Followers

Saturday, September 21, 2013

I am a Mother Now!!!! :)

Assalamualaikum wbt

Lamanya amoi xupdate blog, jangan kata update nak buka pon tak sempat.Sombong betol.huhuhu.

Busy dengan macam macam perkara mengalahkan perdana menteri.Maaplaaa yee wokkk.

Alhamdulilah sebelum deliver macam macam perkara perlu diselesaikan.Walaupun tak semua tapi cukupla untuk tempoh sepanjang saya bercuti berpantang nanti.Risau lahaiii cuti pantang fikir kedai semua.Nasibla dapat staff dah :) Staff yang efficient  dan rajin sangat!! SAYANGG DEPA BANYAK BANYAK!

Pada yang follow fb dan instagram amoi semua dah sedia maklum yang amoi dah selamat melahirkan puteri sulung amoi danhamdulilah semuanya dipermudahkan dan dedua selamat.
Ramai yang suh share cepat kat blog.Memang niat dihati terus nak share pengalaman bersalin!!! Excited kot! Yela takut nanti lama lama lupa langsung tak hingat, bhahahaha.

Anyway, amoi dah hampir masuk 3minggu bersalin dan berpantang.Wahhhh janganlah marahi saya sebab lambat update.Youls yg dah ada anak pasti memahami kan.Lagi untuk yang baru nak belajar ada anak dan uruskan anak.Kelam kelibut hidup memula, hahahahah.Tapi alhamdulilah dalam masa 3weeks amoi belajar, kenal apa kemahuan baby.Yela die pun masih baby kan, die masih ingat life die dalam perut, die pun  baru nak adaptkan dengan dunia baru dia.So anak, kite dedua sama nak belajar dan adapt ye ye ye :) Selamat bekerjasamaaa ^-^

Actually edd amoi memang 26.8.2013 dan memang amoi lahir ngam ngam 40weeks on my edd date.Haaaa kemain kan manja baby die betol betol nak puas hidup dalam perut.Sampaikan mak die duk tahan jangan keluar dulu bagi ibu raya and balik kampung atlast memang lama kauuu die duk dalam perut.Hahahaha.Walhal ramai cakap anak 1st cepat 2weeks, tp salah tekaan uols.Hihihihi.Ia depends pada orang dan baby kan.So tak bole nak expect pun sebenarnya cuma bila dah 37weeks tu amoi dan suami memang dah get ready anytime.

Yang kelako perut amoi pun tak nampak jatuh lagi walhal dah 37weeks ke atas.Hahaha mahu tak risau haku.Kaki plak kejap bengkak amat kejap surut kejap bengkak balik.Tapi tanda langsung tak keluar keluar.Jenuhla hari hari pergi toilet duk cek kalau kalau ada tanda kan.Sampai dah malas nak cek...hihi.


Masa nie amoi 38minggu....Siap ajak adik berjalannnnn...hihii..
mtgk keadaan perut masa nie semua cakap perut amoi xjatuh pun lagi, dan ramai cakap baby amoi mesti baby boy sebab badan tak naik perut pn kecik kedepan jeee.Heeee


Masa nie sehari sebelum kuar tanda.Sebenarnya dah start rasa macam nak kata braxton hicks tak sesuai dah hujung hujung nie...heheheh.tapi rasa mcm baby kerap menyenget perut mwngeras tapi tanda xkeluar lagi.Masih keluar kebutik dan berjalan jalan pergi alamanda dengan staff cari breast pump last minit.Habis satu alamanda pusing siap sempat singgah etude housela, beli baju baby la pergi ajak staff teman makan baskin robbin.Memang puas hati!.Hahaha


