah percuma dari mereka.

Dengan rasa rendah dirinya kerana dipilih as their second choice ( SPOT THE BLOG ) after Maria Elena kita. saya pun memanglah camwhore kan? lagi-lagi bila dah ditaja bertambahlah peratus camwhorenya...hiks~ tapi masih berpada-pada.berapa hari je lagi nak jadi wife orang nie. behave behave ^_^

So jangan lupa ye! :) sertai program yang dianjurkan "Malady Couture" yg super best itu. dapat shawl free takmau ke?Rugiiii lerrr~ hehehehe






Shawl pelangi ala-ala color paddle-pop yang menawan hati nie mmg cantik color die...macam tahu tahu favourite saya colorful nie ^_^

 

Monday, October 29, 2012

Last Checklist

Assalamualaikum w.b.t


Phew....pejam celik pejam celik another 10days to go for my wedding.owh..cepatnya masa berjalan.

Seriously dalam kepala sekarang bercampur campur siap berlanggar accident dengan satu sama lain. bayangkan nak fikir 10 benda dalam satu masa. OWH! memang rasa kepala nak pecah; No wonderla makin nak hampir sangat nie always migrain. Kepala berdenyut-denyut bagai nak pecah.

Semua orang yang dah berkahwin mesti dulu-dulu pun macam nie kan? Dulu masa belum kahwin kemain nak buat ala-ala fairytale bagai.Sekali bila sendiri uruskan majlis sendiri.Owh Tobatttt nangess weiiiiii~ DUIT mengalir laju macam air. Non stop punye. Lagi makin hampir dan hampir ada je benda yg kita rasa cukup ke tak cukup nie.tak complete lagi nie. bla bla bla bla....

kalaulah boleh buat Nikah je pastu bg org makan-makan cukup sudah kan best~ ~_~
Tapi inilah omputeh kata " Once in a lifetime" so bila lagi kita nak ada moment2 indah kan? nanti atleast bila dah tua bolehlah tunjuk kat cucu cicit gituuu~

Tapi bagi amoi biarlah berserdahana dalam segala hal kan.
Actually ramai cakap dan ingat majlis amoi nie grand and wedding of the yearlah....hamboiiiii jangan nak wedding of the year sgtlah...pas majlis hutang keliling pinggang nanges tak berlagu-lagu kang. So biarlah ala kadar dan berserderhana bagi amoi. Yang amoi pentingkan makanan untuk tetamu yang hadir. Dan Doa dari tetamu yang hadir itu amat-amatlah amoi perlukan untuk memberkati majlis yang sederhana nanti =)


Tinggal lagi 10 hari je nie.  Jomla check list besar2&kecik2 apa yang dah DONE. If ada kurang or amoi terlepas pandang. rakan-rakan pembaca share dgn amoi ye. Sometimes amoi termissed out or terlepas pandang sebab semua nak fikir dalam satu masa kan. hikss~ urat sekarang pon dah banyak putus belum beranak lagi.hiks~

 1)BORANG NIKAH - DONE
2) Tukang Nikah / SAKSI - DONE
3)DEWAN - DONE PAYMENT BOOKING
4)CATERING-(in package) Dah discuss apa makanan yang nak/color alas meja makan/makanan pengantin/bungkusan utk tetamu/kompang/music dj ( bayar half 1weeks before event )
5)DOORGIFT - DONE PACKING 
6)BAJU NIKAH LELAKI - DONE ( For songkok/brooch/sampin )
7) BAJU NIKAH WANITA- DONE ( Veil/Lace/Kasut/Baju)
8) BAJU Reception - In progress
9) Bridal - DONE ( decide for Colors Theme/ theme pelamin/ photo booth /Hiasan Bilik Tdur/Mini Pelamin for nikah/ Makeup for nikah & reception)
10)Bunga Pahar - belum beli
11) Bunga Telur-Belum Beli
12)VIP Door Gift-Belum Beli
13) Kad Kahwin - Almost Done ( yang tak pos tapi diinvite di fb dijemput hadir juga ye, Amoi dah attach map untuk ke majlis amoi ^_^ )
14)Catering For Nikah - Done Decide menu.
15)Photographer - Done
16) Hantaran - Done
17) Wedding Cake- Belum order
18)Budak Zapin - Done Booking

Apa lagi ye yang termissed out. Nie je yang mampu boleh fikir...~_~

Confius sangat pilih "jajan" macam semua sedap kat tekak sendiri

10 days to go~
Permudahkan segalanya ~







Thursday, October 25, 2012

Betul-Betul countings days.

Assalamualaikum w.b.t
lamanya rasanya tak jengah blog yang memang tak berapa nan ado nie.betul-betul terkejar kejarr busy mengalahkan pm.
neway uols.amoi terlalu busy dgn wedding matters .so banyak sgt benda yg tak sempat amoi nak update.
amoi sedang menghitung hari sangat-sangat.rasanya start amoi countings dari 5bulan ritu.terlalu cepat masa tahu2 je now 14days to go.....how time flies.....
doakan semua berjalan seperti yg dirancang ye.dan pada yang xsempat amoi pos kad or xdpt kad.mana yg amoi jemput di fb tu.datang je ok.datang je memeriahkan majlis amoi di kluang johor ok .
doakannnnn saya ^_^
BYE BYE "CIK" WELCOME "PUAN"
hiks ♡