Followers

Monday, May 30, 2011

begitu & begini

Assalamualaikum w.b.t
sy kuat
sy tabah
sy sgt independent
sy tak mudah mengalah
sy penyabar
sy tahu tahap kemampuan sy
saya....
sy adalah sy....


tapi....


tabah ke saya?
kuat ke saya?
independent ke saya?
betul ke sy tak mudah mengalah?
penyabar ke sy?
betul ke sy tahu tahap kemampuan sy?
T_____T

semua org yg kenal & tak bper kenal sy...yg tahu kisah sy..sikit2...semua ckp...
kamu sgt tabah! kamu sgt kuat!
tp sy mmg nmpk tabah..sy nmpk kuat...
yahh..sy akui...
tp betul ke?

jgn hipokrit yana...allah tak suke...>.<"

sy lembik
sy mudah menangis klu dugaan dtg bertimpa2
(itu je cara utk sy release...sy tau...st tak boleh hrpkan sesiapa,susah mcm mn sy akan iktiar...itu sy )
sy drama
sy selalu depressed
sy mudah marah
sy mudah give up
sy sakit
sy byk kekurangan
sy selalu emosi
sy sgt sensitif


kalau sempurna itu 100% sy hanya 0.1%


sy rinduuuu
itu pasti
sy tahu setiap org ada kekurangan & kelebihan
sy tahu tak baik mengeluh dgn dugaan yg allah bagi
tp sy selalu mengeluh..
Allah marah >.<

sy selalu berangan kalau dan kalau dorang masih ada...
sy tahu tak baik
saya tahu tak patut menyalahkan takdir..
saya tahu semua tu..
tp salah ke sy nak berangan..
sebab...
sy rinduuu
rinduu semua..
mereka pergi terlalu awl....

di saat sy masih memerlukan kasih syg & belaian mereka..sy da lupe semua tu...sy tak ingat suara mereka mcm mana..sebaik ada gambar klu tak sy mesti lupe mcm mn wajah mereka...
sy kesal dgn diri sy kerana mudah lupe..

adakah sebab accident tu menyebabkan sy mudah lupe? =__="
wallahualam...

tp mcm mn pon sy ckp..itu ini..kalaulah..kalau begini kalau begitu...
yg pergi ttp pergi...
sy tak mampu melawan takdir dr ilahi..
yg hidup pasti akan mati..
cuma saat dan ketikanya ...
Wallahualam..hanya dia mengetahui...

cume....
sy rinduuuu...
dan yg pasti sy sgt mencemburui rakan2 sebaya sy dr dulu...
yg masih ada ibu & ayah..
astaghfiruallahalzim :(

sy patut bersyukur sy masih ada nenek...
terima kaish segalanye nenek..
terima kasih Allah..
kerana semua yg berlaku dugaan yg kau beri
kau mematangkan aku utk hidup di atas bumi mu ini...

semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman...kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku semasa aku masih kecil...
kawan2...mari sama2 sedekahkan al fatihah utk arwah mama & ayah sy :')
Fauziah bte Abdullah & Jamaludin bin Rohani..
terima kasih kawan ;')
tak lupe utk arwah atok sy yg jaga sy dr kecil..
Rohani Bin Hj Elias..
Terima kasih sekali lg akwan2...

semoaga allah merahmati kite semua..


salam..♥



 Tipu sgtla kalau akta sy tak rinduu kan?
22 tahun sy hidup tanpa mereka...
Sumpah..sy rinduuu separuhhhh mati.....
Hanya Allah yg tahu...
Al fatihah ♥















Saturday, May 21, 2011

agungnya martabat WANITA

Wanita digelar penyeri dunia dan hadirnya melengkap hubungan manusia.




Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan jiwa lelaki akan resah.



Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan teman pendamping diri iaitu Siti Hawa.



Wanitalah yang dipanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi jikalau lelaki sendiri yang tidak lurus, maka akan sukarlah meluruskan mereka.



Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.



Justeru, luruskanlah wanita dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Luruskanlah mereka mengikut panduan dariNya.



Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, bimbang mereka semakin liar.



Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, khuatir nanti mereka akan binasa.



Akal setipis rambut, tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Jiwa selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.



Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal kerana Dialah pencipta wanita. Hanyalah Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.



Wanita,
Tercipta dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tetapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi.



Suburkanlah hati mereka dengan keimanan kerana disitulah titik tolak untuk mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan.



Pasti terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara.



Kelembutan bukan suatu kelemahan. Bukan jua diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah hiasan mereka, dan bukti kasih sayang Tuhan terhadap mereka.



Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang.



Tidak akan lahir seorang lelaki hebat tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang presiden negara tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang jutawan tanpa wanita.



Namun, wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.



Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.



Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki.

 Waima sebodoh-bodoh wanita mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki.



Itulah natijahnya apabila wanita tidak kenal pencipta mereka. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.



Kini bukan saja ramai 'boss' telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.



Ingatlah, pabila wanita derhaka.. dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila patahnya tulang rusuk, rosaklah jantung, hati dan limpa.



Buat lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.



Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu menuju redha Ilahi.



Abadikanlah diri kepada Yang Esa, nescaya akan mudahlah segala urusan dibawah pimpinan kita.

InsyaAllah ♥

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia.. .

Assalamualaikum w.b.t

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "



"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12



Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216



Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan.



Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?