Nie esoknya..ada wedding cousin suami sekat cheras dan balik dari wedding ada open house dkt gombak.Kata mood raya lagikannnn hiiii, sebelum kuar rumah tibe tibe rasa something then pergi cek ada keluar tanda coklat, masa tu tak nerves pun tapi excited! Tak lama lagi nak jumpe baby! Hehehe terus menjerit dekat hasben ckp tanda dah keluar.Tapi amoi ckp dgn hasben xyahla pergi hospital dulu so gigih pergi makan nasi beriani dan open house makan satay bagai.Balik malam tu pun akoi cakap dgn hasben tak rasa sakit so tido rumah dulu.Dan keesokan paginya dah keluar tanda darah, orang kata keluar darah dulu orang panggil kembo darah.Kembo darah ni sakit tapi alhamdulilah masa keluar tu amoi takla rasa sakit.Siap pergi breakfast dulu tengahri baru amoi ke annur untuk cek.Alhamdulilah doktor cek doktor kata jalan dah buka 1.5cm, bagi dorang kecik lagi tu.Lagipun amoi mmg yak rasa sakit lg la masa tu.Doktor tanya nak balik rumah duku or warded , amoi pandang hasben hasben pandang akoi...doktor cakap selalunya anak first nie jalan nak buka amik masa dalam 2 3 hari juga.Terdetik dalam hati uish lama tu, mau bosan duk wad.So decide nak balik.Tetibe dah decide tu doktor tanya bila awk punye edd? Terus dengan senyum jawab esok doktor.Automatic doktor cakap hish awk tak boleh balik.kene duduk  wad la macan nie, memandangkan esok due awk takut anything can happen.So muka pasrah kene duduk wad lagi.Walhal dalam kete tadi hasben siap cakap kite pergi mines nak tak.Hahaha laju je haku bab jalan nie..heheh.

Nak dipendekkan cerita, dah terkurung kat wad dari tengahri memang membosankan.Suami nak balik amik barang barang dan nak balik makan.Sebaik rumah memang dekat dgn annur.Siap pesan mcm mcm dengan hasben, beli chipsmore beli cokelat beli aiskrim.Memang puas la orang kata makan macam macam.

OH Yeaa lupa amoi nak share.Since keluar tanda cokelat tu amoi minta suami rendamkan akar fatimah yang amoi dapat dari sorang kakak.Kite ikhtiar kan.Apa apa tawakal dan berserah pada Allah.Amoi start minum air rendaman akar malam balik dr open house tu, terus takde minum air lain.Berselang seli dgn air zamzam dan air anugerah dan juga kurma.Suami siap balik buat lg air rendaman akar tu bawa lagi satu jug.Memang puasla minum.

Terus telefon nenek nak inform yang amoi dah masuk ward, minta die doakan dan minta ampun dgn die, minta ampun dgn suami, dan nenek pesan sebelum terasa sakit nie bacala yasin bacala apa apa ayat.So amoi sempatla baca yasin sebelum sakit tu dan surah maryam dan  lailahailla anta sobhanaka inni quntom minnazolimin.Tak putus putus.Start 12pm tu amoi dah start rasa macam sengugut, perut menegang kerap 20minit sekali datang.Tapi amoi pegang besi katil diam diam.Tahan  dan cuba bertahan..Tepat jam 330am amoi dah tak tahan sangat terus tekan bell panggil nurse.Nurse cakap doktor takde, so die monitor heartbeat baby pakai mesin dan die panggil bidan minta cek bukaan.Tapi bidan kata luar dah buka 3cm tp laluan dalam masih 1.5cm.Ya allah masa tu amoi dah macam berapa lama lagi nak kene tempoh sakit nie.Nasib baik hasben sentiasa disisi, die buat solat hajat semua amoi hanya mampu pandang dr katil je sebab mmg duk menahan nahan sakit.Tepat kul 6am nurse masuk dengan doktor yang sepatutnya handle amoi.Then doktor cek bukaan die sndiri terkejut tetibe die cakap alhandulilah dah 6cm nie...kite bagi kamu ubat berak bersihkan najis semua then terus turun  labour roum ye....masa tu hasben pergi solat subuh dekat surau.So tunggu die balik bilik then cakap dgn die"sayang..yana da buka 6cm doc sub turun labour room skrg" Terus kelam kabut die...hahaha tangan die mengigil kesejukan.Alhamdulilah dalam hati sebab kire cepat juga bukaa  tu dan aku ezcited lg 2 3 jam aku dapat jumpa baby aku.Suami pun syukur sgttt.

Sampai labour room doktor cek dah 7cm, makin cepat...dan doktor terus tanya nak epidural tak sebab amoi tak tido dr malam tadi dan xmakan kan,doc risau takde tenaga nak push.Amoi pandang hasben , Doc advise suruh amik sebab takut nanti takde tenaga dan doc ckp sakit lepas pecah air ketuban 10x ganda sakit dari awk tahan kat atas tadi.Huhuhuhu bila dengarr seriauuu juga.Pandang hasben balik then hasben cakap.Insyallah dia bole.Terus amoi cakap takpela doktor saya cuba, Insyallah.

Then lepas 2 3 kali push ( sebab amoi dah betul betul kehabisan tenaga bertahan dari malam dan tak tido dan tak makan but alhandulilah Allah permudahkan segalanya.Dan yang sangat sangat bersyukur memang niat dimakbulkan bila mana amoi dapat melahirkan normal tanpa induce tanpa epidural.Syukur Allah makbulkan niat dan doa amoi sepanjang mengandung.Advise amoi if uols mampu tak perlulah epidural semua tapi kalau ia memudaratkan baby dan ibu better ambil :) 

Jam 10.34am pada 26august2013 di Annur amoi selamat melahirkan baby perempuan dengan berat 3.0kg dan tinggi 53cm.Alhamdulilah baby sihat, cukup sifat sempurna.Lepas habis push je doktor terus letak atas perut amoi dan yang buat amoi sebak memang terus nanges baby terus buka mata nangrs pandang muka amoi.Ya Allah perasaan tu tak tau nak ungkapkan macam mana, betul orang kata hilang segala sakit yang baru lalui tadi dan dengan kudrat yang dah nyawa nyawa ikan tu rasa macam dapat satu semangat baru tau korang.

:') 





Alhamdulilah :') syukur diberikan peluang untyk merasai nikmat perkahwinan, nikmat mengandung, nikmat sakit bersalin, dan nikmat menjadi seorang ibu dan nikmat memegang dan memeluk dan mencium anak yang lahir dari rahim sendiri....

Tiada apa yang lebey berharga dari semua ini.Terima Kasih banyak banyak pada yang mendokan :')  Srmoga Allah membalas jasa baik dan murahkan rezeki korang.

Insyallah lepas nie ada kelapangan kita update pasal baby je ye kat blog :)

Oh yeay nama baby amoi Fathina Sofea Binti Mohd Fazriq ♡ Selasa nie cukup sofea sebulan.Sekejap je kan masa berlalu :)

Wednesday, July 3, 2013

8bulan ( 32weeks )

Assalamualaikum wbt,


Pejam celik saya dah in 32weeks sekarang. EXCITEDDDDDDDDDDDDDDDDD!! heeeeeeeee~

Perut pun dah membesar dengan jayanya , alhamdulilah semalam baru lepas checkup and my baby weight now 1.7kg :) sesuai dan seimbang dengan usia die dalam kandungan sekarang seperti yang doktor cakap. Alhamdulilah anak ibu membesar dengan sihat dan sempurna.

Semalam doktor scan nak ukur kepala dia , abdomen die n tulang peha die kemain die kangkang nak tunjuk kat ibu jantina dia....hahahhaha gelak besar hokay! Best tengok gelagat baby kita dalam perut dari die hanya titik hitam je saya scan , sampailah macam bentuk kacang gajus sehinggalah sekarang sempurna segala sifat dia, dalam perut pun babay sekrang dah tunjuk akal dia....excited sgt! :) Alhamdulilah diberi kesempatan merasa macam mana orang lain rasa perasaan macam ni, dulu saya hanya dengar cerita dan imagine sendiri but now happynyeeeeeeeeee dan sedar tak sedar tinggal lagi less than berapa minggu je lagi sebelum die keluar. Confirm saya akan rindu nak rasa die gerak gerak dalam perut heheheh.

Doctor cakap kedudukan kepala baby alhamdulilah dekat bawah dan doktor pun cakap takpe baby jangan besar sangat untuk anak first insyallah senang nak keluar. Dan saya memang niat doa mudahan saya dapat lahir secara normal seperti berjuta wanita dalam dunia nie, naturally. without epidural or induce. Mudah-mudahan dimakbulkan.

Alhamdulilah sepanjang 8bulan saya mengandung, semuanya berjalan baik dan saya masih aktif seperti orang tak mengandung! hahahah, memang jenis tak reti duduk diam kan so semua bende nak buat walaupun jalan pun dah kengkang, pinggang dah sakit, kaki saya mula dah bengkak, tido malam dah mula susah dan tak lena ( orang kata baby mula nak train ibu die sebelum die keluar ) amboiii babyyy ragging ibu ye...hehehehhe, Solat pun dah tak boleh macam orang normal, kene solat duduk.Doktor cakap masuk 32weeks kene get ready sebarang kemungkinan. Baby first normally 36 - 38weeks boleh bersalin, dan ada juga lebih dari 40weeks but mostly 36weeks and above. Saya duk berkira kira maknanya dalam 4-5minggu dah kene get ready now!  Baju baby pun tak sempat nak mendobi lagi, barang yang nak dibawa ke hospital pun tak packing lagi,haishhhhhh asyik busy dengan butik saya tak boleh pikir dah benda lain..