"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)



Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

p/s : Sesungguhnya kite manusia selalu alpa/lupa/lalai....kan lebih elok kalau kite salalu ingat mengingati antara satu sama lain..dr kite mendengki,bermusuh,membenci sesama sendiri ♥

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU ♥

Assalamualaikum semua ♥

hye!! first of all nak wishh selamat hari ibu kepada ibu² di seluruhhh dunia nie! :) tanpa ibu siapalah kita kan.so pengorbanan ibu itu amattt besar & takde calang gantinya...& kepada kaum wnaita,,nnt kite semua pon akan bergelar ibu satu hari nnt kan...so kite akan dpt rasa mcm mn ibu kite rasa perit payah membesarkan kite! so u must respect her if u want ur daughter/ur son respect u as well ♥

Saya? bile dtgnya hari² cemni..niela yg sy paling payah bebenor..sy nie touching sebenarnya T_____T
saya tak kuat.saya tak setabah yg org sangka.TAPI...sy perlu kuat.saya perlu TABAH.sy kene REDHA.Allah lebih sayangkan die.ada Hikmah kenapa Allah ambil die dr sy awal² diwaktu sy masih mentah..tak tau apa²..masih merengek perlukan belaian,pujukan,kasih sayang...Astagfiruallahazim..Allah maha besar..die maha mengetahui kan..Al-FATIHAH....♥

Takmola cite lebey² nanti banjir plak kat sini....SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA! ♥ korang sampaikan salam sy kat ibu² korang ye ♥ hargai ibu korang saat hayatnya masih ada ok!! ♥

aminnnn~ Semoga roh mama & ayah ditempatkan bersama org² yg beriman..Al-Fatihah ♥

Friday, May 6, 2011

Sinus

Assalamualaikum semua ^_^

hai.hai..hai..hari nie kite berjumpe lg...korang mesti pelik knp tajuk entry kali nie sinus..ok sy nak share apa itu sinus? bcoz memandgkan sy akan dibedah(dioperate next weeek...) T______T takutnye..so apa kata kite share apa jenis penyakit yg dipanggil sinus nie..ok? jom ! ^_^



Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini
mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada
rongga hidung.

Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan
membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanakkanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
• Radang sinus akut
• Radang sinus kronik

Apakah agen penyebab radang sinus?
Radang sinus boleh disebabkan oleh :
• Virus
• Bakteria
• Kulat
Agen penyebab radang lain:
• Alahan
• Iritasi kimia
• ketumbuhan dalam hidung (polyp)


Apakah tanda dan gejala radang sinus?
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
• Hidung tersumbat
• Batuk
• Sakit kepala atau muka
• Jerawat pada muka
• Selsema berpanjangan
• Hidung berbau busuk
• Demam
• Letih dan lesu
• Hilang deria rasa dan bau
• Batuk teruk pada waktu malam


Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
• Radang sinus kronik
• Sakit kepala kronik
• Bisul pada sinus maxilar
• sinus frontal
• sinus ethmoidal
• otak
• mata. (Bisul periorbital kanan )

Bagaimana merawat radang sinus?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
• Rehat yang cukup
• Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
• Makan ubat penahan sakit ( panadol)
• Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
• Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
• Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
• Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
• Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
• Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
• Pastikan kelembapan di rumah baik
• Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
• Berhenti merokok
• Hindari alkohol
• Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

cer korang tgk picture dibawah nie plak k...
.
.
.
.

people understandably often confuse an allergy with a cold or flu. Remember colds are short-lived and passed from person to person, whereas allergies are immune system reactions to normally harmless substances. Allergy symptoms include:
  • Sneezing, watery eyes, or cold symptoms that last more than 10 days without a fever
  • Repeated ear and sinus infections
  • Loss of smell or taste
  • Frequent throat clearing, hoarseness, coughing, or wheezing
  • Dark circles under the eyes caused by increased blood flow near the sinuses (allergic shiners)
  • A crease just above the tip of the nose from constant upward nose wiping more commonly seen in children (allergic salute)

OK fine T______T semua tanda2 tu mmg saya ada...OMG..patutla saya mmg harus dibedah..ok..korang nmpk x yg kite bold kan tu..ok sy d atakmo beli lg krim2 utk hilangkan dark circle...sebab....upenyew..bukan eyeback,tak cukup tido or apa..upenye sbb sy ada sinus!!! T____T kecewanyaaa!!! mm mn nak natural beauty tanpa make up mcm cite korean tu....tssssskkkkkkkk~ T__T but seyesly korang...sampai satu tahap..sy rasa mcm nak korek2 je muka,mata smua..gatal..ya Allah...tuhan je tahu...sampai bengkak2 mata saya..hidung jgn ckpla...hidung badutt tu pon kalah..kekekek..klu korang erm..actually alahan nie..semua org akan ada...antara eruk dgn tak..& saya dpt sinus nie dr keturunan..arwah mama saya pon mcm sy dulu..but we r sooo lucky because both of us..sinus teruk but pimple(jerawat) takde...ada org sampai jerawat batu yg jenis bernanah kan..huhu...mcm tu sy lgla tak sanggup...T___T dah la nak kene tanggung sakit...pastu confident level...gilerrr downnnn..mcm mn nak jumpeeee org semua ...hukhuk..alhamdulilah...tp tu la..doctor kata..sy sgt bertuah..tetapiii..die effect dalaman..huwaaaaa T_____T tu yg sampai saya kene operation nie...takoootttt!!!

korang doakan saya ye....semoga semua baik2 aja...T____T bye!