Oh anyway, siapa yang boleh share dengan amoi apa preparation or minum apa apa ke untuk 8bulan sekarang? sempat ke tak ek? hehehhehehe. komenla share dengan amoi okay ^_^

Alhamdulilah persiapan untuk amoi & baby semuanya rasa dah completed. Tinggal tunggu baby lahir je sekarang ^_^. Serious excited, nerveous, semua ada.

Dari sumber Pregnancy Calendar :') besar dah anak ibuuuuuu~


Saja menggedik menyelit persiapan untuk ibu baby ^_^
Disebabkan saya akan bersalin di sini, saya tak nak menyusahkan sesiapa walaupun mak mentua sendiri. So get ready beli barang set bersalin. Dan pilihan saya ialah Nona Roguy .
Kenapa? dari review review dang pengalaman kawan kawan sendiri yang guna dan nampak hasilnya.
Legaaaaa. Tinggal nak berpantangg jeeeeee.weeeeeeee~



 Masa opening Heaxabell Boutique ^_^
Oh anyway dress nie exclusived and inspired by me ^_^ untuk maternity or breastfeeding mommy or even anak dara pun boleh pakai. Multipurpose kirenya ^_^

Alhamdulialh less than 24hours updated. ada 7 colors kesemuanya dan almost 100++ pieces dah sold out. Alhamdulilah.

It looks very exclusived kan :) Dan boleh bergaya untuk raya nie sambil tidak runsing memikirkan jika anak meragam nak menyusu.Heheheheh

Yang tak sempat grab sorry sangat ladiesss and insyallah sebelum raya kami keluar lagi breasfeeding ( multipurpose dress ) okay! Stay tuneddd!!!!

Tunggu update di facebook page like AMOI HEAXA okay ^_^

Nie one of colour juga . Shocking pink.
Masa nie shoot for Utusan Mega. Insyallah dalam minggu nie akan keluar cerita pasal amoi dan zorascarf :) 
Jangan lupa dapatkan ye.
hehehehhehe

( Alhamdulilah 8months =32weeks bump ) Amoi dah berat tauuuuuuuu.berat sekarang dah 59.5kg...takpe demi baby ibu pasrahhhhhh.nanti lepas deliver barui fikir nak slim balik.Sekarang nie nak enjoyyyyy dulu ^_^



Motip sangat.hehehe...
baby please jangan ikut perangai ibu yang suka camwhore =_="



Nyawa dan semangat saya.
ada 2orang. sorang dalam perut tu.
hehehehe



 Sikit sikit lelama jadi bukit, hahahahha tau tau dah banyak juga nie. Tinggal nak mendobiii je and tak sabar tunggu si kecik tu pakai...

pastu semalam lompat lompat bintang dapat gift dari followers ;')

tq sangat uols....

Murah rezeki baby belum keluar dah ramai pos hadiah die.
tq tau tau tau :')

Doakan amoi dan baby selamat semuanya ye :) 
Doa kalian penting buat amoi.

HEAXABELL & ZORASCARF BOUTIQUE OPENING 22JUNE2013

Assalamualaikum wbt,

Lama dah opening almost 2weeks ago, tapi baru berkesempatan buka blog sendiri dan ambil sedikit masa untuk update.

Alhamdulilah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dari majli sbacaan tahlil dan doa ksyukuran pada hari Jumaat 21 June selepas maghrib , kami menjemput ustaz dan orang surau terdekat dan adik adik dari rumah anak yatim bangi dan sedara mara dan sahabat handai rapat. Alhamdulilah lega hati bila semua dah selesai.

Dan keesokanya Majlis opening di boutique kami bermula jam 11am sehingga 6pm berjalan seperti yang dirancang, para tetamu yang datang dari jauh pun ada seriously speechless,terharu dan terima kasih banyak banyak kami ucapkan atas sokongan support korang pada kami yang baru menapak dalam industri Butik nie. Doa kalian semua dan support kalian semua amatlah kami hargai.

Pada yang tak dapatr datang kerana kengkangan masa, bertindih dengan majlis kahwin tapi masih call, message mengucapkan tahniah. Terima Kasih Banyak kami ucapkan ^_^ . Doa Kalian itu yang penting buat kami.

Amoi nak share gambar semasa majlis :)
































































































ALHAMDULILAH ^_______________^


Pada yang tak dapat datang masa kami buat opening, Jemput datang bebila free ye :)

Kami beroperasi dari Selasa-Ahad jam 10am-630pm . Datang beramai ramai semua :)


Alamat kedai kami :

Zorascarf & Heaxabell
No 11-1 Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor.